CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zain Saidin Tak Pernah Suruh Che Ta Buat Kerja Rumah

11-12-2023 08:09 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 9754| Komen: 43

Pelakon Rozita Che Wan bersyukur dikurniakan suami yang tidak cerewet dalam urusan rumah tangga.

Rozita, 52, berkata, Zain tidak pernah mengarah dia melakukan kerja rumah atau pun menghalangnya pulang lewat ke rumah sekiranya mempunyai tugasan di luar.



Bagaimanapun kata Rozita atau Che Ta, Zain sebaliknya bertegas mengenai perkara melibatkan agama iaitu solat dan menjaga aurat.

"Alhamdulillah syukur untuk 10 tahun yang membahagiakan walaupun saya kadang-kadang jadi singa.

"Untung kami dapat suami macam Zain. Paling tidak cerewet, tak pernah suruh kami kemas rumah, basuh baju dan pinggan... Saya keluar lepak balik pukul 4 pagi pun dia tak tanya.

"Yang dia akan tanya, sayang sudah solat? Yang dia akan tegur hanya kalau aurat saya ternampak," katanya.


Rozita berkongsi mengenai perkara itu menerusi hantaran di TikTok miliknya bersempena dengan ulang tahun perkahwinan bersama Zain yang kesepuluh.

Dalam pada itu, Che Ta turut berpesan kepada golongan wanita mencari teman hidup yang bukan sahaja memiliki kemewahan.

Sebaliknya kata pelakon Kiam Pekasam ini, lelaki yang pandai menjalankan tanggungjawab sebagai suami sudah memadai untuk mendapatkan rumah tangga bahagia.

"Tak perlu lelaki kaya untuk rumah tangga yang bahagia janji tahu tanggungjawab masing-masing.

"Cari yang tahu agama dan praktikkannya bukan hanya tahu agama tapi jadi penunggang. Nauzubillah.

"Sebenarnya dalam apa juga keadaan dalam hidup ini, sederhana itu utama.

Sabtu lalu, Che Ta memaklumkan hasrat meraikan ulang tahun perkahwinan mereka terbantut selepas disahkan positif Covid-19.

Walaupun semua persiapan sudah dibuat, Che Ta memilih membatalkan acara tersebut kerana bimbang akan menyebarkan virus berkenaan kepada tetamu.

Untuk rekod, pasangan tersebut mendirikan rumah tangga pada 11 Disember 2013 dan dikurniakan seorang cahaya mata iaitu Aaisyah Dhia Rana yang kini berusia 10 tahun.

Che Ta juga mempunyai dua anak lelaki hasil perkahwinan terdahulu iaitu Ammar Affendy, 27, dan Aniq Ezzra, 25.


Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote noor2 11-12-2023 08:14 PM
Berani ke beliau mengarah cik ta?
Quote Orgkgdukobesi 11-12-2023 08:16 PM
Kalau dah ada maid buat apa suruh bini buat itu ini
Quote jihyomelly 11-12-2023 08:17 PM
apa guna gaji kan maid..maid la buat suma tu bini bleh melawa doplohpatjam
Quote Ahriman 11-12-2023 08:37 PM
Berani.mau dicop derhaka nnti.
Quote Rogue98 11-12-2023 08:50 PM
Bagus dia ni....hormat pada orang tua....syurga dibawah tapak kaki .....eh jap...
Quote rosevelvet 11-12-2023 09:51 PM
Sapa beli beras?
Quote cm_vungtau 11-12-2023 10:12 PM
Agittew si Zain tegur aurat. Yang berlip lap berbulu sana sini tak tegur pulak?
Quote AWEKSAMURAI 11-12-2023 10:19 PM
Berani ke zain nk suruh che ta buat kje rumah? Zain ni dlu selalu jumpa kat usj kdg2 makan sebelah2 je table dia .. sedap lah badan dia tapi katek jugak xde lah tggi lampai ke hape mcm atas panjang kaki pendek gitu
Quote Sazreena 11-12-2023 10:45 PM
Mana leh lawan queen...
Quote Lampuled 11-12-2023 10:55 PM
Haruslah Jr hormat Sr. Lgpun semua org tahu bininya dominan mmg suami mengalah la jg anak kat rumah while bini bersosial.
Tp zain ni bagus juga jenis slamber je.
Quote iolss 12-12-2023 01:36 PM
Edited by iolss at 12-12-2023 01:39 PM

laki i pon x suh i buat keja rmh zain.. maid pon xdo..
tp klau dah rmh serupa tongkang, dia x buat i pon xbuat, sapa mau buat..end up mmg i la kn jgk. ko cite lenkali kasi abis.. ko yg kms rmh kan?
Quote kalchi 12-12-2023 01:51 PM
Zain lepas OMS trus tenggelam eh. Dia buat bisnes lain ke.
Quote Fairypopcone 12-12-2023 02:05 PM
Dah umo mmg selayaknyer xbuat apa2
Quote salimrock 12-12-2023 02:20 PM
haha, kalo dah kena QC boleh arah ke?
Quote 3chanceno 12-12-2023 02:28 PM
Edited by 3chanceno at 12-12-2023 02:30 PM



Tak menahan meols baca komen2 kat atas
- 'hormat pada orang tua'

Dah zen nie trophy hubby, nak merintah camna?  Bini Marhaein pun ramai tak buat keje rumah tau nek ta oooiii...cuma tak dicanang kat socmeds je

Quote 3chanceno 12-12-2023 02:31 PM
Rogue98 replied at 11-12-2023 08:50 PM
Bagus dia ni....hormat pada orang tua....syurga dibawah tapak kaki .....eh jap...

.......
Quote shernazz 12-12-2023 03:19 PM
Lampuled replied at 11-12-2023 10:55 PM
Haruslah Jr hormat Sr. Lgpun semua org tahu bininya dominan mmg suami mengalah la jg anak kat rumah  ...

Zain Ni jual.kasut pung Bagus..
Kekadang dia htr sendiri..
Masih ada ke jual kasut lagi skang Si Zain Ni EK?
Quote sweetfasha 12-12-2023 04:21 PM
kalau suruh karang berkeriuk tulang belulang
Quote September14 12-12-2023 06:11 PM
Org mcm cikta ni x perlu suruh dia tau apa benda dia nak kena buat yg perlu buat…

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:27 PM GMT+8 , Processed in 0.056658 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top