CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Apa Salah Aku? Pernah Sakitkan Hati Atau Ada Musuh Dengan Sesiapa?" -Nabila Huda Risau Ada Ugutan Culik Anaknya

8-12-2023 10:32 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9811| Komen: 1

Nabila Huda, tak pasti dia pernah melakukan khilaf dan menyakiti hati mana-mana pihak sehingga terpaksa berdepan dengan satu ugutan daripada individu yang tidak dikenali di media sosial.

Ugutan menculik anak tunggalnya, Keisha Laila,13, tentunya bukan satu perkara yang boleh dibuat main, namun setakat ini dia juga tidak berhajat untuk membawa isu itu ke peringkat undang-undang.


Foto: IG

“Sebagai ibu, tentu saya risau akan keselamatan Keisha dan keluarga. Terfikir juga, apa salah aku? Adakah aku pernah menyakiti hati sesiapa atau ada musuh dengan sesiapa? Maklum sajalah, mana tahu waktu muda dulukah, mungkin saya ada buat khilaf dan sebagainya dan terlupa minta maaf.

“Namun kalau individu yang buat ugutan itu kononnya marah hanya disebabkan isu saya berpakaian kebaya, keterlaluanlah. Dari dulu Malaysia dan Indonesia asyik nak bergaduh soal budaya.

“Perbalahan ini bagai tak pernah habis sedangkan kita sesama Melayu sendiri harus bersatu. Sebab itulah, saya malas nak layan hal ini.




“Kalau fikir lagi, akan jadi stres, takut nak bergerak ke sana ke mari sedangkan banyak tanggungjawab dalam hidup ini perlu diuruskan. Tak akan selamanya nak hidup dalam ketakutan?”katanya.

Nabila berkata demikian ketika ditemui pada sidang media program Masked Singer musim terbaharu di sini, semalam.

Terdahulu, anak perempuan Amy Search ini menbuat satu hantaran di platform X baru-baru ini dan mendedahkan dirinya menerima satu ugutan daripada seorang pengguna media sosial yang kononnya mahu menculik anak tunggalnya itu.



Ugutan itu yang dipercayai daripada seorang pengguna warganegara Indonesia yang menbuat dakwaan rambang dan mengaitkan pelakon ini dengan tuduhan mencuri budaya negara mereka.

Dalam pada itu, kata Nabila, dia yakin sebagai umat Islam, doa adalah senjata terbaik dalam usaha mengelak daripada sebarang kejadian tidak diingini menimpa keluarganya.

“Kita berdoa sajalah supaya tidak ditimpa sebarang kejadian buruk, baik untuk diri, anak dan keluarga. Sebenarnya, saya sendiri tak beritahu pun pada Keisha mengenai hal ini sebab tak mahu mengusutkan fikirannya.



“Malah tak berbincang pun mengenai hal ini dengan suami, sebab setakat ini, kita pun tak tahu sejauh mana individu terbabit benar-benar mahu melakukan perkara itu.

“Saya anggap sajalah individu itu mungkin kurang kasih sayang dan disebabkan itu dia mencari perhatian orang ramai dengan mencipta kebencian seperti itu di media sosial,”katanya.



Pada masa yang sama, kata Nabila, dia bersyukur kerana Keisha merupakan seorang anak yang sangat mendengar kata dan rapat dengannya dan suami.

“Keisha ini sangat rapat dengan saya dan suami. Malah, pergi dan pulang ke sekolah pun kami yang hantar dan ambil.



“Nak pergi ke mana-mana pun memang dengan kami. Insya-Allah, kita sama-sama berdoa supaya Allah sentiasa lindungi kami sekeluarga daripada perkara buruk,”katanya. -CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote apedehal 8-12-2023 10:44 AM
Org indo ni yg pelik2 je lah... melampau.

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:58 PM GMT+8 , Processed in 0.140465 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top