CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zayn Rayyan Masih Hilang, Bapa Guna Khidmat Pengamal Perubatan Islam Scan Kedudukan Anak Autisme

6-12-2023 02:21 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11663| Komen: 64

24 jam dilaporkan hilang,  Zayn Rayyan, kanak-kanak lelaki autisme berusia enam tahun bernama masih belum ditemui.

Kali terakhir dia dilihat adalah di alamat Blok R, Flat Idaman Jalan PJU 10/1 Damansara Damai, Petaling Jaya, pada pukul 12 tengah hari Selasa.


Menurut bapa kanak-kanak terbabit iaitu Zaim Ikhwan, 28, operasi pencarian bermula pada petang Selasa tetapi terpaksa dihentikan seketika kerana hujan lebat.


Foto: mStar

"Hujan terlalu lebat dan keadaan yang lembap menjejaskan keberkesanan deria bau anjing pengesan, apabila cuaca dah sedikit baik baru kami boleh sambung semula.

"Setakat ini pencarian berpusat 700 meter dari lokasi Zayn Rayyan hilang, masih di sekitar apartment ini. Saya masih belum menerima info jika radius pencarian diperluaskan.

"Buat masa sekarang, pasukan pencarian masih belum dapat menjejaki Zayn Rayyan," ujar Zaim ketika dihubungi mStar pada Rabu.


Gerakan mencari Zayn Rayyyan di sekitar kawasan apartment oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dan penduduk setempat sudah dilancarkan.

Khidmat anjing pengesan juga digunakan dalam operasi berkenaan.

Selain itu, Zaim berkata dia turut mencuba kaedah alternatif dalam usaha mencari anak sulungnya yang hilang itu.

"Dalam empat hingga lima pengamal perubatan Islam saya dah minta bantuan untuk datang ke sini, ada juga yang tampil secara sukarela untuk menghulurkan pertolongan.

"Mereka sedang scan untuk tengok kalau Zayn Rayyan disembunyikan di mana-mana," jelas Zaim.

Dalam pada itu, seorang pengguna Facebook dikenali sebagai Chezaiton Abd Aziz dipercayai jirannya berkongsi maklumat mengenai Zayn Rayyan.

Dia juga memuat naik beberapa foto gerakan pencarian Zayn Rayyan dengan bantuan polis, bomba serta penduduk di pangsapuri Idaman.

Kata Chezaiton, Zayn Rayyan masih berseragam sekolah rendah ketika berjalan bersama ibunya selepas pulang sari kedai sebelum dia tiba-tiba lenyap daripada pandangan mata.

"Ibunya berjalan dengan tangan penuh memegang barangan yang baru dibeli, manakala Zayn Rayyan berjalan di belakang ibu.

"Apabila ibu toleh ke belakang, Zayn Rayyan dah tiada, tak dengar pun bunyi tapak kaki anaknya berlari," jelas Chezaiton yang mengenali Zayn Rayyan kerana kanak-kanak itu merupakan anak asuhan menantunya.

Dalam pada itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Fakhrudin Abd Hamid, berkata pihaknya menerima laporan kehilangan Zayn Rayyan pada pukul 6.36 petang, Selasa.

Menurut Mohd Fakhrudin, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan Zayn Rayyan diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Petaling Jaya di talian 03-79662222 atau hadir ke mana-mana balai polis berhampiran. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote any42 6-12-2023 02:30 PM
Ya Allah mane adik ni pergi ttiba lesap mcm tu. dia menyorok kat mna2 ke atau kena tarik dgn org jahat. sekilas je hilang dr pndangan mak semoga dijumpai dgn selamat. gugur jntung mak ank hilang dpn mata
Quote Buritan 6-12-2023 02:32 PM
Comel budak ni.. riso org culik je .. skrg ni mcm mcm . Pmerdagangan manusia laa..
Quote manehnya 6-12-2023 03:44 PM
siannya adik ni tak jumpa lg, dah la special
Quote mamajawie 6-12-2023 03:46 PM
anak ni sebaya anak aku..pastu aku teringat anak2 camni kena beli yang macam tali anjing letak kat tangan anak n parents..at least anak nak lari tertarik dengan parents sekali
Quote ezacbee 6-12-2023 03:53 PM
Laaa anak kat belakang mmg la xperasan.. nak kata mak cuai ke? Benda dah jadi.

