PETALING JAYA – Pensyarah Fiqh Fatwa Semasa di Pusat Kajian Syariah, Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Profesor Madya Datuk Dr. Mohd. Izhar Ariff Mohd. Kashim menjawab soalan, sekiranya seorang isteri pernah berkahwin lebih dari seorang, siapakah suaminya di syurga nanti?
Menurutnya, pendapat ulama mengenai perkara tersebut terbahagi kepada tiga. “Dalam isu ini, ulama ada tiga pandangan. Pertama, wanita itu akan bersama dengan suami yang paling disayanginya di dunia. “Kedua, wanita tersebut diberi pilihan oleh Allah SWT untuk bersama siapa yang diinginkan di syurga kelak. “Ketiga, wanita tersebut akan bersama suaminya yang terakhir dinikahi,” jelasnya. Tambah Dr. Mohd. Izhar, pendapat ketiga adalah bertepatan dengan hadis Rasulullah SAW yang bermaksud: Mana-mana wanita yang kematian suami kemudian dia berkahwin lain, maka dia akan bersama dengan suami terakhir itu (di akhirat).
“Untuk lebih kepastian mengenai siapa yang bakal bersama isteri di syurga nanti, kenalah masuk syurga dulu baru tahu. “Hadis telah disahihkan oleh al-Bani dll dalam musalsal al-Sahih,” katanya. Di ruangan komen, rata-rata pengikut Dr. Mohd. Izhar di laman Facebook bersetuju dan berterima kasih atas perkongsian beliau. Malah ada juga pengguna yang berpendapat perkongsian tersebut dapat menggalakkan lagi pasangan suami isteri melipatgandakan amalan masing-masing supaya mendapat ganjaran syurga di akhirat kelak. “Suami saya pernah cakap, dia mesti masuk syurga dulu barulah boleh bawa saya bersama,” kata Norizan. “Wahai wanita, sama-samalah kita berusaha untuk ke syurga. Soal kita bersama suami mana dalam syurga kelak, bukan urusan kita kerana kita tidak tahu pengakhiran kita dan dia bagaimana,” kata Fatmawati. “Apa yang penting, kita kena berusaha masuk syurga dulu,” kata Nafsiah. – CARI Sumber: Kosmo
|
green~tea replied at 5-12-2023 12:17 PM
Apa kata kau mati dulu pastu baru pikir which one spouse surga kau tu
Dwdrum replied at 5-12-2023 12:08 PM
Hidup duniaweeee mati pun masih fikir syurgaweeee... Nafsu belaka
Thunderclouds replied at 5-12-2023 11:59 AM
Urusan atas doniya pon belom selesai.
Kalut mikir urusan kt sorga.
Kalaunya ke sorga.
Dwdrum replied at 5-12-2023 12:42 PM
Nafsu seperti lembu or kuda
zehra2 replied at 5-12-2023 01:51 PM
laki pun tkde..
ADVERTISEMENT