Seorang pempengaruh media sosial mengenai rakannya yang meluahkan perasaan dalam satu pertemuan, baru-baru ini. “The struggle is real. Dia boleh dikatakan 'kencang' juga pendapatannya sebelum ni. Apabila duduk bersua muka, satu persatu dia cerita.
“Susah sangat sekarang. Sampai satu tahap beras habis nak beli tak ada duit. Nak sara anak isteri pun tak mampu,” kongsi Mohd Fadli Salleh di Facebook. Menurut Mohd Fadli yang juga seorang guru, kesulitan yang dialami menyebabkan rakannya itu terpaksa menghantar isteri dan anak ke rumah mentua. Katanya lagi, mujur mentua rakannya memahami selepas diberi penjelasan mengenai situasi sebenar. Bukan sekadar itu, rakannya juga pernah meminjam daripada pemberi pinjaman wang tanpa lesen atau Ah Long sehingga mencecah ratusan ribu ringgit. “Alhamdulillah, hutang Ah Long dah selesai dengan bantuan kawan dia. Kawan dia bagi pinjam duit memandangkan dia terdesak sangat.
“Simpanan semua licin. Apa barang berharga boleh jual dia jual. Kereta, motor semua dah jual. Jalan kaki dan guna pengangkutan awam je sekarang. Terduduk habis dia sekarang,” ujarnya lagi. Mengulas lanjut, Mohd Fadli berkata, rakan berkenaan kini cuba bangkit kembali dengan memperoleh semangat dan kekuatan tanpa berputus asa. “Dia turun naik cari kerja sana sini. Yang pedih sikit aku dengar, masa dia agak senang ramai kawan-kawan pinjam duit. Dia kira jumlah sekitar RM400,000 juga. “Cuma itulah, kawan-kawan dia sekarang pun semua tengah terduduk. Aku nak minta pun, tengok mereka semua sedang struggle juga sekarang. “Mereka pun tahu aku tengah teruk, tapi mereka tak mampu buat apa-apa nak bantu aku, cikgu," ujarnya mengimbas kembali perbualan bersama rakannya itu. Mengakui sedih melihat rakan-rakan dan kenalan diuji dengan zaman ‘kejatuhan’, Mohd Fadli mendoakan yang terbaik agar mereka kembali bangkit dengan lebih berjaya. Daripada sisi lain, Mohd Fadli turut berkongsi nasihat kepada semua pihak supaya sentiasa bersikap prihatin terhadap keluarga dan rakan-rakan di sekeliling. “Kadang mereka ni daripada luar nampak senang, sebenarnya menanggung bebanan kewangan yang maha besar. Ada dua kawan aku (setakat ini) jujur beritahu, dia sampai tahap terlintas nak bunuh diri sebab tak tahu nak kendali masalah kewangan. Keliling orang cari minta hutang. “Nasib masih ada iman tersisa, ingat hukum Islam haram bunuh diri, batal niat tu. Kata mereka, jika tiada larangan dalam agama, pasti mereka ambil jalan itu. “Kita rasa kita susah, rupanya lebih ramai orang susah. Rupanya kawan-kawan dekat kita pun ada tengah struggle. Moga Allah permudah urusan mereka,” katanya. Tambah Mohd Fadli lagi, sebaik-sebaiknya setiap individu perlu mempunyai simpanan sekurang-kurangnya tiga bulan gaji sebagai tabung kecemasan. “Kalau gaji RM2,000, paling kurang kena ada RM6,000 simpanan kecemasan yang kalian takkan sentuh, takkan bagi orang pinjam. Guna untuk kecemasan kalian sahaja. “Usaha dan terus usaha. Jangan patah semangat. Takkan selamanya hujan dan ribut taufan ini melanda, sampai suatu ketika yang tepat semuanya akan kembali baik-baik saja,” katanya di Facebook. -CARI Sumber: mStar
|
Buritan replied at 6-12-2023 11:56 AM
Aku kalo laki aku bg pinjm duit kat org pas tuu nak beli beras takde mmg aku hempuk laki aku tuu..
honam replied at 6-12-2023 11:58 AM
ada la rezeki tu nanti
shernazz replied at 6-12-2023 02:01 PM
Tapi pinjam.rm400k tu dahsyat Beno
Kawan Kau tu bank ke? Huhu..
talapia replied at 6-12-2023 02:08 PM
kadang bukan selepuk 400k..
mungkin sikit2 2 3 ribu dulu.. janji bayar bulan depan.. senyap..
tamb ...
white_musk replied at 6-12-2023 03:15 PM
Ramai lagi ke yang meminjam zaman skrg ni? Bukan org malaya ramai dah kaya raya ke senak najib jatuh ...
ADVERTISEMENT