CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Hun Haqeem Bangga Digelar Anak Emak, Harap Calon Isteri Pun Rapat Dengan Ibu

4-12-2023 04:12 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 8703| Komen: 10

Hun Haqeem bangga digelar 'anak emak' susulan membawa ibunya menonton program All Stars Gegar Vaganza (ASGV) baru-baru ini.

Hun kata sebagai anak dia akan sedaya upaya membahagiakan syurganya itu kerana sedar kehidupan di dunia ini singkat untuk disia-siakan.



Foto: IG

"Kebelakangan ini ada ahli keluarga saya yang meninggal dunia jadi ia membuka mata saya bahawa hidup ini sangat singkat.

"Kita tak tahu bila kita akan 'pergi' sebab ajal itu rahsia Allah. Jadi saya rasa jika ada peluang untuk bersama ibu, saya akan buat selagi boleh.



"Ibu saya pun memang suka Gegar Vaganza, kenapa tidak sekali sekala saya bawa ibu dan dapat juga dia faham tentang industri hiburan," katanya kepada mStar.

Tambahnya dia juga berharap agar calon isterinya nanti turut rapat dengan ibunya.



Dalam perkembangan lain, Hun baharu sahaja muncul dengan drama bersiri terbaharu W: Two Worlds yang sedang disiarkan di platform penstriman Viu sejak 30 November lalu.

Selain Hun, drama adaptasi dari Korea Selatan itu turut menampilkan barisan pelakon seperti Daiyan Trisha, Faizal Hussein, Mierul Aiman, Elizabeth Tan, Tony Eusoff dan Amerul Affendi. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sayurmayur88 5-12-2023 08:08 AM
muka herlok, body herlok..
Quote beni_nikaido 5-12-2023 09:29 AM
takde masalah dek Hun
anak mak memang bagus
cume jangan jadi macam pijo amar tu sudah
Quote iena007 5-12-2023 03:59 PM
Herlok betul dia ni ????????
Quote AbukRokok 5-12-2023 04:24 PM
muka ncem + anak emak = ok
muka squib + anak omak = ntah pmpuan mana lah yg malang tu nanti
Quote amyza 5-12-2023 04:45 PM
kalau anak mak mcm pijo, ermmm good luck bakal isteri. kalau anak mak mcm nubhan takpechill2 je.
Quote Revo2k17 5-12-2023 09:34 PM
Baik anak mak
Quote Hoola 5-12-2023 09:58 PM
mana foto maknya, achik nk tgk..
baideway, kim slm kat mak ye hun sayam
Quote silampumeja 5-12-2023 09:58 PM
Tak kisahlah. Yg penting sekarang makin hensem. Dulu time jd jakfer takdelah sehensem ni
Quote kuceeng 5-12-2023 10:07 PM
AbukRokok replied at 5-12-2023 04:24 PM
muka ncem + anak emak = ok
muka squib + anak omak = ntah pmpuan mana lah yg malang tu nanti

+ muka herlok auto lulus proses penyucian lepas berhempas pulas memukul burung dlm video   
Quote nordin84 5-12-2023 10:59 PM
yela tu..nanti jd mcm samdawan..beria la angkut mak naik pentas bagai..nal bini duk serumah dgn mak konon..kawen dgn rempit,trs kelilinh rumah dgn adik beradik rempits

Lihat semua komen(10)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:47 AM GMT+8 , Processed in 0.044164 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top