Muar: Suri rumah mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas tuduhan bersubahat dengan suami merogol anak kandung kononnya mahu merawat mangsa diganggu makhluk halus, dua tahun lalu.
Wanita berusia 41 tahun terbabit membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Hakim Abu Bakar Manat. Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa bersubahat dengan suaminya yang dituduh merogol anak tiri berusia 17 tahun pada 2021. Sehubungan itu dia didakwa mengikut Seksyen 109 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 376B yang hukuman sehingga 30 tahun dan 10 kali sebatan jika sabit kesalahan. Manakala suaminya yang berusia 43 tahun pula membuat pengakuan tidak bersalah atas tuduhan mengikut Seksyen 376B Kanun Keseksaan kerana merogol anak tiri. Jika sabit kesalahan, lelaki yang bekerja sebagai buruh itu boleh dipenjara sehingga 30 tahun serta 10 kali sebatan.
Pendakwaan diketuai Timbalan Pendakwa Raya Danial Munir manakala kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam. Serentak dengan itu, mahkamah menetapkan 30 Januari depan untuk menjatuhkan hukuman terhadap wanita itu selain sebutan semula kes, serahan dokumen dan juga laporan perubatan berkaitan kes suaminya. Mahkamah juga memutuskan reman terhadap kedua-dua tertuduh dilanjutkan mengikut Seksyen 259 Kanun Tatacara Jenayah. Sumber: Harian Metro |
ononnya mahu merawat mangsa diganggu makhluk halus
manehnya replied at 11-12-2023 08:13 AM
lembam ke ibu ni?
bodoh nk mampus, hidup menyusahkan orang.. baik mampus aja
gigahertz replied at 11-12-2023 04:19 PM
i syak laki bini indon.
Tiggybiru replied at 11-12-2023 04:24 PM
Aku doakan tetap ada sinar dalam kehidupan adik tu .. ingat dik walaupun mak kandung hang dan bapa t ...
jas7512 replied at 11-12-2023 05:04 PM
If you fail to protect yr child..jgnlah beranak...senang je...suh je suami cret kat luar dgn alasan ...
ADVERTISEMENT