CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Puteri Zarith Masih Isteri Dr Munzir Shkori, Terlalu Bebas Bergaul Punca Nak Cerai?

4-12-2023 04:28 PM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 61985| Komen: 288|Original author: Saiful

Description: Walaupun sudah tujuh bulan tinggal berasingan, Puteri Zarith masih lagi bergelar isteri kepada Dr Munzir Shkori.
Walaupun sudah tujuh bulan tinggal berasingan, Puteri Zarith masih lagi bergelar isteri kepada Dr Munzir Shkori.

Kes penceraiannya dengan suami masih lagi berlangsung di mahkamah dan hanya memberi fokus menjaga emosi anak-anak mereka.


Foto: IG

"Dia (Dr Munzir) masih lagi suami saya sebab lafaz cerai belum dibuat. Penceraian kami masih dalam proses mahkamah, jadi saya tidak boleh memberikan komen lanjut... Ia terlalu privasi untuk dikongsi.



"Kami sudah tidak tinggal sebumbung lebih kurang tujuh bulan lalu. Saya mohon doakan yang terbaik untuk kami.

"Apa paling penting sekarang kami ingin menjaga kebajikan dan emosi anak-anak," katanya kepada mStar.




Dalam pada itu, Puteri tidak menyalahkan tanggapan segelintir netizen mendakwa punca mereka mahu bercerai disebabkan pergaulannya bersama rakan-rakan selebriti.

Kata Puteri, masyarakat membuat penilaian tersebut berdasarkan luaran yang dilihat dan bukannya secara peribadi.



"Tidak dapat dinafikan dari segi luaran ornag boleh nampak hubungan saya dengan kawan-kawan sangat rapat.

"Suami pula seorang doktor, jadi dia lebih pendiam. Bila netizen nak nilai disebabkan itu (pergaulan bebas) logiklah kan?

"Saya juga tidak salahkan netizen namun mereka tidak berada di tempat saya dan tidak tahu keadaan sebenar. Apa yang berlaku hanya di antara saya, suami dan keluarga saya yang tahu," jelasnya.



Pada Mei lalu, Puteri mengesahkan sudah memfailkan penceraian terhadap Dr Munzir dan keputusan itu dibuat selepas melalui proses perbincangan secara harmoni dan baik dengan suami.

Untuk rekod, Puteri dan Dr Munzir mendirikan rumah tangga pada 1 Januari 2009 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Rayyan Darwish dan Puteri Medina.



Dalam perkembangan lain, Puteri baharu sahaja melancarkan produk terbaharunya The Teh Tarix dan The Matcha iaitu produk minuman pembakar lemak. -CARI


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Masukkeluar 4-12-2023 04:34 PM
smlm dia launch produk bru kn? ttbe buat jenama PZ..slalunya gunakan nama artis. sbb tercabar kot bila ada org petik yg produk dia femes sbb retis je

tp nmpk tryhard sgt smlm pggil artis dtg event. dh la artis sendu2 je kcuali awal dan scha..tu pn mcm tpksa dtg..try hard sgt ye
Quote naina 4-12-2023 04:41 PM
Masukkeluar: smlm dia launch produk bru kn? ...


Dalam gambar tu tak sangka ada Zizie Ezette yang aku ingat tu sapala muka macam pondan. Baca komen rupa2nya Zizie Ezette. Ya ampun plastic surgery gone wrong betoll. Rugi2.
Quote no_el 4-12-2023 04:42 PM
Sabonya doc. 7 bulan tu x merasa hubungan batin. Ha ha. Kalo aku jadi doc kawin lain je la. Pe dehal. Bersusun yg nak
Quote flipolivio 4-12-2023 04:46 PM
Masukkeluar replied at 4-12-2023 04:34 PM
smlm dia launch produk bru kn? ttbe buat jenama PZ..slalunya gunakan nama artis. sbb tercabar kot bi ...

Dia ni mmg kerabat ke? Nama ada puteri? Kalau org biasa nak bagi nama anak puteri/putera boleh ke x?
Quote ashilalat 4-12-2023 04:47 PM
Masukkeluar replied at 4-12-2023 04:34 PM
smlm dia launch produk bru kn? ttbe buat jenama PZ..slalunya gunakan nama artis. sbb tercabar kot bi ...

Nmpak ada khai bahar..sendu dah ke khai bahar skrg?
Quote exclusive_vvip 4-12-2023 04:55 PM
iols heran napa acik2 forum dok puji laki sheols hensem (kat thread manatah aritu).. muka cam mark adam pinoy tu je kat mata iols
Quote Masukkeluar 4-12-2023 04:56 PM
ashilalat replied at 4-12-2023 04:47 PM
Nmpak ada khai bahar..sendu dah ke khai bahar skrg?

ye..artis2 yg dtg smua xde impact dan bkn artis yg buat bisness..mana artis yg jv produk dgn dia mcm nora/mira/marion/wany hasrita? dan enterprenuer yg lain? kan biasa kalau tgk org yg lancar produk baru msti ramai rkn bisness yg dtg..tp pz ni gi panggil awalscha, nazim mcm tak kena..try hard sgt
Quote Manusiabesa 4-12-2023 04:59 PM
Rupanya scha tinggi gilaa..besar sgt dduk sebaris retis lain.. tgok dh pic kt ig.
Quote prettyuglybabe 4-12-2023 05:03 PM
dia ni gaya macam orang kampung culture shock..
gigih nak berkawan dengan retis..
Quote I.K.A888990 4-12-2023 05:07 PM
famous ke makcik ni eh sampai byk gak benang dia kat sini

Quote youell 4-12-2023 08:25 PM
Klinik Mana la dia pegi utk repair hidung ni. Pelik sgt..dah Rupa spek mainan yg attach sekali hidung tu
Quote tulip-rain 4-12-2023 08:29 PM
Ade lagi thread si pz ni. Untung menempel kat retis2.
Quote Rogue98 4-12-2023 08:29 PM
Elok jer Nora and Marion wish dia congrats kat IG...camner leh keluar citer dia tak baik dgn diaorang?
Quote jihyomelly 4-12-2023 08:30 PM
terlalu kurus kering sampai nampak tengkorak besar semata2..renovate salah ke camner ntah hidung tu
Quote Incanto 4-12-2023 08:32 PM
ashilalat replied at 4-12-2023 04:47 PM
Nmpak ada khai bahar..sendu dah ke khai bahar skrg?

khai bahar pernah ada jv dgn dia

sama dgn wany hasrita

tp sendu
Quote MissYouSayang 4-12-2023 08:34 PM
Memang otak bisnes betul sheols ni, salute. Ignore je missfake vibe -ve tu
Quote bulanbulat 4-12-2023 08:42 PM
Rupa sebenar vs rupa di social media Screenshot_20231204_203947_TikTok.jpg

Link tiktok
https://vt.tiktok.com/ZSNQovRwe/
Quote lilacomot 4-12-2023 08:44 PM
Idung n kepala makin besaq... Die x perasan ke muke dia nmpk pelik n x lawa d bandingkan dgn retis2 yg bergambo ngn dia tu
Quote Nham22 4-12-2023 08:51 PM
Senang nye buat business yekk.... Buat product yang punyela banyak ade kat pasaran...

Lihat semua komen(288)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:28 PM GMT+8 , Processed in 0.102298 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top