View: 6153|Reply: 33
|
10 Tahun Kahwin, Anak Dah Tiga- Suami Kantoi Dah Lapan Kali Langgan Pelacur
[Copy link]
|
|
Kahwin sedekad dan ada anak tiga, suami dah kantoi curang lapan kali.
Bukan hanya bersikap curang, tetapi juga panas baran.
“Aku banyak makan hati dengan sikap laki aku. Dia pernah curang sampai lapan kali. Dia kaki pukul, suka maki hamun aku, siap langgan pelacur. Tapi aku selalu maafkan dia sebab terlalu sayang.
“Dia juga anak mak, apa-apa masalah mak dia suka masuk campur. Entahlah, lama-lama aku mula tawar hati nak teruskan perkahwinan ni. Sikap dia buat aku jadi macam ni,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.
Gambar Hiasan
Kerana tidak tahan lagi, dia dan suami mengambil keputusan untuk berpisah dan ketika itu nekad mahu menjalani kehidupan baharu.
Ketika dalam tempoh idah, dia mengenali seorang lelaki yang baik, menjadi pendengar setia masalahnya dan sering memberikan kata-kata semangat yang menceriakan kembali hidupnya.
Namun luahnya, hubungan rapat mereka tidak berpanjangan apabila lelaki itu dirasakan seperti mahu menjauhkan diri daripadanya.
“Dia jarang contact, selalu setiap hari non stop kami call, video call. Aku ni peliklah, kenapa? Masa tu hampir dua minggu dia menghilang sebelum contact aku semula,” ujarnya.
Selepas diasak dengan bermacam-macam pertanyaan, dia akhirnya membuat pendedahan yang tidak disangka-sangka.
“Dia mengaku sebenarnya dia suami orang. Masa tu aku down lah kan. Aku tak nak teruskan tapi dia merayu-rayu kat aku. Macam-macam dia burukkan bini dia dan dia janji nak lepaskan isteri dia dan kahwin dengan aku.
“Aku ni percayalah, tapi itulah dia menghilang lagi dua hingga tiga minggu. Aku stalk akaun Instagram bini dia. Aku tengok mereka okay je bahagia, pergi bercuti sana sini dan masa tu bini dia hamil.
“Aku pun tanpa fikir panjang memang terus block nombor telefon lelaki tu. Aku tak nak jadi penghancur rumah tangga orang,” tegasnya.
Tanpa diduga sebelum berakhir tempoh idah, katanya suaminya datang merayu agar diberikan peluang untuk merujuk semula dan berjanji hendak berubah.
“Aku sebenarnya tak teruskan tapi sebab mak ayah aku, dia pun dah berjanji depan mak ayah yang dia nak berubah, mak dia sendiri datang jumpa aku minta maaf, siap cakap aku ni menantu yang baik pernah dia ada.
“Akhirnya aku pun mengalah dan terima dia. Kami rujuk semula. Alhamdulillah, kami muhasabah diri, perbetulkan diri masing-masing. Nampak perubahan suami aku, bersyukur sangat,” katanya.-CARI
Sumber: mStar |
|
|
|
|
|
|
|
aLHAMDULILLAH tapi hati meolls syak ini cviter hasanah |
|
|
|
|
|
|
|
Dah sayang hadap jer lah smpai AJM. Nak citer kat socmed buat apa.
Sayang kannnn jadi terima lah seadanya somi hamlau tuh kak |
|
|
|
|
|
|
|
suami kaki pukul, langgan pelacur pun masih nak terima lagi...sigh... |
|
|
|
|
|
|
|
Tipikal pompuan bodoh tak leh hidup tanpa lelaki. |
|
|
|
|
|
|
|
sekali sekala makan luar takpe la |
|
|
|
|
|
|
|
“Akhirnya aku pun mengalah dan terima dia. Kami rujuk semula. Alhamdulillah, kami muhasabah diri, perbetulkan diri masing-masing. Nampak perubahan suami aku, bersyukur sangat,” katanya.-CARI
penuh drama, last2 happy ending
buang masa jer baca dengan emosi |
|
|
|
|
|
|
|
selalu kaki pukul dan selalu langgan pelacur ni pawer di ranjang
itu pasal bini susah nak lupa dan susah nak lepas
|
|
|
|
|
|
|
|
dia tkt jd janda kot
|
|
|
|
|
|
|
|
Lapan kali ja? tak tau nak gelak macam mana
|
|
|
|
|
|
|
|
Bersubahat la kalau x cegah langgan pelacur |
|
|
|
|
|
|
|
sinopsis lestary tv3 ke.. |
|
|
|
|
|
|
|
Ni macam luahan hati Kak Wan je? |
This post contains more resources
You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register
x
|
|
|
|
|
|
|
tingat citer sorg kwn.. kwn dia laki bini kje gomen.. pangkat lg.. tp laki dia asyik xnk bersama dia.. penat la.. apa la.. tup2 mengendap laki nya.. tgh buat sendiri sambil chat ngn org.. rupanya dh biasa buat sendiri.. rasa lg best buat sendiri dari ngn bini dia.. sampai skrg masih bersama walau xde ank.. bila kawan aku tny dia nape dia nk hidup camtu.. dia ckp.. xper la.. hidup pn senang.. duit ada.. semua ckup.. mls nk serabut2 cerai berai katanya.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alhamdulillah dapat yg nak berubah sungguh..... |
|
|
|
|
|
|
|
Somi dia hensem sgt ke smpai leh dipujuk byk kali |
|
|
|
|
|
|
|
Kalau betul laki dia dah insof n berubah, I ols yakin laki dia tu dh ada penyakit. Baik pi check. Kang terbodoh kali ke-3 pulak. |
|
|
|
|
|
|
|
Sbg org awam aku x nak Tau cerita2 peribadi mcm ni. Itu dia punya pasal lah. Masalah dia bkn masalah masyarakat pun. Plz la admin |
|
|
|
|
|
|
| |
|