CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Makcik Kemboja Dan Anak Bayar Jaminan RM25,000 Kes Hina Melayu

7-12-2023 12:17 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6678| Komen: 25

MELAKA – Makcik Kemboja yang juga pemilik syarikat jahitan pukal, Mariyah Holdings Sdn. Bhd. mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, atas pertuduhan mengapikan kaum Melayu.

Tertuduh, Mariyah Yaakob, 47, membuat pengakuan itu sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan Hakim Mohd. Sabri Ismail.


Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa telah membuat suatu penyataan melalui aplikasi TikTok dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.


Foto: Kosmo

Kesalahan itu telah ditonton kira-kira pukul 6 petang di Bukit Piatu, Kampung Musai dalam daerah Melaka Tengah pada 16 November lalu.

Bagi perbuatan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukan hukuman penjara sehingga dua tahun atau dengan denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Dalam prosiding sama, anak lelakinya, Ezuan Hafsyam Mohd. Hisyam, 22, turut didakwa dan membuat pengakuan tidak bersalah sejurus pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah.


Pemuda itu didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi dan Multimedia 1908 (Akta 588) dan boleh dihukum di bawah Seksyen 233(3) akta sama.

Mengikut pertuduhan Ezuan didakwa secara sedar menggunakan perkhidmatan aplikasi TikTok dengan membuat dan memulakan penghantaran komunikasi video yang memaparkan satu perempuan iaitu ibunya mengatakan sesuatu yang jelik sifatnya dengan niat yang mungkin mengapikan kaum Melayu.

Sabit kesalahan dia boleh dikenakan hukuman penjara sehingga setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya dan hendaklah didenda selanjutnya RM1,000 setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

Terdahulu pendakwaan dikendalikan, Pengarah Pendakwaan Negeri Melaka, Ahmad Sazali Omar tidak menawarkan sebarang jaminan, namun mencadangkan jumlah minimum RM30,000 dikenakan bagi setiap tertuduh sekiranya mahkamah ingin menggunakan budi bicara.

Beliau turut memohon syarat tambahan dikenakan iaitu pasport dua beranak itu diserahkan kepada mahkamah dan tertuduh tidak mengeluarkan sebarang kenyataan kepada mana-mana pihak yang dikhuatiri boleh mengganggu prosiding.

Tertuduh yang diwakili Peguam Kamal Hisham Jaafar bagaimanapun merayu agar jaminan itu dikurangkan dengan alasan Mariyah merupakan ibu tunggal tiga anak dan pendapatan keluarga itu bergantung sepenuhnya pada perniagaan diusahakan.

Tambahnya, kewangan perniagaan itu bagaimanpun terjejas akibat pandemik Covid-19 dan tertuduh turut menaja keperluan 60 pelajar sebuah pusat tahfiz di Johor.

Ezuan pula merupakan seorang pelajar di sebuah universiti swasta yang berpangkalan di United Kingdom dan bergantung sepenuhnya kepada pendapatan ibunya itu.

Beliau turut merayu agar pasport kedua-dua tertuduh tidak perlu diserahkan kepada mahkamah dengan alasan wanita terbabit perniagaan wanita itu melibatkan urusan di luar negara, begitu juga pengajian anak lelakinya.

Selepas mendengar hujah kedua belah pihak, Mohd. Sabri membenarkan Mariyah dijamin sebanyak RM15,000, manakala anaknya RM10,000 dan membenarkan syarat tambahan dipohon pihak pendakwaan.

