CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Orang Ramai Rancak Dapatkan Perkhidmatan 'Cash-Out' Kredit Emadani

6-12-2023 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 6016| Komen: 43

PETALING JAYA –Rakyat Malaysia berusia 21 tahun dan ke atas serta berkelayakan mula menebus kredit eMadani sebanyak RM100 menerusi beberapa platform seperti e-dompet Touch ‘n Go, MAE dan ShopeePay.


Terdapat sekumpulan individu mengambil kesempatan dengan menawarkan perkhidmatan penebusan tunai (cash-out) atau pemindahan ‘peer-to-peer’ kredit eMADANI menerusi pelbagai platform media sosial.




Difahamkan penawar perkhidmatan tersebut membuka peluang kepada sesiapa yang ingin membuat penebusan tunai eMadani dengan bayaran caj sekitar RM1 sehingga RM15 untuk sekali transaksi.

Katanya, caj tersebut sebagai bayaran ganti rugi terhadap proses penubusan yang dilakukan.

“Itulah prosesnya kerana e-dompet Touch ‘n Go juga mengenakan bayaran kepada pemilik kedai bagi setiap transaksi,” terang salah seorang penawar perkhidmatan.

Bagaimanapun, terdapat juga individu lain yang menawarkan perkhidmatan ‘cash-out’ kredit eMADANI tanpa membabitkan sebarang bayaran sehingga menerima lebih 20 pelanggan dalam tempoh kurang 24 jam.


“Siapa yang nak ‘cash-out’ kredit eMadani, boleh DM (personal mesej) saya. Jangan risau tiada bayaran dikenakan.

“Alhamdulillah dan terima kasih kerana percaya dengan servis saya. Siapa yang nak saya bantu lagi, cepat-cepat sementara saya masih rajin untuk buat kerja amal. Kita guna akaun e-dompet Touch ‘n Go bisness (perniagaan) saya. Free of charge (perkhidmatan tanpa bayaran),” ciapnya semalam.

Dalam pada itu, hasil tinjauan juga mendapati, orang ramai semakin rancak mendapatkan perkhidmatan ‘cash-out’ kredit eMadani di media sosial.

“Siapa yang tawarkan servis ‘cash-out’ eMadani, komen dekat bawah, saya memerlukan duit RM100 itu,” ciap pengguna aplikasi X.

“Ada yang sedia bantu tebuskan kredit eMadani tak? Tapi yang tak kenakan caj?,” soal pengguna media sosial lain.

Terdahulu, Kementerian Kewangan (MOF) menasihati orang ramai untuk sentiasa berwaspada dengan tawaran perkhidmatan penebusan tunai kredit eMadani oleh pihak tidak bertanggungjawab di platform media sosial.

MOF dalam kenyataan berkata, ini bagi mengelakkan penerima manfaat eMadani daripada menjadi mangsa penipuan ‘scam’ dan sekali gus hilang kredit eMadani mereka.

Sebelum ini, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim memaklumkan, bantuan yang dilaksanakan secara sekali bayar (one-off) itu dibuka mulai 4 Disember hingga 20 Februari 2024.

Ia merupakan inisiatif daripada Kementerian Kewangan (MoF) dilancarkan bertujuan menggalakkan ekonomi digital dan memupuk budaya pembayaran tanpa tunai, memanfaatkan 10 juta rakyat dewasa yang layak dengan peruntukan RM1 bilion. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote hareeeesah 6-12-2023 10:33 AM
Kenapa nk cashout? 100 tu pegi kkmart tealive familymart abis dh.
Quote Thunderclouds 6-12-2023 10:46 AM
Xtepikiaq nk cash out.
Dh besa system cashless.
Quote tintin22 6-12-2023 10:53 AM
pergi la cash out,ada caj
Quote hyie 6-12-2023 11:20 AM
meols beli barang2 untuk ofis, pastu claim la balik, bleh dapat cash secara halal gittew tapi ni kan zaman cashless, so why bother? sibuk nak beli ifon ke nyah? bbnu kan obses dengan cashless...yihh kowser
Quote Radzor 6-12-2023 11:36 AM
settle rm2
Quote matseh 6-12-2023 12:23 PM
Beli barang kat Shoppe boleh tak guna MAE?
Quote makneng 6-12-2023 12:32 PM
Lps tu dpt less than rm100, bodoh eh
Quote zuriey 6-12-2023 01:05 PM
Ada la tu depa nak guna cash boleh buat belanja sekolah ank hari2..boleh bt byr bil air api.

