Seorang pengguna TikTok, Nadia Nozula,menemubual seorang lelaki bekas pesakit kanser yang mendedahkan peti suaranya dibuang sejak 13 tahun lalu akibat tabiat merokok. “Mula-mula saya buat radioterapi dia kembali juga, jadi doktor decide nak buang peti suara. Saya dah buang peti suara, dah 13 tahun,” ujar lelaki itu.
Melihat kepada perkongsian berkenaan, rata-rata netizen meluahkan rasa kesedaran terhadap bahana tabiat merokok dan menzahirkan rasa simpati terhadap lelaki itu. “Tengok video ni sambil hisap rokok, terus buang,” “Tolong lah ambil iktibar,” “Mashaallah kasihan dia. Bersyukur sangat diberikan kesihatan.” Untuk info, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), penggunaan tembakah adalah 90% penyebab kepada kanser peti suara (larink). -CARI Sumber: Gempak
|
ADVERTISEMENT