CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kes Zayn Rayyan: Petunjuk Menjurus Kepada Seorang Individu, Mayat Dibuang Waktu Hujan Lebat

11-12-2023 04:47 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 28565| Komen: 146

Klang: Petunjuk yang diperoleh pihak polis setakat ini menjurus kepada seorang individu yang mungkin disyaki terbabit dalam kes kematian kanak-kanak autisme, Zayn Rayyan Abdul Matiin, 6, pada 6 Disember lalu.


Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan berkata, siasatan masih dijalankan secara menyeluruh daripada pelbagai sudut bagi memperoleh fakta dan maklumat yang tepat berhubung kes terbabit.


"Dengan kesan itu (pada leher dan badan mangsa) kita percaya seorang individu. Kita tengok semua sudut, semua 'database' polis dan juga 'mass screening'.

"Kita harap boleh dapat petunjuk positif sehingga boleh tangkap penjenayah ini, buat masa ini petunjuk yang ada ini menjurus kepada seorang individu.

"Banyak persoalan yang perlu dijawab, cuma kita perlu fakta yang boleh menjawab soalan itu, jadi kita sama-sama berdoa agar kita boleh tangkap penjenayah itu.


"Kita tidak mahu bekerja dalam spekulasi, jadi beri ruang untuk polis bekerja dengan fakta," katanya ketika diminta mengulas perkembangan kematian kanak-kanak itu.

Hussein berkata, proses penelitian video kamera papan pemuka (dashcam) setiap kenderaan penduduk di kawasan berkenaan masih berjalan bagi membantu siasatan.

Mengulas lanjut katanya, siasatan mendapati berkemungkinan mayat kanak-kanak itu dibuang pada waktu petang di kawasan takungan air 200 meter dari rumahnya di Apartmen Idaman, Damansara Damai.

"Pada pagi hari yang sama, kita ada buat pencarian tetapi tidak jumpa. Jadi (kita buat pencarian lagi) kita jumpa mayat mangsa pada malam. Kemungkinan (mayat mangsa dibuang) petang sewaktu hujan lebat. Kita percaya pada petang itu.

"Kita tidak jumpa lagi barang yang boleh menjurus kepada penjenayah, kita masih berusaha untuk mencarinya," katanya.

Dalam pada itu katanya, siasatan polis juga tertumpu kepada stor yang terletak 50 meter dari kediaman mangsa bagi mengenalpasti individu yang kerap berada di lokasi berkenaan.

"Kita hendak melihat ataupun menyiasat siapa yang selalu berlegar di situ, stor ini untuk penyimpanan barang-barang lusuh dan juga barang-barang kitar semula, jadi adakah kemungkinan penjenayah ada pernah ke situ, kita (mahu) lihat (padanan) cap jari di situ.

"Sebab itu saya kata siasatan ini terbuka dan kita melihat dari pelbagai sudut, sama ada daripada dalam kawasan atau luar kawasan itu. Kita tidak mahu terlepas mana-mana sudut dalam siasatan ini. Stor berkunci dan ada penjaga," katanya.


Sumber: Harian Metro


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Miss.Rara 11-12-2023 04:55 PM
kalau bukan individu tak kan binatang pulak culik dan bunuh dia..

atau tak kan budak ni pandai bunuh diri pulak..
Quote manehnya 11-12-2023 04:56 PM
setiap minit update, x bahaya ke info mcm ni.. senang saspek nk lolos
Quote ladyxez 11-12-2023 05:03 PM
Memang bukan binatang yg bunuh tapi syaitan bentuk manusia
Quote melinda_kerr 11-12-2023 05:07 PM
aku rs..teruskan siasatan lah tanpa update public setiap masa..zaman viral skrg ramai nak jadi detektif..dan hopefully pembunuh ditemui.
Quote otai_g 11-12-2023 05:09 PM
Yo yo polis ni. Kes Nurin dulu pun mcm gini jgk gebangnya. At last lelaki kucing tetap misteri. Ntah sapa2 laki kucing tu
Quote MissYouSayang 11-12-2023 05:13 PM
Takkan la xde sape acik2 pprt yg jenguk melalui tingkat2 flat tu ke...susah la jenis jiran2 x bercampor gaul ni, jenis buat hal sendiri ke ape or x nk amek port
Quote rashiman 11-12-2023 05:24 PM
Miss.Rara replied at 11-12-2023 04:55 PM
kalau bukan individu tak kan binatang pulak culik dan bunuh dia..