Quote pearl.silver 6-12-2023 01:28 PM
matseh replied at 6-12-2023 12:23 PM
Beli barang kat Shoppe boleh tak guna MAE?

Klu madani, even shopeepay pun xleh wat soping kt shopee kn
Quote ina_na 6-12-2023 01:36 PM
zuriey replied at 6-12-2023 01:05 PM
Ada la tu depa nak guna cash boleh buat belanja sekolah ank hari2..boleh bt byr bil air api.

Sama la ingat nk bayo bil tipon.. X boleh pulak..ingat dpt duit madanon ni bayar bil tipon..duit  yg patut bayo bil tipon msk dlm saving th anak2
Quote rbmy 6-12-2023 01:45 PM
hareeeesah: Kenapa nk cashout? 100 tu pegi kkmart tealive familymart abis dh.


kalau kat sini tempat saya tak semua kedai dpt guna, tu sebab ramai pilih cash out. samada kedai tak nak layan atau kedai tak guna e wallet
Quote rbmy 6-12-2023 01:45 PM
pearl.silver replied at 6-12-2023 01:28 PM
Klu madani, even shopeepay pun xleh wat soping kt shopee kn

tak boleh ada ikut kedai2 dia.
saya dah cuba,
Quote rbmy 6-12-2023 01:46 PM
makneng replied at 6-12-2023 12:32 PM
Lps tu dpt less than rm100, bodoh eh

tak bodoh. tapi ada orang perlu lagi cash out,
maybe lain orang lain keperluan, tak kisah even dpt kurang dari 100. tu kan duit kerajaan bagi,.

Quote matseh 6-12-2023 02:09 PM
pearl.silver replied at 6-12-2023 01:28 PM
Klu madani, even shopeepay pun xleh wat soping kt shopee kn

patutla org cash out. boleh beli brg kat kedai saja.
Quote nadie90 6-12-2023 02:26 PM
Edited by nadie90 at 6-12-2023 06:27 AM

Ada sapa2 yg dpt emadani kat Mae?..no idea macam mana nak tebus...semalam p beli makanan kat pasar malam deduct kat saving acc plak

Mohon pencerahan. Tq
Quote A-Are 6-12-2023 02:44 PM
i olls pakai tng e wallet elok je buat bayar duit makan dkt cafe td...banyak je yg terima...yg cash kan ni slalu nk buat apa yer
Quote Clan204 6-12-2023 02:51 PM
nadie90 replied at 6-12-2023 02:26 PM
Ada sapa2 yg dpt emadani kat Mae?..no idea macam mana nak tebus...semalam p beli makanan kat pasar m ...

kan boleh pilih saving acc atau ewallet mae acc... kalau nak bayar pakai ewallet mae kena pilih dulu

Quote pp_gurl 6-12-2023 02:52 PM
kalau peniaga tu guna personal name dia utk tng tu blh ke guna?
sbbnya tak blh transfer personal kan...kena register atas nama company
takpelah..aku g membeli belah kat FM...
Quote helicornia 6-12-2023 02:53 PM
pearl.silver replied at 6-12-2023 01:28 PM
Klu madani, even shopeepay pun xleh wat soping kt shopee kn

laa ye ke
abis bole soping kat mana ye

Lihat semua komen(43)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.102486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top