CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isteri Sarat Hamil Makan Hati- Mentua Kawal Duit Suami, Minta Beli Barang Bayi Sulung Pun Dihalang

8-12-2023 12:29 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 10257| Komen: 19

Seorang wanita bernasib malang apabila suaminya seolah-olah langsung tidak mengambil berat mengenai persiapan untuk menyambut kelahiran bayi sulung mereka.

Dia sedih dan kecil hati kerana suaminya juga didakwa melebih-lebihkan si ibu biarpun ada perkara yang begitu menuntut tanggungjawabnya sebagai seorang suami dan bapa.



Gambar Hiasan

"Kadang rasa tersentap betul dengan suami. Saya bukan ada duit nak beli semua tu, harapkan dia (suami) yang beli tapi dia lebihkan mak dia je.

"Hari-hari makan hati daripada awal mengandung sampailah dah nak dekat bersalin, satu apa tak beli," luahnya di media sosial.

Tambah wanita tersebut lagi, dia juga tidak pernah merasa nikmat 'dimanjakan' oleh suami seperti mana kebanyakan wanita hamil yang lain.

"Nak makan apa-apa kena tahan diri, pergi check-up pun pandai-pandai sendiri naik motor," ujarnya.


Disebabkan bimbang kerana masih belum membuat sebarang persiapan, wanita itu berkata dia pernah menyuarakan kepada suaminya untuk membantu berniaga kecil-kecilan bagi meraih pendapatan sampingan, namun cadangannya ditolak mentah-mentah.

"Pernah cakap dekat dia, jika tak mampu atau tak mahu belikan barang anak, boleh tak modalkan barang kuih untuk meniaga.

"Dapatlah kumpul duit persediaan bersalin. Tapi katanya semua membazir duit dia saja. Semua yang saya minta beli, dia akan tanya mak dia dulu.

"Dan selalunya mak dia takkan bagi dan dia tak akan beli. Sedih betul rasa," luahnya.

Dalam perkongsian tersebut, dia turut memuat naik gambar tangkap layar (screenshot) perbualan bersama suaminya di aplikasi WhatsApp, yang jelas menunjukkan sikap acuh tidak acuh lelaki berkenaan ketika ditanya mengenai persiapan menyambut kelahiran bayi mereka.

"Nanti aku tanya kakak, ada lagi ke tak baju dengan barang anak dia. Mak cakap benda pakai sekejap je," demikian jawab suaminya seperti paparan di dalam tangkap layar berkenaan.

Perkongsian yang dimuat naik di laman grup Facebook Luahan Hati Seorang Isteri mengundang perhatian warga maya dengan rata-ratanya meluahkan rasa simpati terhadap wanita berkenaan.

Selain berkongsi pengalaman, mereka turut menitipkan kata-kata semangat serta cadangan sebagai solusi kepada situasi yang dialaminya.

"Payah kalau semua nak ikut mak je. Dah ada keluarga sendiri, binalah keluarga sendiri. Sikit-sikit mak, baik duduk bawah ketiak mak je.

"Biasanya untuk anak sulung, orang yang susah macam mana pun mesti excited nak beli keperluan baby walaupun sepasang baju.

"Pendapat saya, lepas bersalin, awak 'chow' dari hidup dia. Lebih baik hidup sendiri dengan anak. Payah kalau anak emak ni," demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Buritan 8-12-2023 12:48 PM
Blah aje le sis oiii.. biar mak dia jaga dia.. ko lak jaga anak kooo
Quote shernazz 8-12-2023 01:33 PM
Kalau gitu baik.kau tak yah kawen.dgn.anak Dara orang Wei..
Dok bawah ketiak.mak je..
Duit tak.mau bagi...

Mak.plak sebok je nak control .. next time takyah kawen.
Bior mak je yang control semua...
Quote Kurex 8-12-2023 01:41 PM
Bukan dah ada bod confession ke
Quote adizero11 8-12-2023 02:52 PM
Aku ni suami..bakal timang anak sulung x lama lg..even bini aku kerja pun, aku buat OT semata2 nk beli barang baby..duit saving sekangkang kera pn aku keluarkan utk preparation anak pertama kami..kunci dia "TANGGUNGJAWAB"jer kalau nk jadi laki ni..
Quote menjad 8-12-2023 03:02 PM
Itu pentingnya pompuan perlu berduit klau tak jadi camni lah di perlekeh dek mentuo yg anggap ko tuh mnghabiskn duit anak dioooo.