atau tak kan budak ni pandai bunu ...

menjurus seorang individu, maknanya bukan berdua atau berkumpulan...
Quote menjad 11-12-2023 05:29 PM
Bakalan jadi mcm kes nurin... Misteri smpai sekarang
Quote pooh~key 11-12-2023 05:30 PM
Miss.Rara replied at 11-12-2023 04:55 PM
kalau bukan individu tak kan binatang pulak culik dan bunuh dia..

atau tak kan budak ni pandai bunu ...

Kau la pun dekkk…. Adoi tergelak akak sis. By individu tu dia maksudkan bukan kerja berkumpulan sis. Nasib baiklah akak tengah mood angel gayyytuh sis tak jadi nak cerca sis.
Quote Decaffeinated 11-12-2023 05:31 PM
Memang acik2 saspek sorang ja punya kejer tapi siapa?

Quote KamikuP 11-12-2023 05:35 PM
Meolls rasa polis saja je hebahkan update masa ke semasa (reverse psiko) supaya penjeneyah tu gelabah tetek
Quote MissYouSayang 11-12-2023 05:37 PM
Org luar mcm kita ni tak le nak bantu pape pon..yg bebetul blh bantu kes adik zayy ni  jiran2 kat situ je, mungkin ada jiran2 yg ada mencurigai sesiape ke, ..ini tak, nak dpt dashcam keta pun mcm nak x nak kasi je dorg ni adoii ke prasaan aku je tp mmg aku rase jiran2 situ pun mcm buat dekk je entahh la labu.........kita org luar plak terlebih concern weii rasa nak je jadi polis foensik
Quote lo_la 11-12-2023 05:45 PM
I see. So agak mustahil nak nampak perpetrator’s shoe print. Ingat kot kalau after hujan dia pegi letak and terus jumpa arwah, possibly ada evident shoe print.
Quote Buritan 11-12-2023 05:45 PM
MissYouSayang: Org luar mcm kita ni tak le na ...



Kang bg dashcam kang tuan punya dash cam kena saman sebab memandu laju. Potong double line . Tuu yg org malehh.. udah satu hal plk..
Quote lo_la 11-12-2023 05:46 PM
KamikuP replied at 11-12-2023 05:35 PM
Meolls rasa polis saja je hebahkan update masa ke semasa (reverse psiko) supaya penjeneyah tu gelaba ...

I pun rasa gini
Quote doubleA 11-12-2023 05:49 PM
Interesting case ni harap dpt la pembunuh tu. Gamble betul culik dan bunuh kt residential area bukan lorong2 ke rumah tinggal ke. Walaupun hati kecik iols rasa bakalan kekal misteri sbb kurang bukti mcm arwah nurin tu
Quote Lolalala 11-12-2023 05:50 PM
Buritan replied at 11-12-2023 05:45 PM
Kang bg dashcam kang tuan punya dash cam kena saman sebab memandu laju. Potong double line . Tuu  ...

Polis kalau nak siasat pasal kematian, dia x usik hal lain melainkan pemilik dashcam langgar lari org ke. Takat speeding, x de lah. Mcm polis trafik, kalau siasat kes mati melibatkan warga asing, depa siap cakap kat kawan² simati yg  takkan kacau hal lain asalkan dapat selesaikan kes berkenaan dan mayat boleh diuruskan(tanam/hantar pulang)
Quote pocongkiutss 11-12-2023 05:53 PM
KamikuP replied at 11-12-2023 05:35 PM
Meolls rasa polis saja je hebahkan update masa ke semasa (reverse psiko) supaya penjeneyah tu gelaba ...

Tp if gelabah tetek pehtu dia lari ke sempadan atau menyorok ke..acane pula
Quote dua_chzy 11-12-2023 05:53 PM
Terer ui pembunuh. Boleh tahan komplikated kes ni.

Lihat semua komen(146)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 01:36 PM GMT+8 , Processed in 0.083324 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top