Seorang wanita warga emas maut selepas dia ditembak oleh tentera Israel di Semenanjung Gaza. Menurut jurugambar tempatan, mangsa dikenali sebagai Hadia Nasr, 79, maut selepas ditembak di luar pintu rumahnya pada 8 Disember.
Mangsa sebelum ini pernah tular kerana mengatakan dirinya lebih tua berbanding usia penubuhan negara Israel. Wanita Palestin itu dilahirkan pada 1944, empat tahun sebelum peristiwa Nakba. Kisah hidupnya berjaya mencuri perhatian ramai selepas dia muncul menerusi video yang disiarkan oleh wartawan Palestin, Saleph al-Jaafrawi. Dia menerima kunjungan wartawan itu selepas cedera akibat serangan udara oleh tentera Israel. Dalam pertemuan itu, Al-Jaafrawi terkejut apabila melihat dokumen rasmi kelahiran wanita berkenaan. Selepas pulih daripada kecederaannya, wanita itu enggan berpindah dan memilih untuk pulang ke rumahnya di Semenanjung Gaza.
Sumber: mStar |
ADVERTISEMENT