PETALING JAYA – "Tubuh dia betul-betul macam tidur mengiring…Allahuakbar, macam penat dan dia nak berehat," kata Faizol Najib Abdul Naim, 45, yang menjadi saksi pertama penemuan mayat kanak-kanak autistik di sebatang anak sungai berhampiran Apartment Idaman, Damansara Damai.
Katanya, gerak hati telah menggerakkan dia bersama empat lagi penduduk lain untuk mengikuti arus sungai sebelum menemui jasad mangsa sekitar 200 meter dari lokasi mangsa hilang. “Saya tergerak hati untuk mencari di kawasan hujung anak sungai walaupun semalam Unit Anjing Pengesan (K9) sudah melakukan pencarian di kawasan ini. “Keadaan kawasan sekitar amat gelap, ketika saya suluh di sungai saya melihat sekujur tubuh dalam keadaan mengiring,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian. Tambah Faizol yang juga penduduk di kediaman berhampiran, penemuan mayat tersebut jelas memberikan kesan mendalam terhadap dirinya.
“Sayu hati saya apabila disahkan kanak-kanak yang ditemui itu adalah Zayn Rayyan, saya lihat lengkap berpakaian dengan lencana sekolah seperti ditularkan. “Saya terus menghubungi rakan-rakan lain dan memaklumkan kepada polis yang sedang melakukan pencarian rumah ke rumah,” katanya. Terdahulu, Kosmo! melaporkan mayat kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira pukul 10 malam tadi. Penemuan tersebut hasil kerjasama 40 anggota polis Petaling Jaya serta 60 wakil penduduk Apartment Idaman melakukan misi pencarian kanak-kanak tersebut, malam ini. – CARI Sumber: Kosmo
|
rospinki replied at 7-12-2023 10:09 AM
nama pun berat budak tu. anak ni bagi nama yg mudah saja segala jenis nama hipster cempaka anggerik, ...
sayurmayur88 replied at 7-12-2023 10:27 AM
kno dgn nama arwah budak tu ?
simple je pon namanya..
rospinki replied at 6-12-2023 09:35 PM
nama tu zayn rayyan simple tapi tak kena dgn diamasa dia lahir mungkin parents tak tau ada autism ...
bitterchoc replied at 7-12-2023 11:09 AM
Apa maksud kaka nama dia tak kena dengan dia masa lahir? Dan apa kaitan namanya dengan parents t ...
rospinki replied at 7-12-2023 10:35 AM
nama tu zayn rayyan simple tapi tak kena dgn diamasa dia lahir mungkin parents tak tau ada autism ...
helicornia replied at 7-12-2023 11:25 AM
saya suka nama perempuan guna nama bunga
dahlia, melur, camelia
berat ke nama tu
rospinki replied at 7-12-2023 11:20 AM
masud kaka bila lahir ada baby dh nmpk tak normal mcm austism tk nmpk beza, nenek kaka pernah suh a ...
_kelly replied at 7-12-2023 11:49 AM
ada anak kawan, nama simple je guna nama nabi2 tapi diuji dengan autisme jugak
rospinki: nama pun berat budak tu. anak ni bagi nama yg mudah saja segala jenis nama hipster cempaka anggerik, bunga taik ayam etc tu berat. ckuplah nama yg ada ...
rospinki replied at 7-12-2023 10:35 AM
nama tu zayn rayyan simple tapi tak kena dgn diamasa dia lahir mungkin parents tak tau ada autism ...
ADVERTISEMENT