Beliau menetapkan tarikh 12 Januari sebagai sebutan semula bagi kedua-dua kes. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 7-12-2023 12:37 PM
terbaikkk.....
Quote amyza 7-12-2023 12:42 PM
tu laa. riak lagi. kerana mulut, duit melayang.
Quote Kitty_catz 7-12-2023 01:11 PM
passport dia passport mana tu? Cambodia ka mesia?  
Quote sayurmayur88 7-12-2023 01:19 PM
selayaknya.. ingat kau berniaga di Malaysia, Tanah Melayu
Quote mamajawie 7-12-2023 03:02 PM
jaga tahfiz pun x semestinya alim ularmak
Quote Prickford 7-12-2023 03:07 PM
Cekang betul muka sheolls.
Quote honam 7-12-2023 03:12 PM
celah gigi je
Quote Gianna111 7-12-2023 03:59 PM
walaupun dalam fb banyak kata 25k tu sikit.soon nanti lepas la dua ekor tu dan sebangainya. i tetap rasa puas hati sebab dia sudah ada rekod naik turun mahkamah dan kena gari tangan...
pada i tu bukan sekadar konten.dari segi riak muka memang nampak belagak dan pandang rendah dengan bangsa melayu. esok lusa cucu cicit kau dalam surat beranak jangan sekali-kali kau letak bangsa melayu.jangan curi privileges bangsa melayu!ingat ini...
Quote KamikuP 8-12-2023 03:37 PM
sELAUR PUTIH ACIK mARIYAH ni ketat betul nampak susur galur camel toe.. ewuuueuwww
Quote Skuau 8-12-2023 03:47 PM
IC MERAH LG...awat tak 'tarik' dan hantar dia balik???
Quote JamilBinAbu 8-12-2023 03:52 PM
ibu tunggal rupanya makcik ni.
haritu baca dah kawen 2 or 3 kali dah. mestii laki pun tak sanggup dgr mulut puaka dia
Quote ifanonline 8-12-2023 03:52 PM
jangan hina melayu...hina zionis takpe
Quote Decaffeinated 8-12-2023 04:02 PM
Betulkan kalau akau silap.

Bila mahkamah Malaysia tahan passport dia maknanya itu passport Malaysialah kan? Kalau passport asing Malaysia takde hak nak rampas sebab passport milik kerajaan negara asing.
Quote Decaffeinated 8-12-2023 04:03 PM
amyza replied at 7-12-2023 12:42 PM
tu laa. riak lagi. kerana mulut, duit melayang.

Mana ada melayang, itu wang jaminan ja supaya tak lari.

Quote Carcosa 8-12-2023 04:08 PM
Padan muka kau babi
Quote pokokmeranti 8-12-2023 04:14 PM
Decaffeinated replied at 8-12-2023 04:02 PM
Betulkan kalau akau silap.

Bila mahkamah Malaysia tahan passport dia maknanya itu passport Malaysia ...

tak juga kan... klu U ditahan di luar negara dan pasport dirampas. U x boleh lari keluar. pergi kedutaan dah buat pasport lain pun rasa bermasalah sbb mesti mahkamah tempatan dah alert pemegang pasport itu telah disimpan. klu kedutaan buat juga pasport mesti timbul konflik perundangan.
Quote Decaffeinated 8-12-2023 04:40 PM
pokokmeranti replied at 8-12-2023 04:14 PM
tak juga kan... klu U ditahan di luar negara dan pasport dirampas. U x boleh lari keluar. pergi ke ...

Kalau ditahan tu perkara lain tapi yang ini out on bail. Boleh ka mahkamah hold a foreign national bebas merayap2 dalam negara tanpa passport? It doesn't make sense.

Quote cm_vungtau 8-12-2023 05:30 PM
JamilBinAbu replied at 8-12-2023 03:52 PM
ibu tunggal rupanya makcik ni.
haritu baca dah kawen 2 or 3 kali dah. mestii laki pun tak sanggup dg ...

La ibu tunggal ke? Patut la marah bebenor kat melayu Ingatkan dah kenapa laki melayu dia diam tak berkutik
Quote Catpaw 8-12-2023 05:39 PM
Lain kali bawak2 le sedar diri ye, cashhhhh !!!!!!!

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

17-9-2024 02:48 AM GMT+8 , Processed in 0.035626 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top