Seorang pelajar lelaki rela hati menghabiskan wang perbelanjaan yang diberikan ibu bapanya buat kekasih yang juga berstatus pelajar setiap bulan. “Saya dengan GF (teman wanita) dua-dua masih belajar. Masing-masing hidup guna duit belanja mak ayah je.
“Cuma untungnya saya dapat lebih daripada dia, adalah kira-kira RM1,000 sebulan tapi setiap kali saya dapat duit mesti 80 peratus bagi dekat dia,” luahnya di laman X. Namun di sebalik sifat permurah itu, ada kalanya pemuda berkenaan tetap berkecil hati dengan sikap teman wanitanya apabila dia tidak dapat memberikan wang belanja kerana kesempitan. Lebih dikesali apabila teman wanitanya tidak menyedari dialah punca utama kekangan kewangan yang dihadapinya. “Macam baru-baru ini, saya dapat duit belanja pada 2 haribulan. 3 haribulan dah hampir RM700 duit saya habis dekat dia.
“Apabila saya tak sanggup nak belanja dia... dia buat muka kesian. Sebabnya duit belanja saya lagi banyak daripada dia, sampai saya sentiasa rasa bersalah tak belanja duit dekat dia,” ujarnya. Pada masa sama, dia mengakui berkecil hati dengan sikap teman wanita yang tidak pernah memahami keadaannya yang mahu menjalani kehidupan dan aktiviti seperti orang lain. “Kadang saya kecil hati juga sebab yelah, saya pun berhobi juga. Saya pun nak lepak dengan kawan juga tapi setiap kali mereka ajak lepak, alasan saya sama je. “Broke (tak ada duit) sebab memang saya broke, duit belanja saya yang banyak memang tak bertahan lebih daripada seminggu. “Saya minta sangat nasihat korang sebab saya sayang sangat kat GF,” katanya lagi. Di ruangan komen, rata-rata netizen tidak bersetuju dengan cara pemuda itu memanjakan kekasih dengan wang ringgit sedangkan kedua-duanya masih belajar dan wang belanja diberikan oleh ibu bapa masing-masing. Malah, ada segelintir mereka mempersoalkan kesetiaan teman wanita pemuda itu sama ada hubungan mereka hanya berlandaskan kesenangan dan kenikmatan hidup semata-mata. “Kau nak belajar ke atau bercinta? Mak ayah bagi duit untuk kegunaan kau, kau pula pergi belanja kat orang lain. “Pelajar buat cara pelajar. Duit mak ayah bagi tu untuk belajar, bukan untuk membazir kat partner kau. Lainlah duit hasil titik peluh sendiri. Memang terhutang budi, tapi itu mengikis namanya. Tak ada duit tak payah dating. “Awek hang belanja apa sampai RM700 sehari ni? Tak sedar eh masih belajar belanja macam orang kaya. “Cukuplah kena kikis bro, perempuan macam ni takkan merasa cukup. Angkat kaki dan tinggalkan. Kau ada pilihan, tapi kalau dah sayang punca utama, maaf, aku tak kasihan sebab kau memang pilih cara ni. “Kau cakap je mak ayah kau dah potong duit belanja kau. Cakap jumlah yang lagi kurang daripada GF kau, nanti kau ulang balik apa yang GF kau buat kat kau. Kalau dia tinggalkan kau tu faham-faham jelah. Dia nak duit kau je, sayang saja tak guna juga,” komen netizen. -CARI Sumber: mStar
|
CoffeeOverdose replied at 6-12-2023 04:11 PM
dh betina tu bg pookies kat ko, mmg la ko kena cukai. ni mesti kes bersekedudukan ni.. lapar betina. ...
UMMI_MAI replied at 11-12-2023 04:11 PM
saja la nak tanya pendapat , kalo anak lelaki belajo nak bagi duit sara brp RM ye sebulan, ? kira x ...
hasniey replied at 1-1-2024 01:33 PM
Tgok area sis.kalau tmpat dia harga mknn ok.biasa mknn dlm campus murah sikit brbanding luar.sehar ...