ISKANDAR PUTERI – Seorang remaja perempuan menjadi hamba seks bapa tirinya sejak tujuh tahun lalu ketika berusia 12 tahun. Remaja 18 tahun itu tampil membuat laporan polis mendakwa dirinya dirogol lagi di sebuah rumah di Horizon Hill, di sini, pada 24 November lalu.
Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin berkata, lelaki berusia 54 tahun itu ditahan pada hari yang sama selepas mangsa membuat laporan polis. “Kita menerima satu laporan dibuat seorang remaja perempuan warga Filipina pada 24 November lalu, yang mendakwa dia dirogol di sebuah rumah. Mangsa yang tidak lagi tinggal sebumbung dengan bapa tirinya selepas kejadian itu mendakwa dia sudah dirogol suspek sejak berusia 12 tahun lagi. “Kita kemudian menahan suspek warga tempatan itu pada hari yang sama. Hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan ujian saringan awal air kencingnya juga negatif dadah,” katanya kepada pemberita hari ini.
Rahmat berkata, hasil soal siasat, suspek yang bekerja di sebuah syarikat swasta itu tidak mengaku atau menafikan bahawa dia ada melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu. Katanya, lima individu termasuk doktor yang membuat pemeriksaan ke atas mangsa kemudian dipanggil untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.-CARI Sumber: Kosmo
|
ADVERTISEMENT