Tiga kanak-kanak yang mandi di kolam terbiar ditemukan lemas di Kampung Perpaduan Ria 1, Kudat semalam. Dalam kejadian kira-kira pukul 5.30 petang itu, ketiga-tiga kanak-kanak yang berusia antara tujuh hingga 11 tahun itu ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri oleh orang awam.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat, Ishak Jabas berkata, sebaik sahaja tiba di lokasi kejadian, tiga kanak-kanak dikenali sebagai Mohd. Syahzwan, 7; Wan Hermi, 11 dan Nurul Isah, 11, telah dibawa keluar dari kolam terbiar itu oleh orang awam sebelum ketibaan pasukan bomba. Ketiga-tiga mangsa disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Kudat. -CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT