CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Menghilang Sejak 1 Disember- 4 Beradik Usia 7,5,2 Tahun Dan Bayi 7 Bulan Dibiarkan Bersendirian Di Rumah

6-12-2023 03:56 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7854| Komen: 25

Seremban: Empat beradik masing-masing berusia tujuh bulan, dua tahun, lima dan tujuh tahun ditemui dibiarkan bersendirian selama tiga hari di sebuah rumah di Ampangan.

Ketika ditemui, hanya terdapat permaidani lusuh yang dijadikan alas tidur, manakala si bongsu hanya dijaga abang sulung berusia tujuh tahun.


Difahamkan, ibu kanak-kanak berkenaan keluar dari rumah sejak 1 Disember dan tidak pulang manakala bapanya berada dalam tahanan reman polis.


Foto: Harian Metro

Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Rosnah Sardi berkata, difahamkan ibu bapa kanak-kanak malang berkenaan adalah etnik Rohingya dan sebelum ini sering berpindah randah.

"Pihak kami menerima aduan daripada beberapa jiran pada jam 9.40 malam kelmarin mengenai keadaan tiga kanak-kanak dan seorang bayi berusia tujuh bulan yang diabaikan ini.

"Penduduk sudah mengambil mereka dan ditempatkan di kediaman jiran serta diberikan makanan. Ketika pihak kami mengambil mereka, anak-anak ini berada dalam keadaan baik," katanya ketika dihubungi, hari ini.


Beliau berkata, pegawai JKM membuat siasatan di lokasi kejadian dan menghubungi pihak UNCHR kerana kes membabitkan pelarian daripada Rohingya yang dilindungi UNCHR.

"Hasil siasatan mendapati ibu mereka dikatakan keluar rumah mulai 1 Disember lalu dan tidak kembali. Bapa berada di lokap dan akan dilepaskan, hari ini.

"Anak-anak ini ditempatkan di tempat selamat sebelum diserahkan kepada bapa kandung di bawah pemantauan pihak UNCHR," katanya.

Menurut beliau, satu laporan polis sudah dibuat mengenai kejadian ini dan siasatan diteruskan mengikut Seksyen 17 (1)(d) Akta Kanak-Kanak 2001 pindaan 2016. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pokokmeranti 6-12-2023 04:01 PM
berapa lama dah duduk malaysia sampai ada 4 org anak Rohingya nie.... hantar pulang ke Myanmmar
Quote emera 6-12-2023 04:08 PM
Tolong laa jgn bg kerakyatan. Membiak pandai.. jaga, malasss!!!
Quote kelapaparut 6-12-2023 04:08 PM
beranak mcm tikus
Quote doubleA 6-12-2023 04:10 PM
Oo warga rohingya ke tak reti pakai protection ke sanggup menzalimi hak anak2?
Quote airmineral 6-12-2023 04:43 PM
kenapa bapak dorang kena tahanreman?
kesian kat anak2
hidup pelarian, pastu ditinggalkan pulak
sanggup parent buat cmni kat anak2
Quote cmf_PariS 6-12-2023 04:45 PM
nasib la ada jiran kepochi tlg bg makan kt anak2 ni.. kalau tk.. kebuluran jd peminta sedekah pula.. aihhhh rohingya ni
Quote cik_ingeniare 6-12-2023 04:56 PM
kesiannya
Quote shernazz 6-12-2023 05:02 PM
Mak dia ke mana la agaknya
Mintak sedekah ke lama Beno tu
Quote Lentera 6-12-2023 05:41 PM
Serah kt bapak yg baru keluar lokap?
Quote Siput_Sawah 6-12-2023 05:51 PM
Pihak Berkuasa kena buat undang2 baharu, Pendatang yang datang ke Malaysia dibawah UNCHR kena disuntik pemandulan mandatory!!! so tak la dtg sini dan membiak aje setiap tahun.
Quote tukul 6-12-2023 06:13 PM
Hilang kesian.. Rohingya rupanya
Quote monreyes 6-12-2023 06:25 PM
beranak utk mintak sedekah
Quote ninja boy 6-12-2023 06:26 PM
Datang sekor 2018 membiak 10 jika 1000 ekor membiak 10k, dlm 12 tahun jadi nenek membiak 100k
Quote Skuau 6-12-2023 06:29 PM
"kjaan Malezia..tolong la jaga makan,minum,pakai kita..rohingya anak...lg suda umur cukup kasi IC la...suda lama kita sini..kita pun Malezia worang...jugak"-Rohinga la
            
Quote noor2 6-12-2023 06:49 PM
Menambahkan masalah pada negaralah puak2 parasit ni!!!!!
Quote dani-rox 6-12-2023 07:22 PM
Ntah2 mak dia org dah lari ke Lhokseumawe, dengar cerita dah jadi tanah jajahan Rohingla yg terbaru.
Quote fortiori13 6-12-2023 07:32 PM
Mana maknya menghilang agaknya
Quote krustykrab 6-12-2023 07:39 PM
Suruh je ketua unhcr tu ambik bawa balik ke rumah dia jaga.
Quote glump 6-12-2023 08:42 PM
Esok bapak budak keluar penjara leh jaga anak.. lebih2 tu kena mintak bantuan kat unchr.

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:46 PM GMT+8 , Processed in 0.173772 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top