GOMBAK – Seorang wanita maut ditikam dan dikelar leher dalam satu kejadian di Jalan E4/1 Taman Ehsan, Kepong, di sini, 23 November lalu gara-gara ada individu yang tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah.
Pemangku Ketua Polis Daerah Gombak, Superitenden Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata, mangsa wanita warga tempatan berusia 70 tahun ditemui orang awam dalam sebuah kereta jenis Honda City kira-kira pukul 10.16 malam. Ujarnya, mangsa yang berada dalam keadaan berpakaian lengkap berada di bahagian belakang tempat duduk penumpang ditutup dengan kain selimut. “Pemeriksaan tubuh badan mangsa mendapati terdapat kesan kelar di leher dan tikam di perut. Mayat mangsa dibawa ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat,” katanya dalam kenyataan hari ini. Susulan itu, katanya, pada 27 November, lebih kurang 12.30 tengah malam, lapan lelaki warga tempatan berusia lingkungan 21 hingga 35 tahun ditahan pihak polis.
“Suspek ditahan reman selama 10 hari mulai 27 November hingga 6 Disember bagj membantu siasatan. Motif kejadian adalah tidak berpuas hati mengenai kadar sewa rumah. “Kertas siasatan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya Selangor dan mendapat arahan tuduh ke atas salah seorang suspek di bawah Sekayen 302 Kanun Keseksaan,” katanya. Tambahnya lagi, empat suspek akan dijadikan saksi pendakwaan manakala yang lain-lain akan dibebaskan. “Suspek akan dituduh di Mahkamah Selayang pada 6 Disember,” ujarnya. –CARI Sumber: Kosmo
|
Buritan replied at 6-12-2023 09:34 AM
Rumah sewa aku dah berzmn rege mcm tuu . Plg murah plk.. itupun lmbt bayoo.. aku je yg kesian kat pe ...
mojarean_X replied at 11-12-2023 05:11 PM
Halau je chuols. Lps tu naikkan harga dan cari tenant lain. X yah nk kesian sgt last2 dorang tetap ...
Buritan replied at 6-12-2023 09:34 AM
Rumah sewa aku dah berzmn rege mcm tuu . Plg murah plk.. itupun lmbt bayoo.. aku je yg kesian kat pe ...
Buritan replied at 6-12-2023 09:34 AM
Rumah sewa aku dah berzmn rege mcm tuu . Plg murah plk.. itupun lmbt bayoo.. aku je yg kesian kat pe ...
ipes2 replied at 12-12-2023 06:18 AM
kaya Encik Buritan nih!
Tanah merata rumah2 sewa ada, boyfren 2-3
she replied at 12-12-2023 06:10 AM
Ya ampunnnnn sama lah kitaaaaaa
Macik ada 3 rumah disewakan
Buritan replied at 6-12-2023 09:34 AM
Rumah sewa aku dah berzmn rege mcm tuu . Plg murah plk.. itupun lmbt bayoo.. aku je yg kesian kat pe ...
rifaa replied at 12-12-2023 12:54 PM
kesian biar bertempat uols
jgn jadi mcm aku, sian punya pasal, ada baby gitulast2 dia tinggal umah ...
Buritan replied at 12-12-2023 06:55 AM
Aminnn aku kayeee... Boifren 2 3 tuu yg tak menahan tuuu hahaha .
Bofren no 1 ipes
ipes2 replied at 13-12-2023 05:12 AM
Haha, iya semoga Allah murahkan rezeki Buritan dengan kekayaan yg banyak dan harta yg berguna, Aam ...
Buritan replied at 13-12-2023 07:30 AM
Aminnn.. mmg nak kayee satu utk diri sendiri dan family satu lg utk kucing gelandangan.. satu lg u ...
Buritan replied at 13-12-2023 07:30 AM
Aminnn.. mmg nak kayee satu utk diri sendiri dan family satu lg utk kucing gelandangan.. satu lg u ...
monreyes replied at 13-12-2023 10:11 PM
sape anak sskjp tu sis burit...
ADVERTISEMENT