CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Semua Lagu Bahasa Inggeris- Dolla Dituduh Hilang Jati Diri, Malu Nyanyi Lagu Bahasa Melayu

5-12-2023 09:30 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4892| Komen: 12

Dolla didakwa tidak berbangga dengan bahasa ibunda gara-gara hanya satu lagu Melayu sahaja dimuatkan dalam album New Classic.

Dolla bagaimanapun mempunyai alasan tersendiri serta bukan berniat memandang rendah terhadap bahasa Melayu.


Foto: Utusan

Tabby menekankan bahawa sebab utama banyak lagu dalam bahasa asing terutamanya Inggeris dimuatkan dalam album tersebut bertujuan mempromosikan Dolla ke peringkat antarabangsa.

“Sejajar misi mengembangkan sayap ke peringkat Asia Tenggara, maka album New Classic lebih banyak memuatkan lagu bahasa Inggeris.

“Ini juga cara terbaik perkenalkan Dolla kepada peringkat antarabangsa dan memudahkan usaha jika menyanyi dalam bahasa Inggeris,” katanya kepada BH Online.



“Meskipun album New Classic dalam bahasa Inggeris, namun itu tidak bermakna ia akan diteruskan untuk projek album akan datang. Kami tetap akan merakamkan lagu bahasa Melayu.

“Kami juga tetap akan perkenalkan Dolla sebagai kumpulan pop dari Malaysia dan akan tetap bertutur dalam bahasa Melayu. Kami sangat berbangga dengan jati diri sebagai anak Malaysia,” katanya.

Tabby memberitahu mereka mempopularkan lagu Inggeris kerana bahasanya lebih mudah difahami dan bersifat universal.


Bagai menyusun satu strategi, mereka dilihat ingin menjemput peminat Dolla di luar negara agar mendalami budaya Melayu setelah mereka jatuh cinta dengan lagu-lagu Inggeris yang dinyanyikan.

“Seperti yang dikatakan, usaha ini dibuat untuk memudahkan orang luar mengenali Dolla dan lagu nyanyian kami.



“Bila mula biasa dengan lagu kami, mereka pasti akan mendengar lagu Dolla yang lain, sekali gus mengenali budaya Melayu dengan lebih dekat lagi,” katanya lagi. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cikatilia 5-12-2023 09:51 AM
idung mek sabronzo mcm penari kolam yg tonggang2 terbalik pakai sepit idung tuh
Quote dewi_rina 5-12-2023 10:02 AM
Lah muka asal muka melayu je pun kalau tak pakai baju biasa, tak kaler rambut.. takyah nak acah malu sangat la haih, hempuk tak dapat apa

Kat luar dok acah melantak ramen, chicken chop.. balik kampung raya dok cari rendang jugak kan

Lagi yg kelantan tu, entah2 dalam rumah siap ada stok budu dari kampung!
Quote Thunderclouds 5-12-2023 10:21 AM
Waktu penyanyi bernombor wat elbem english xpe pulak yer.
Lawak betol.
Gosip sampah.
Quote hyie 5-12-2023 10:32 AM
alah ok je..memang diorang under Universal Music, so inilah masanya nak go intenesenel, lagipun diorang memang dah ada fans serata donia. Sapa suruh ngko tak reti cakap BI, asik stuck layan lagu rock leleh je kan
Quote Burong_Hantuk 5-12-2023 10:34 AM
Quote anaktoyol 5-12-2023 10:42 AM
walau semuanya body bagak2... ok jugakla lagu2 nya sedap di dengar... cuma step tarian tu nmpk "berat" dek body2 bagak derang...
Quote sukanyanyi 5-12-2023 10:49 AM
Edited by sukanyanyi at 5-12-2023 10:53 AM

bior deme ler nak wat album omputeh. yg tak stuju tu cer telek pakaian dorang..kan dah memang kebaratan..bior ler.. iol lagi ok deme buat album omputeh drpd selit2 bahasa k0rea dlm lagu ke, lagi rase tak minat (sib baik damel0 tu selit latin, seksay la jgk). full hinglish takper.
Quote electricopop 5-12-2023 11:05 AM
Market dorang tuk pasaran internasional pun. Kalau kt sini je, memang kene kecam memanjang. So biar lah... x suka dengar, x yah dengar... simple kan
Quote Sesuatu… 5-12-2023 01:35 PM
Tahun 2023 pun bising chop org menyanyi omputih. Abeh tu yuna buat lagu omputih tu tak kena kecam. Elok la dia nyanyi omputih dr buat bahasa rojak
Quote ketupatnasi 5-12-2023 02:53 PM
anaktoyol replied at 5-12-2023 10:42 AM
walau semuanya body bagak2... ok jugakla lagu2 nya sedap di dengar... cuma step tarian tu nmpk "bera ...

itu beza kpop mesia dgn kpop koreahhh....xs vs xl
Quote Piramida 5-12-2023 03:18 PM
Tak peduli sgt lagu bahasa apa pun yg dia org nak nyanyi....
Sbb semuanya ai x faham ntah apa butir sebutan.  Bukak lah mulut tu luas2 lontar kn satu persatu perkataan tu dgn jelas.
Angin betul artis bebal mcm ni.
Quote naina 5-12-2023 03:29 PM
Lagu2 dorang memang sedap
Duet dgn yonni boi pun sedap
Tapi rasa muak pula bila tgk video mesti dihidangkan baju tak siap. Pendek2 sependek2nya. Nampak warna kulit buat nampak ayam mentah berbau hanyir.

Lihat semua komen(12)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.134737 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top