CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Eyka Farhana Bengang Orang Gaji Lari Rumah, Moisturiser RM2000 Pula Jadi Perhatian

5-12-2023 11:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 16176| Komen: 94

Eyka Farhana kecewa apabila pembantu rumah lari sejurus selepas mendapat gaji yang diberikannya.

Di TikTok, Eyka yang sedang melakukan rutin kecantikan memaklumkan bahawa kejadian tersebut berlaku ketika dirinya berada dalam keadaan yang kurang sihat.


Foto: IG

Kata dia kebiasaannya membayar gaji bibiknya itu pada setiap 5 atau 6 haribulan terkejut apabila wanita berkenaan meminta untuknya membayar gaji lebih awal.

"Waktu tu saya sakit tapi dia jaga saya dengan sangat baik. Dalam dia jaga saya tu, dia berkeras nak juga duit gaji dia di awalkan.

"Saya memang tak larat tapi ada satu hari tu saya bangun pukul 5 pagi macam tu dan saya terus masukkan duit gaji dia.

"Lebih kurang satu jam lepas tu, dalam pukul 6 pagi, ibu saya kejut dan maklumkan pada saya yang bibik saya ni dah lari."



Dia sama sekali tidak menyangka bibiknya itu sanggup melarikan diri kerana keluarganya sentiasa melayan wanita berkenaan dengan baik.

"Tapi saya perasan yang semenjak dua menjak ni dia selalu cakap dengan ibu saya bahawa dia tidak akan melarikan diri dari kami sebab dia rasakan kami dah jaga dia dengan sangat baik dan sebagainya.

"Bibik saya tu juga sejak akhir-akhir ini dia seperti mempertikaikan tindakan kebanyakan bibik di luar sana yang melarikan diri daripada majikan mereka.


"Tapi bila saya selidik balik, sebenarnya dia lari adalah sebab lelaki. Saya tengok TikTok, dia banyak buat video duet dengan lelaki."

Eyka juga mengatakan bahawa bibiknya itu akan mencari alasan mengatakan dirinya tidak sihat sehingga perlu mendapatkan rawatan di hospital sehingga lima ke enam hari lamanya.



Di akhir videonya itu, pelakon drama ‘Melur Untuk Firdaus 2’ menasihati orang luar di luar sana untuk tidak mempercayai pembantu rumah mereka seratus peratus bagi mengelakkan daripada kejadian yang menimpanya ini berulang.

Perkongsian Eyka itu turut mendapat perhatian ramai namun lain pula yang diperhatikan mereka.



Di ruangan komen, rata-rata netizen memuji cara Eyka menjaga kecantikannya dan tertarik dengan produk ‘skin care’ digunakannya.

Ada yang mendakwa moisturiser yang digunakan itu berharga RM2000.

Kata mereka susah nak fokus mendengar cerita yang disampaikan Eyka kerana begitu tertarik dengan kecantikan pelakon itu. -CARI

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote bukan_ustazah 5-12-2023 12:54 PM
Dulu she macam rempits sekarang macam dah upgrade
Quote I.K.A888990 5-12-2023 01:00 PM
sampai rm2000 harga...
pergh berjota2 mahal muka kau kak
Quote doubleA 5-12-2023 01:08 PM
Lawanya bare face dia. Siapa tau krim dia sapu kt mata tu apa mata iols macam panda masih boleh diselamatkan ke
Quote bvsf06 5-12-2023 01:12 PM
Mmg tak pakai filter ke?
Kalau betul tak pakai mmg cantik betul kulit dia.
Berbaloi rm2000.
Quote piro77 5-12-2023 01:14 PM
Eyka ni wlpun seksi tp tak nampak hot
Quote tsui87 5-12-2023 01:45 PM
cantik comel dia ni. kulit dia lawa..
Quote tsui87 5-12-2023 01:47 PM
doubleA replied at 5-12-2023 05:08 AM
Lawanya bare face dia. Siapa tau krim dia sapu kt mata tu apa mata iols macam panda masih boleh dise ...

shisheido
Quote Manusiabesa 5-12-2023 02:03 PM
Bg aku la.. klu income kita riban mmg xda mahal la nk beli moisturizer rm2k tu.dh level mmpu..yg nmpk mhl sgt klu income kita kecil.
Pastu bab skin dia lawa tu sbb bila ada duit bole buat treatment jd routine kt spa. Cucuk la nk cucuk apa. Letak la nk ltk vitamin apa. Ada duit smua jln..tinggal pilih je nk sulam bedak ke, bg cekang ke.. even lubang tut tu pun bole ejas bg ketat klu berduit.

First yg kau kena buat ialah bkn born trus lawa tp ejas bg duit ada.. eyka pun dulu x glow gini..tp dh nama retis..cari mkn guna body dan rupa..so kena la menten aset smntara masih muda. Jahlop dulu pun malap..skrg glow skin
Quote MarryPottet 5-12-2023 02:25 PM
Dia ni ke yg dulu caller dlm prog radio paknil, nangis2 cerita kepayahan hidup keluarga yg miskin, dok rumah flat & minta dibantu?
Quote asfaz 5-12-2023 02:27 PM
Ralit tgk dia pakai skincare
Quote Burong_Hantuk 5-12-2023 02:42 PM
so??????
Quote makton 5-12-2023 02:45 PM
cantik dia ni
Quote one_aiman 5-12-2023 03:10 PM
yang kes orang gaji lari ni kan, agak2 deposit majikan burn tak? Suka2 hati je eh korang lari..kalau warga tempatan ni nak kena karang surat bagi notis dulu baru boleh resign
Quote ezzreee 5-12-2023 03:20 PM
asfaz replied at 5-12-2023 02:27 PM
Ralit tgk dia pakai skincare

kannnn...lg sorang i ralit tgk dia pakai skincare kan si kelly yg bf dia kn usha ngn kawan baek sendiri tu
tu pon kulit lawa heh...

Quote naina 5-12-2023 03:22 PM
TikTok kan..of cozla filter
Muda lagi..diakui memang cantik
Kalau tak pakai mahall2 pun asalkan bersih still nampak cantikla
Quote irvene 5-12-2023 03:28 PM
bvsf06 replied at 5-12-2023 01:12 PM
Mmg tak pakai filter ke?
Kalau betul tak pakai mmg cantik betul kulit dia.
Berbaloi rm2000.

nampak mcm tak pakai filter.
Quote xtinkerbellx 5-12-2023 03:37 PM
Cantiknya kulit she
Quote mizzmimi 5-12-2023 05:37 PM
Phone iols audio prob tapi ralit je tengok sheols sapu sapu muka tu.. cantiknya she kulit pun cantikkk
Quote she 5-12-2023 05:46 PM
Lawa
Helok
Suara soft

Huwaaaaa
Jadilah menantu macik

Lihat semua komen(94)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

3-12-2024 11:50 PM GMT+8 , Processed in 0.136165 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top