CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
CARI Infonet Portal Portal Utama Confession Lihat artikel

10 Tahun Kahwin, Anak Dah Tiga- Suami Kantoi Dah Lapan Kali Langgan Pelacur

13-12-2023 11:45 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3678| Komen: 19

Description: Kahwin sedekad dan ada anak tiga, suami dah kantoi curang lapan kali.Bukan hanya bersikap curang, tetapi juga panas baran.“Aku banyak makan hati dengan sikap laki aku. Dia pernah curang sampai lapan ...
Kahwin sedekad dan ada anak tiga, suami dah kantoi curang lapan kali.

Bukan hanya  bersikap curang, tetapi juga panas baran.

“Aku banyak makan hati dengan sikap laki aku. Dia pernah curang sampai lapan kali. Dia kaki pukul, suka maki hamun aku, siap langgan pelacur. Tapi aku selalu maafkan dia sebab terlalu sayang.


“Dia juga anak mak, apa-apa masalah mak dia suka masuk campur. Entahlah, lama-lama aku mula tawar hati nak teruskan perkahwinan ni. Sikap dia buat aku jadi macam ni,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

Gambar Hiasan

Kerana tidak tahan lagi, dia dan suami mengambil keputusan untuk berpisah dan ketika itu nekad mahu menjalani kehidupan baharu.

Ketika dalam tempoh idah, dia mengenali seorang lelaki yang baik, menjadi pendengar setia masalahnya dan sering memberikan kata-kata semangat yang menceriakan kembali hidupnya.


Namun luahnya, hubungan rapat mereka tidak berpanjangan apabila lelaki itu dirasakan seperti mahu menjauhkan diri daripadanya.

“Dia jarang contact, selalu setiap hari non stop kami call, video call. Aku ni peliklah, kenapa? Masa tu hampir dua minggu dia menghilang sebelum contact aku semula,” ujarnya.

Selepas diasak dengan bermacam-macam pertanyaan, dia akhirnya membuat pendedahan yang tidak disangka-sangka.

“Dia mengaku sebenarnya dia suami orang. Masa tu aku down lah kan. Aku tak nak teruskan tapi dia merayu-rayu kat aku. Macam-macam dia burukkan bini dia dan dia janji nak lepaskan isteri dia dan kahwin dengan aku.

“Aku ni percayalah, tapi itulah dia menghilang lagi dua hingga tiga minggu. Aku stalk akaun Instagram bini dia. Aku tengok mereka okay je bahagia, pergi bercuti sana sini dan masa tu bini dia hamil.

“Aku pun tanpa fikir panjang memang terus block nombor telefon lelaki tu. Aku tak nak jadi penghancur rumah tangga orang,” tegasnya.

Tanpa diduga sebelum berakhir tempoh idah, katanya suaminya datang merayu agar diberikan peluang untuk merujuk semula dan berjanji hendak berubah.

“Aku sebenarnya tak teruskan tapi sebab mak ayah aku, dia pun dah berjanji depan mak ayah yang dia nak berubah, mak dia sendiri datang jumpa aku minta maaf, siap cakap aku ni menantu yang baik pernah dia ada.

“Akhirnya aku pun mengalah dan terima dia. Kami rujuk semula. Alhamdulillah, kami muhasabah diri, perbetulkan diri masing-masing. Nampak perubahan suami aku, bersyukur sangat,” katanya.-CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan
Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote KamikuP 13-12-2023 11:53 AM
aLHAMDULILLAH tapi hati meolls syak ini cviter hasanah
Quote menjad 13-12-2023 11:56 AM
Dah sayang hadap jer lah smpai AJM. Nak citer kat socmed buat apa.

Sayang kannnn jadi terima lah seadanya somi hamlau tuh kak
Quote midori888 13-12-2023 12:03 PM
suami kaki pukul, langgan pelacur pun masih nak terima lagi...sigh...
Quote green~tea 13-12-2023 12:09 PM
Suami dia narcissist
Quote sufi^_^ 13-12-2023 12:21 PM
Tipikal pompuan bodoh tak leh hidup tanpa lelaki.
Quote kemaruk 13-12-2023 12:22 PM
sekali sekala makan luar takpe la
Quote brego 13-12-2023 12:26 PM
“Akhirnya aku pun mengalah dan terima dia. Kami rujuk semula. Alhamdulillah, kami muhasabah diri, perbetulkan diri masing-masing. Nampak perubahan suami aku, bersyukur sangat,” katanya.-CARI



penuh drama, last2 happy ending

buang masa jer baca dengan emosi
Quote brego 13-12-2023 12:27 PM
midori888 replied at 13-12-2023 12:03 PM
suami kaki pukul, langgan pelacur pun masih nak terima lagi...sigh...

selalu kaki pukul dan selalu langgan pelacur ni pawer di ranjang

itu pasal bini susah nak lupa dan susah nak lepas
Quote edayildiz 13-12-2023 12:33 PM
dia tkt jd janda kot
Quote Decaffeinated 13-12-2023 01:06 PM
Lapan kali ja? tak tau nak gelak macam mana

Quote ninja boy 13-12-2023 01:07 PM
Bersubahat la kalau x cegah langgan pelacur
Quote prettyuglybabe 13-12-2023 01:32 PM
sinopsis lestary tv3 ke..
Quote A-Are 19-12-2023 04:19 PM
sempat plak kira ya 8x
Quote Perwira2022 19-12-2023 04:35 PM
Ni macam luahan hati Kak Wan je?
Quote babelina 6-3-2024 09:13 AM
tingat citer sorg kwn.. kwn dia laki bini kje gomen.. pangkat lg.. tp laki dia asyik xnk bersama dia.. penat la.. apa la.. tup2 mengendap laki nya.. tgh buat sendiri sambil chat ngn org.. rupanya dh biasa buat sendiri.. rasa lg best buat sendiri dari ngn bini dia.. sampai skrg masih bersama walau xde ank.. bila kawan aku tny dia nape dia nk hidup camtu.. dia ckp.. xper la.. hidup pn senang.. duit ada.. semua ckup.. mls nk serabut2 cerai berai katanya..
Quote firstlurv 13-3-2024 10:48 AM
Alhamdulillah dapat yg nak berubah sungguh.....
Quote batmana 13-3-2024 04:26 PM
Somi dia hensem sgt ke smpai leh dipujuk byk kali
Quote mawardia 14-3-2024 09:38 AM
Kalau betul laki dia dah insof n berubah, I ols yakin laki dia tu dh ada penyakit. Baik pi check. Kang terbodoh kali ke-3 pulak.
Quote otai_g 14-3-2024 09:50 AM
Sbg org awam aku x nak Tau cerita2 peribadi mcm ni. Itu dia punya pasal lah. Masalah dia bkn masalah masyarakat pun. Plz la admin

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:34 AM GMT+8 , Processed in 0.079667 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top