Quote kelapaparut 6-12-2023 03:55 PM
sesetengah org kalu anak oku dia hilang atau pass away,. ade yg kate good riddance. dulu ade kes kluarge cine tinggalkan anak oku tepi jln.
Quote kelapaparut 6-12-2023 03:57 PM
Edited by kelapaparut at 6-12-2023 04:01 PM
mamajawie replied at 6-12-2023 03:46 PM
anak ni sebaya anak aku..pastu aku teringat anak2 camni kena beli yang macam tali anjing letak kat t ...


uolz sediakah nak dikecam ummah bg anak diikat tali anjing. walaupun uolz bg explaination bagus dan logik even dgn kebenaran pegawai perubatan pun, ummah akan mjerit histeria kate uolz ibu dr nerake. susah dgn org2kite ni ikat tali kat anak pun dieorg marah. pastu anak tu terlepaa bebas kacau org pun marah.
Quote Skuau 6-12-2023 04:01 PM
harap para rider boleh bantu...lihat kiri kanan...kot2 boleh membantu.
Quote mizruncing 6-12-2023 04:02 PM
ohh baru tau kisah sebenar. pelik jugak dgn mak sendiri tetibe hilang. tp bab hilang anak ni mmg gugur jantung. anak aku penah hilang 15 minit mcm tu. dah mcm org giler cari. padahal cuai sesaat je
Quote CoffeeOverdose 6-12-2023 04:09 PM
jatuh longkang and possibly drown?
Quote mamajawie 6-12-2023 04:12 PM
kelapaparut replied at 6-12-2023 03:57 PM
uolz sediakah nak dikecam ummah bg anak diikat tali anjing. walaupun uolz bg explaination bagus da ...

adeh iollss lupa nama tadi rupanya safety harness rope..netizen lembam kaki beranak banyak cam tikus spesis miskin tegar je yang suka kecam idea2 camni




Quote prettyuglybabe 6-12-2023 04:14 PM
boleh mak dia biar anak jalan belakang bila tau budak tu tak boleh bercakap..
Quote orkid_amani 6-12-2023 04:41 PM
Edited by orkid_amani at 6-12-2023 08:35 PM

Tapi aii ada baca komen kat fb katanya budak ni lari sebab kena marah dgn maknya..xtau laa betul ka dak.
Quote blue_blur 6-12-2023 07:43 PM
anak autisme, kalau marah2, dia faham ke kena marah?
Quote kalchi 6-12-2023 08:17 PM
Dlm news tadi, ada org setempat nampak last 5ptg kemdian dia lari masuk utan.adui kesian betul la kalau mcmtu. Udahla ujan2 lebat ni.
Quote isseliparjepun 6-12-2023 08:20 PM
Alahai kesiannya anak ni. Harap sangat sangat ditemui segera dengan selamat. Budaknya comel.
Quote midori888 6-12-2023 08:44 PM
Kesian....dah jumpa ke blum?
Quote gekkou 6-12-2023 09:42 PM
maknya claim pusing belakang anak dah hilang
komen netizen tu cakap anaknya lari dan mak tak sempat tgk ke arah mana
eh confuse aku
barang byk sekalipun
make sure anak depan mata
jalan depan or tepi
bukan belakang

ye aku tau, benda dah jadi
peringatan utk semua
Quote linb 6-12-2023 10:01 PM
Kalau guna drone tak boleh ke, tolong scan kat kawasan hutan tu? Semoga adik ni selamat. Kesiannya lah. Dah la harini hujan aje..

Lihat semua komen(64)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:56 PM GMT+8 , Processed in 0.076657 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top