CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bakal Suami Enggan Bela Benih Orang- Ibu Tunggal Nak 'Buang' Anak Usia 10 Tahun Di Rumah Kebajikan

7-12-2023 09:34 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8445| Komen: 46

Seorang pengusaha sebuah rumah kebajikan, Kak Cha mendedahkan kisah seorang wanita yang menghubunginya untuk menyerahkan anaknya baru-baru ini.

Menurut Kak Cha dari Rumah Kebajikan An-Naafi, wanita berstatus ibu tunggal itu mahu melepaskan anaknya yang berusia 10 tahun kerana dia bakal berkahwin lagi pada bulan depan.



Gambar Hiasan

"Kak Cha dapat panggilan pagi-pagi. Kak Cha mohon maaf dulu kalau mengguris hati sesiapa. Dia cakap nak hantar anak. Kak Cha tanyalah, anak umur berapa? Dia kata 10 tahun, maknanya darjah empat.

"Apa tujuan hantar? Dia kata bulan Januari dah nak nikah baru. Masalahnya bakal suami tak suka denga anak, sebab dia cakap bukan benih dia. Dan macam biasalah, budak-budak nakal. Bakal suami tak suka," imbas Kak Cha.

Menerusi perkongsian panjang lebar di TikTok, Kak Cha berkata dia sempat memberi pesanan kepada wanita itu agar tidak mengabaikan anaknya demi cinta seorang lelaki yang belum tentu setia hingga ke akhir nyawa.


Pada penghujung panggilan telefon, Kak Cha juga memaklumkan bahawa dia terpaksa menolak permohonan wanita yang berhasrat memasukkan anaknya ke rumah kebajikan

"Saya tanya, puan bekerja ke? Dia kata kerja. Lepas kahwin pun kena kerja, sebab sekarang kos hidup tinggi. Saya kata macam ni la ya, suami ni boleh tukar ganti, boleh kahwin lain. Anak ni sampai kita mati pun tetap anak kita, doa dia sampai untuk kita.

"Kenapa pilih kahwin lain dan hantar ke pusat jagaan atau rumah kebajikan? Sedangkan kahwin esok kau kena kerja juga. Tak ada pun kata laki tu tanggung sepenuhnya. Bakal suami kena terima la kau tu janda, kena terima yang kau ada anak.

"Ini benih awak yang awak kandung sembilan bulan 10 hari, bawa perut kehulu-kehilir. Ke mana naluri seorang ibu? Kak Cha terus cakap Kak Cha tak boleh terima. Belajarlah pilih anak dalam setiap hal," ujarnya lagi.

Dalam perkongsian sama, Kak Cha sempat memberi pesanan secara rawak kepada ibu bapa agar menghargai anak masing-masing kerana setiap daripada kita akan meningkat usia satu hari nanti.

"Betul, kadang-kadang anak ni nakal. Mana ada budak tak nakal. Kau kecil nakal, aku kecil pun dulu nakal. Cuma anak sekarang mungkin lebih berbeza. Kadang anak memberontak, dah kau lebihkan orang lain, lebihkan bakal suami.

"Suami tu belum tentu lagi dia akan setia. Esok kau tua, dia kahwin lain. Siapa jaga kau? Esok kau cakap anak derhaka. Tapi kita sebagai ibu bapa, kita dulu dah derhaka kat anak kita. Jangan ingat anak je boleh derhaka.

Tourists enjoy their moments at the beach along Batu Ferringhi in Penang.(December 6,2023) —ZHAFARAN NASIB/ The Star

Lelaki yang baik pasti dapat menerima bakal isterinya meskipun wanita itu memiliki anak hasil perkahwinan terdahulu. -Gambar hiasan

"Anak ni pertalian darah sampai mati. Suami boleh cari lain. Saya minta maaf kalau mengecilkan hati," ujar Kak Cha kepada lebih 5,000 pengikutnya di TiKTok.

Video perkongsian Kak Cha tentang ibu tunggal itu meraih lebih 155,000 tontonan dan turut dihujani banyak komen daripada netizen.

"Ya Allah, sampainya hati. Arwah mak saya, sampai meninggal tak kahwin lain sebab nak besarkan saya.

"Rela tak kahwin kalau orang tak boleh terima anak kita.

"Anak tu keluar dari rahim kita. Bakal suami tu keluar dari mana? Tak sanggup aku," tulis netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote adra5028 7-12-2023 09:36 AM
ini mak bodoh namanya..demi kote..sanggup buang anak..
Quote laksmanabentan 7-12-2023 09:39 AM
ini namanya pompuan garetttttt... demi kote, demi kepuasan sendiri sanggup ketepikan anak...

gilerrr.....
Quote cikatilia 7-12-2023 09:52 AM
celaka betol si emak
nanti dah tua ko kena buang dgn laki puaka kau tu
jgn merangkak2 nak balik anak yg kau dah letgo tu.
Quote yenil95 7-12-2023 09:53 AM
zalimnya mak.
Quote Akalditipumata 7-12-2023 10:07 AM
Edited by Akalditipumata at 7-12-2023 10:09 AM

