CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Kami Nak Penonton Enjoy The Show- Mierul Aiman Jelaskan Babak Bercium Hun Haqeem Dan Daiyan Trisha

7-12-2023 01:01 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6979| Komen: 28

Mierul Aiman menjelaskan tentang adegan bercium antara Daiyan Trisha dan Hun Haqeem di dalam drama W Two Worlds.

Katanya setiap babak di dalam drama tersebut akan melalui satu proses perbincangan terlebih dahulu sebelum ianya dilakukan.


Foto: IG

"Pembikinan W Two Worlds sangat-sangat kompleks maksudnya daripada ‘production value’. Pihak produksi meletakkan pelbagai tenaga, bajet..untuk menerbitkan cerita ini.

"Kami sebagai pelakon dalam drama ini, kami dipandu melalui skrip dan juga arahan pengarah jadi setiap kali babak kami akan ada ‘table talk’. Kita akan melalui proses itu dalam setiap babak seperti mana babak tersebut (adegan cium) yang terjadi,"katanya kepada OhBulan.




Dalam pada itu, Mierul juga percaya bahawa pengarah iaitu Datuk Yusry Abdul Halim serta barisan pelakon telah bersepakat untuk menjayakan adegan tersebut.

Difahamkan drama berkenaan juga telah pun melalui proses penapisan sebelum ia ditayangkan.

"Kami percaya ketika masuk ke set penggambaran objektif pertama adalah untuk kita menceritakan apakah babak itu dan ianya perlu disampaikan dengan jelas kepada penonton. Mata penonton adalah mata pengarah.

"Saya percaya babak itu mereka ada table talk bersama dengan pengarah dan mereka duduk berbincang tentang bagaimana untuk menjayakan lakonan. Pelbagai lapisan kami lalui sebelum drama itu diterbitkan."



Aktor berusia 25 tahun ini juga berharap agar matlamat utama penceritaan drama tersebut dapat difahami oleh penonton.

"Apa yang saya boleh komen adalah kami berusaha sedaya upaya untuk menceritakan objektif babak itu dan menyampaikan pengalaman dan perasaan itu dengan tepat.



"Saya harap penjelasan babak pada naskah itu sampai kepada penonton. Kami nak penonton ‘enjoy the show’ dan sebagai pelakon kami pun kami nak tengok bagaimana babak-babak itu ‘dijahit’." -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Manusiabesa 7-12-2023 01:19 PM
Huduhnya budak ni. Anak siapa ni, meh kutip balik anak ko. Lgsg xda market. Muka mcm tgh berak sembelit
Quote heythere123 7-12-2023 01:19 PM
lebih baik ko diam je dik
Quote haliamerah 7-12-2023 01:21 PM
kalau xde scene tu, penonton xblh enjoy ke?...
Quote za8da 7-12-2023 01:22 PM
Kampongggnye poster
Quote I.K.A888990 7-12-2023 01:23 PM
kepala hangguk hang enjoy the show
asal tak cium je betul2 terus
yusry tak kat apa2 ke psl ni
bengong punya
Quote lilacomot 7-12-2023 01:57 PM
kalu x de scene tu x enjoy ke dikkkkk..xyah la nk ikut korea sgt laa..kte org melayu kot
Quote lasagna 13-12-2023 08:43 AM
cerita pun adaptasi dr cerita korea, apa jer yg tak ikot?
senang keje pengarah, ciduk jer cite korea, buat versi melayu.
Quote Aneem 13-12-2023 08:51 AM
Enjoy the show?
Yg seronok mengelintat peminat muka 4 segi kau tu, yg miang gatal poen tu yg enjoy.
Yg berakal meluat ye.
Aku tgk cite kapla je.
Produk lain2 hasil kau dgn kwn2 kau, dh lama aku pangkah.
Sejenis jantan perasan memasing.
Ajet hot.
Puiii
Quote dua_chzy 13-12-2023 08:54 AM
Ya Allah...Poster versi Malaysia....
Quote Lampuled 13-12-2023 09:15 AM
Apesal pelakon muda lelaki skrg muka semua mcm tak cukup umur, jambu2, takde vibes maskulin. factor pemakanan ke? Tak cukup hormon ke terlebih hormon?
Quote kalchi 13-12-2023 10:00 AM
Soalan ni patut tanya kepada director dia. Knapa tanya kt bdk ni. Bukan dia yg buat babak tu
Quote Nozot 13-12-2023 10:03 AM
Punyalah canggih ada adengan bercium tapi poster takat tu ja mampu..baik tak payah tengok
Quote rosannazmia 13-12-2023 10:23 AM
Poster x cantik tp achik suka mierul ni, muka 4 segi dia ada values ohkayy… pepandai jerk chuols smua ni
Quote orglama 13-12-2023 10:48 AM
Rasanya kalau ada adegan bersenggama penonton lagi enjoy kot
Quote heythere123 13-12-2023 12:46 PM
iols lagi terkejut si surirumah tak nasihat dulu ke shubennya. Sheols kan hari2 tadabbur pastu iglive pon rajin share pasal tadabbur.

tak sampai ke amalan tadabbur dekat suaminya?
Quote sarah_ary2 13-12-2023 01:20 PM
Kami lebih enjoy the show kalau x de scene cium ni, ko ingat kita semua duduk di us or uk ke ?
Quote Rogue98 13-12-2023 01:25 PM
Nak cium..cium lah betul2 tak payah lah berlapik2...barulah berbaloi kena hentam dgn netizen...
Quote doodlediddle 14-12-2023 05:00 PM
Haram is STILL HARAM Okay??? Regardless “enjoying the show” or not. There are other alternatives to allow people to enjoy the show without the need of any intimacy!!! Pfftttt
Quote sukanyanyi 14-12-2023 05:23 PM
dia ni nak bekap member sedrama ke? bukan dia yg buat adegan tu kan? ke kalo boleh dia pun nak tium dayan? ehh..

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:09 AM GMT+8 , Processed in 0.099010 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top