CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ibu Dan Anak Usia 8 Tahun Dipanah Petir Di Kangar

5-12-2023 11:11 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5764| Komen: 12

Description: Kangar: Dua beranak cedera selepas dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat ketika cuaca hujan.
Kangar: Dua beranak cedera selepas dipanah petir di Kampung Permatang Kerisek, Simpang Empat ketika cuaca hujan.

Kejadian berlaku jam 7 petang, mangsa Nor Lelawati Abu Bakar, 39, mengalami trauma, manakala anaknya, Muhamad Azizul Jaafar, 8, cedera.


Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop berkata, Nor Lelawati dikatakan ingin mengambil anaknya dari rumah jiran.


Gambar Hiasan

"Ketika kedua-dua beranak itu sedang berjalan pulang ke rumah mereka yang tidak jauh dari rumah jirannya itu, terdengar dentuman kuat di langit sebelum keduanya dipanah petir.

"Mangsa yang ditemui jiran dibawa ke Hospital Tuanku Fauziah, Kangar sebelum dipindahkan ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk mendapatkan rawatan pakar kulit," katanya ketika dihubungi hari ini.

Katanya, Muhamad Azizul mengalami kesan terbakar hampir seluruh badan manakala Nor Lelawati pula hanya mengalami trauma.


Siasatan terhadap kejadian masih diteruskan. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kitty_catz 5-12-2023 04:22 PM
naseb tak meninggal you

perghlih tu dah la 8 org je.. kang tinggal 6 orang
Quote black_handbag 5-12-2023 04:25 PM
berjalan dalam hujan pon boleh kena panah petir ye.. bahaya nya.. tp panjang umur deme ni hidup lagi lepas kena panah petir
Quote amyza 5-12-2023 04:32 PM
kesian. kalau dah berdentum kuat kena check jugak gegendang telinga kot dah tak berapa dengar. hujan2 dok lah dlm rumah dulu, dah reda nanti baru pegi ambil anak.
Quote kucingitam 5-12-2023 04:34 PM
Kitty_catz replied at 5-12-2023 04:22 PM
naseb tak meninggal you

perghlih tu dah la 8 org je.. kang tinggal 6 orang

apa puncanya kes perlis 8 org ni eh...
Quote otai_g 5-12-2023 04:45 PM
kucingitam replied at 5-12-2023 04:34 PM
apa puncanya kes perlis 8 org ni eh...

Itu metafora je la bang. Adeh. Kena upgrade processor abg ni.
Quote Kitty_catz 5-12-2023 04:53 PM
kucingitam replied at 5-12-2023 04:34 PM
apa puncanya kes perlis 8 org ni eh...

punchahhnyehh sbb kocik aje

tu yg org kata perghlih ada 8 org jurrrrr
Quote kucingitam 5-12-2023 04:58 PM
otai_g replied at 5-12-2023 04:45 PM
Itu metafora je la bang. Adeh. Kena upgrade processor abg ni.

actually ada terbaca kat fb drg dok komen perlis 8 orang je.. tak ketahuan asal usul apasal tetiba ramai yg ckp mcm tu..
Quote kucingitam 5-12-2023 04:59 PM
Kitty_catz replied at 5-12-2023 04:53 PM
punchahhnyehh sbb kocik aje

tu yg org kata perghlih ada 8 org jurrrrr

ooooo ahaha.. baru paham..tq2
Quote Dysania@72 5-12-2023 05:06 PM
hahahhahahahhahahahahahahhaha, sepelaung jer yer perlis ni, petir lagi banyak dari menesia
Quote Kitty_catz 5-12-2023 05:08 PM
kucingitam replied at 5-12-2023 04:59 PM
ooooo ahaha.. baru paham..tq2

welkammmmm
Quote B40tastePosh 6-12-2023 12:02 AM
Petir memang banyak gila semalam….
Quote shernazz 6-12-2023 07:13 AM
Malam tadi angin kuat sungguh
Habis baju iols yang sidai berdekatan dgn tingkap jatuh...
Tanjat iols...

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:17 AM GMT+8 , Processed in 0.042896 second(s), 40 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top