Mmg ade mak yg macm ni. I pnh pergi rumh ank yatim ni utk smpaikan sumbangan org ramai. Antaranya stationary gift set cartoon.. 1 girl ni seronok sgt dpt elsa. Dia peminat Elsa let it go.. Pasto pembantu kt situ ckp.. dia mmg peminat Elsa.. smua brg2 dia Elsa..cadar..kasut..beg..smua brg selagi blh di Elsa kn.. haha. I mcm..sini bebas la ye.. x mcm asrama sgt kne pakai smua sama.. pembantu tu ckp..bdk ni antara yg berbayar.. bebas sikit la.. rupanya mak bdk tu byr dia duduk situ.. bkn org susah pn. Cuma mak dia kahwin baru..suami baru xkasi bela.. xde pilihan dia hantar anak dia ke situ.. tp selalu visit ank dia..beli itu ini. cuti dtg amik. Myirap kita yg dgr ni.. knp la mak kau mcm ni dik.. anak kot.. bak kata ayt kt atas.. laki tu bila2 masa blh tinggalkn kita.. ank ni masa hadapan kita.. pelik ngn manusia ni..
Quote krustykrab 7-12-2023 10:11 AM
Akalditipumata replied at 7-12-2023 10:07 AM
Mmg ade mak yg macm ni. I pnh pergi rumh ank yatim ni utk smpai sumbangan org ramai. Antaranya stati ...

Iols rasa tak patut kot nak mrah si mak tu, bukannya nya dicampak anak tu ke tepi jln ka, tinggal lgsg tak hirau. Apa yg dia buat tu elok dah wpun tak duduk dgn dia 24 jam.
Cuba tanya mana ex laki? Mana waris2 sebelah ex laki dia? Yg ni patut ditanya dulu bukan tuduh siibu tu yg bukan2.
Quote epullipan 7-12-2023 10:15 AM
lately ni banyak kisah sedih berkaitan anak anak...anak terbiar, anak kena buang..paling baru kisah arwah rayyan umur 6 tahun tu...setiap kali buka fb ke medos ke mesti nangis..sedih kenangkan kalau benda2 tu berlaku kat anak2 sendiri
Quote sayurmayur88 7-12-2023 10:29 AM
anak is more important than laki lah..!!
Quote Cassieopeia 7-12-2023 01:30 PM
Perempuan ni xleh fikir ke tu anak dia kot? Laki tu kalo kaya lps kawin ko xyah keje xpe jgk ni same je baik xyah kawin
Quote nw111 7-12-2023 01:40 PM
Ada juga mak bodo mcm ni... dh tua2 nanti bakal merempat kt rmh org tua la ni..
Quote pocongkiutss 7-12-2023 01:43 PM
Babi sial punya pompuan..sbb kote ko buang anak kau..biar mereput lepas ni x dpt anak dgn laki baru tak guna kau tu

Tak payah nak salahkan ex laki la..ko boleh je cr jantan yg boleh terima anak kau..dasar tak guna..dh tua nnt merempat .ungkit anak ko yg ko tinggalkan tu konon surga bawah tapak kaki ko yg berkurap tu !!!!!
Quote batu kikir 7-12-2023 03:12 PM
Budak tu kalau baby lagi hendak je aku ambil (walopon aku ada anak sendiri).
Tapi aku akan buat syarat....emak budak tu kira macam dah tak wujud la.........jangan terhegeh-hegeh nak tengok atau ambil balik bila kena tinggal laki.
Quote rikiruj 7-12-2023 03:43 PM
krustykrab replied at 7-12-2023 10:11 AM
Iols rasa tak patut kot nak mrah si mak tu, bukannya nya dicampak anak tu ke tepi jln ka, tinggal  ...

huh?? still!!.. pilih suami baru over anak kira ok?.. ex husband (kalau masih hidup) memang dah dikira haprak lah sebab rela anak duduk rumah anak yatim..
Quote krustykrab 7-12-2023 03:55 PM
rikiruj replied at 7-12-2023 03:43 PM
huh?? still!!.. pilih suami baru over anak kira ok?.. ex husband (kalau masih hidup) memang dah di ...

Biarlah dia nk buat pilihan mcm tu. Mak dia still ambik berat kot pasal anak tu. Bukannya dibiar anak tu hidup tepi longkang ke apa.

Kalau jadi mcm kes mak &  arwah adik firdaus tu pun terbeliak bijik mata netijen mencaci.
Netijen tau hentam je.
Quote copy_paste 7-12-2023 04:28 PM
org ada anak ko pun nak ada anak,tp xnk bertgwb,lagi bagus la ko xdpt anak langsung
Quote Buritan 7-12-2023 04:31 PM
adra5028 replied at 7-12-2023 09:36 AM
ini mak bodoh namanya..demi kote..sanggup buang anak..

Ade jgk mak bongok cam nii.. patotnyaa tarak mo kawin takut anak kena tabuh kena rogol dgn bpk tiri..

Mak bodoh rupanyaa wujud
Quote Buritan 7-12-2023 04:32 PM
copy_paste replied at 7-12-2023 04:28 PM
org ada anak ko pun nak ada anak,tp xnk bertgwb,lagi bagus la ko xdpt anak langsung

X dpt anak . Royan.. Allah bg anak nak buang plk
Quote Jitu 7-12-2023 05:22 PM
tergamak ye mak dia

yg lelaki tu pulak tak dpt terima anak org lain
kahwin la dgn janda takde anak
Quote I.K.A888990 7-12-2023 05:42 PM
bangangnya la kau

Lihat semua komen(46)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:44 PM GMT+8 , Processed in 0.223931 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top