Dilaporkan hilang sejak Khamis, orang ramai diminta untuk membantu mengesan seorang pelajar lelaki berusia 14 tahun. Ketua Polis Daerah Cheras, Asisten Komisioner Zam Halim Jamaluddin berkata, remaja berkenaan dikenali sebagai Muhammad Daniel Akmal Zulkhair yang kali terakhir dilihat di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah di Cheras, Kuala Lumpur, pada Khamis.
Menurut beliau, pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan remaja itu pada pukul 1.21 tengah hari Khamis. "Mangsa kali terakhir dilihat di kawasan Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Jalan Yaacob Latif, Cheras pada 7 Disember 2023 (Khamis), kira-kira pukul 12.30 tengah malam. "Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan mangsa mohon tampil ke balai polis berhampiran ataupun menghubungi Hotline Polis Cheras di talian 03-9284 5050/ 5051 dan Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat. -CARI
Sumber: mStar
|
JamilBinAbu replied at 8-12-2023 08:13 AM
hilang khamis 12:30 malam... kiranya malam semalam lah kan?
ke kes lompat pagar?
mamajawie replied at 8-12-2023 04:08 PM
yang baju hijau tu budak yang sama ke atau penculik??
che_yatt replied at 8-12-2023 05:10 PM
boleh tak meolls nak suspect adik ni fly... maybe stress duduk serama SAS
che_yatt replied at 8-12-2023 05:10 PM
boleh tak meolls nak suspect adik ni fly... maybe stress duduk serama SAS
akies replied at 8-12-2023 05:13 PM
Lari asrama ke dik.
Hurmm nk lari ke mana tu?
Balik rumah nenek atuk?
cutieslilies replied at 8-12-2023 04:11 PM
dua2 gambar org yang sama rasenya...cuba tgk
KukuNeeng replied at 8-12-2023 05:46 PM
Ni bukan SAS. Ni ASIS sek men sains alam shah sbp baru. SAS pindah putrajaya
menjad replied at 8-12-2023 07:02 PM
Depress lah tuhhh
ADVERTISEMENT