Seorang bekas pekerja seks mendedahkan dia melalui pengalaman buruk ketika pertama kali datang ke New York, Amerika Syarikat (AS)pada tahun 1992. Menurut wanita Venezuela dikenali sebagai Kika Certa itu , dia berpindah ke AS untuk mengubah hidup, namun malangnya diperdaya dan dilacurkan di sebuah kawasan dikenali sebagai Market of Sweethearts di New York.
Dalam linangan air mata, Certa yang kini berusia 51 tahun berkata dia dipaksa tidur dengan 20 lelaki pada malam pertama dia bergelar pekerja seks. "Saya tidur dengan 20 lelaki pada malam pertama. Saya tidak boleh buat keputusan atau menolak sesiapa. Lepas seorang, ada seorang lagi yang datang. "Itu malam paling teruk dalam hidup saya," imbas Certa kepada New York Post. Certa terpanggil untuk berkongsi kisah lamanya selepas kecoh isu wanita pendatang yang dipaksa menjadi pelacur di Queens.
Certa kini sudah berkahwin dan mempunyai tiga anak perempuan. -CARI Sumber: mStar/ Daily Mail.
|
sayurmayur88: teringat iolls ngan kisah "com ...
ADVERTISEMENT