CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Doktor Wanita Belasah Pekerja Gara-Gara Jadi Bahan Gosip Kumpulan Whatsapp

5-12-2023 09:01 PM| Diterbitkan: tatod| Dilihat: 22812| Komen: 14

Jakarta: Seorang doktor wanita di Kota Kendari, wilayah Sulawesi Tenggara membelasah tiga pekerja farmasi miliknya kerana berang menjadi bahan gosip dalam kumpulan sembang WhatsApp, lapor portal berita Okezone semalam.


Salah seorang mangsa dikenali sebagai  Zahra Sagita Tawulo berkata, akibat insiden itu, dia pengsan dan cedera selain lebam pada beberapa bahagian badannya.

Doktor ERS didakwa membelasah tiga pekerja farmasi miliknya. – Tribun Trends

Dua pekerja lain bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan.

Sebuah video tular yang dirakam pelanggan menunjukkan doktor tersebut, ERS, membelasah tiga pekerja farmasi berkenaan.

Dalam video itu,  seorang pekerja terduduk di atas lantai ketika dibelasah.

“Saya ditampar, ditarik dan dipukul dengan kotak tisu serta botol minuman plastik,” kata Zahra. 


Menurut laporan, suspek bertindak demikian kerana mendapat tahu ketiga-tiga pekerja tersebut bercakap buruk mengenai dirinya dalam  kumpulan sembang aplikasi WhatsApp.

Suspek ditahan di balai polis Kendari untuk soal siasat dan didakwa melakukan jenayah serangan yang membawa hukuman penjara sekurang-kurangnya dua tahun.


Sumber: Kosmo! Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mojarean_X 5-12-2023 09:12 PM
Kieda crepe versi indon kah ni?
Quote miss_white 5-12-2023 09:42 PM
Bodoh padan muka
Sape suruh mengumpat dlm group wassap kerje
Kn dh kena tibai
Quote brego 5-12-2023 09:56 PM
cerita betina bergaduh kat indon pun masuk sini

penting sangat utk org sini amik tau?
Quote adizero11 6-12-2023 08:16 AM
Hadir support doktor wanita tersebut..kaki mengumpat ni mmg tu jer makanan dia..haha
Quote Burong_Hantuk 6-12-2023 08:26 AM
terbaikkk doctor!!!!
Quote AkokKocik 6-12-2023 11:58 AM
Orang dah pesan, jdn b×××k tempat ko cari makan...kan dah kena.
Quote I.K.A888990 6-12-2023 02:28 PM
dasyat kau doktor
ingatkan hempuk sampai mati
Quote _blackbird 6-12-2023 04:31 PM
ganaih dokter nya. tacot..
Quote Dysania@72 6-12-2023 04:42 PM
macam2 berita seberang masuk porem mesia. serumpun katenya yer, walaupun masing2 sebuk propa claim itu ini yer
Quote Orangkaya99 6-12-2023 05:33 PM
dlm forum cari ni pn ramai pengumpat dan pembuat fitnah jgk..hahaha..
Quote iolss 11-12-2023 05:13 PM
hahahaa.. nk mngumpat pon jgnla tggl bukti lenkali. clear wa siap2, kan dah mendapat.
Quote Mary_jane 11-12-2023 05:53 PM
Ni doktor ke wrestler? Kalau kena dengan 5 sekawan baru buku bertemu ruas kan?
Quote matchstick 11-12-2023 06:38 PM
dh farmasi tu engko punye..pecat aje lah malaun2 tu.

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:45 PM GMT+8 , Processed in 0.113680 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top