Itu lah dehhhh... konsep laki tanggung bini tak terpakai kek mentuo gini. Anak D
dio hak mutlak. Jgn susahkn anak ehhh, menantu susah bio lantak
Quote midori888 8-12-2023 03:18 PM
Apa punya mak mentua perangai camnie, biar anak abaikan menantu, menantu tgh mengandung sulung pulak tu...sigh...sbb Tu bagusnyer seblum kawen, check dulu perangai parents dia skali. Adik meols baru takat kawan, meols dah tanya soalan2 about family sana, parents kerja ke tak? Sibling kerja or ada jd biawak....
Quote lilacomot 8-12-2023 03:28 PM
Mane screenshot wasap tu.. Nk tgk thp x guna nye laki dia
Quote Decaffeinated 8-12-2023 03:29 PM
Mak mentua setakat bagi free advice atau dia pula yang kikis? Ada beza.

Quote azimodin 8-12-2023 03:55 PM
Memang ada mertua camni. Macam aku dulu penat nak explain kenapa aku beli ssc/carrier mahal, mertua aku cakap pakai yg anakku/sweet cherry murah je. Padahal aku beli sebab material & ergonomic. Lagipun benda elok, dah 10 tahun beli pon buckle semua elok lagi.
Quote lo_la 8-12-2023 04:09 PM
midori888 replied at 8-12-2023 03:18 PM
Apa punya mak mentua perangai camnie, biar anak abaikan menantu, menantu tgh mengandung sulung pulak ...

Bagus you. I pun advised siblings benda yg sama.
Keywordnya di sini, sekufu. Sekufu ni bukan dari segi harta. Harta boleh cari. Education, mentality, upbringing.
Family kita dgn family pasangan kita kena sekufu. I sebut family sbb bila kahwin, kita bukan kahwin dgn pasangan kita je.
Quote prettyuglybabe 8-12-2023 04:11 PM
janji kau berlaki kak..
Quote midori888 8-12-2023 04:21 PM
lo_la replied at 8-12-2023 04:09 PM
Bagus you. I pun advised siblings benda yg sama.
Keywordnya di sini, sekufu. Sekufu ni bukan dari  ...

Kan ..better cari yg sekufu, dan family takde byk masalah dalaman....parents or siblings toxic ke kan....
Quote lo_la 8-12-2023 04:22 PM
Parents yg mcm ni sebenarnya tak ready nak lepaskan anak.
Parents, sila jgn jadi tamak.
Kalau anak tu anak harapan, jgnlah dok push anak tu kahwin lagi. Ni nak anak kahwin awal sbb takut org2 kampung bercakap, nak bangga sebab anak dapat jodoh awal, tapi at the same time, you all mengharapkan anak tu berbakti.
Kalau anak tu anak harapan, bagilah masa dan ruang utk anak tu berbakti dulu dgn family. Jgn jadi selfish. Pesanan ni utk i juga
Quote Rajawali 8-12-2023 04:37 PM
dah dapat baby tu jangan lupa minta cerai terus..untuk apa hidup dengan dia kalau dah tak best kan
Quote ninja boy 8-12-2023 10:53 PM
Dah tua bangka suami masih menetek mak lagi ka
Quote ⠀⠀⠀⠀ 9-9-2024 07:38 PM

Quote boo00 16-11-2024 03:53 AM
Do you want me to?

Quote boo06 28-11-2024 08:07 AM
D̶̛̯̯̖͒̀͋̈́̈̽̓̋̚͝o̴̞͊̂͌̈̽̒̄͘͘̕͘͠ ̴̛̛̮̮̪͆̉̑̑͋̔̅̾́̊͠y̸̥̯̥̙̥̠̝̰̭͎͚̋͂́o̵̱̯̹̤̯̲͓̎̉̀̑́̀͊̾͌̑̍̕͜͜ͅͅu̷̡̨͙̗̙͕̹͕̗͔̹̘͙͛͆̋̐̌̄̂̊̍̓ͅ ̷̖̼̥͎̦͉́̉̏͂̚͝ẅ̸̨̨̡̨̻̪̼͎̮́̓͛̌̃͂̑̾̐͘ā̶͓̘͕͙̠͖̩̜̀͋͊̂̄͆̏̽̕͝͝n̵̡͇̻͒͂́̃́̍̽̀̋̚ţ̵̟̪͍̼̱͉͇̫̺͕͌̊̃̾͌͆̓̽̍͌̒͝ ̸̣̺̍̓̄̈̋̉̚͝͠m̷̧̨̤̯̻͇̙̭̰̤͕̟̯͓͒̓̎͆͗͒̐̚̚͠è̴̡̛̞͈̩̯͇̠̝̇̏̋̇͂̾̊̚͘͘͝ ̴̡̛͔͓̲̞̣͙͉̆̋̒̑̎̾͋̂t̷̢͉̪̮̻̤̪̩͑̈́͂̐̋̇̓̕ͅȯ̴͚̜̮̫̦͍̊̕͘?̸̧̧͓̗̻̲̘̼̖̼̙̤̟̍͝



Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.064757 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top