CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Aku Down Bila Budak-Budak Meninggal," Sharnaaz Ahmad Terkesan Dengan Kematian Zayn Rayyan

8-12-2023 04:07 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31552| Komen: 8

Sharnaaz Ahmad terkesan dengan kematian kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan yang ditemui meninggal dunia dalam keadaan mengiring di tepi aliran anak sungai berhampiran kawasan kediamannya pada Khamis.


Sharnaaz menyeru agar pihak berwajib menjalankan siasatan secara terperinci susulan terdapat kesan jenayah dibadan mangsa.

Foto: IG

“Aku down bila budak-budak meninggal.

“Harap Polis DiRaja Malaysia (PDRM) siasat betul-betul apa jadi… Bukan nak salahkan takdir. Tapi entahlah mat,”katanya di IG Story.



Dalam hantaran berlainan pula, Sharnaaz seakan-akan memberikan gambaran bahawa naluri seorang ayah membuatkan dia dapat merasakan nasib yang bakal menimpa adik Zayn Rayyan sejak berita kehilangannya tular.

“Naluri aku tak salah. Allahuakbar!,” tulisnya.



Terdahulu, pihak polis kini sedang menubuhkan pasukan khas (task force) bagi membantu sisatan berhubung kes.


Ia selepas hasil bedah siasat menemui defensive wound (kecederaan akibat mempertahankan diri) selain memaklumkan bahawa mangsa dilaporkan telah meninggal dunia 48 jam di lokasi lain sebelum ditemui. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote SalenaGomez 8-12-2023 04:34 PM
Harap juga xde sesiapa yang terjejas pengeluaran susu
Quote zuriey 8-12-2023 06:47 PM
Ko cepuk xila
Ko cepuk pak gurd
Tu semua ank org juga tau
Tak de pula ko down
Quote bedahmenjuyah 8-12-2023 07:12 PM
zuriey replied at 8-12-2023 06:47 PM
Ko cepuk xila
Ko cepuk pak gurd
Tu semua ank org juga tau

Well said. Retis2 sendu ni pantang ada berita/isu yg depa boleh ride. Zizik.
Quote makneng 8-12-2023 07:13 PM
Mamak parpu merapu
Quote codenamedream 8-12-2023 07:18 PM
Everyday ada budak meninggal. Please down setiap hari
Quote gideoncross 11-12-2023 11:35 PM
codenamedream replied at 8-12-2023 07:18 PM
Everyday ada budak meninggal. Please down setiap hari

Boleh jdi depression lagu tu
Quote Burong_Hantuk 12-12-2023 08:05 AM
semua org rasa sedih la ngokk
Quote Sachacha 12-12-2023 08:28 AM
Kebanyakkan rakyat malaysia memamg bersedih noks . So tak payah la nak mencapub sangat acah² terpaling bapak..ujian setiap orang ni bab² family ni berbeza

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 05:11 PM GMT+8 , Processed in 0.083834 second(s), 22 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top