CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Risteena Berang Dengan Servis Syarikat Penerbangan, Dihentam Balik "Kenapa Tinggalkan Passport Dalam Beg?"

4-12-2023 04:47 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 15083| Komen: 73

Description: Risteena tak puas hati terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines kerana ‘menghilangkan’ bagasi miliknya.
Risteena tak puas hati terhadap perkhidmatan Malaysia Airlines kerana ‘menghilangkan’ bagasi miliknya.

Dia menyedari tentang perkara itu selepas kesemua kakitangannya berjaya menuntut semula bagasi setibanya di lapangan terbang Senai, Johor.


Foto: IG

“Kepada Malaysia Airlines, saya dah banyak bertolak ansur dengan servis kamu. Namun, kali ini sudah berlebihan. Kali ini apa alasan kamu? Kenapa bagasi saya boleh tiada? Tolong jawab. Sudah beratus kali saya telefon tetapi tiada jawapan. Ini bukan bahan lawak.

“Saya checked-in bagasi saya bersama kakitangan tetapi kenapa bagasi mereka ada, bagasi saya tiada? Pasport saya dalam bagasi dan saya perlu ke Singapura bagi menghadiri acara di sana. Boleh tak pihak kamu periksa status bagasi saya? Kenapa susah sangat nak periksa? Barang berharga dalam bagasi tu. Servis yang sangat teruk,” tulisnya di Instagram.



Risteena menambah, dia sudah pun menempah kereta sewa untuk ke Singapura. Namun, disebabkan ketiadaan pasport, dia tidak boleh bergerak ke destinasi tepat pada waktunya.

“Paling teruk, Lapangan Terbang Senai tidak memberi sebarang status dan saya perlu tunggu sehingga petang. Adakah mereka menjangkakan saya perlu tunggu di lapangan terbang sehingga petang menunggu mereka periksa (status bagasi)?

“Kemudian, petang nanti baru boleh bagi jawapan status bagasi. Jika bagasi masih di Kuala Lumpur, baru mereka aturkan penerbangan seterusnya dan saya perlu tempah kereta sekali lagi dan baru saya boleh ke Singapura.



“Saya perlukan Penerbangan Malaysia bertanggungjawab atas kerugian dan perbelanjaan ketika isu ini berlaku,” katanya.

Meninjau ruangan komen, ramai dalam kalangan netizen yang mempersoalkan tindakan Risteena meletakkan pasport dalam bagasi.



“Kenapa pasport masuk bagasi? Pasport macam kad pengenalan, perlu bawa ke mana-mana. Ketika saya di Amerika Syarikat untuk belajar, saya bawa pasport ke mana-mana, masuk dalam poket.

“Nasihat ini daripada kawan yang pernah belajar di luar negara. Polis di sana secara rawak akan memeriksa sesiapa yang mereka rasa mencurigakan, tidak kira lokal atau orang luar,” tulisnya. -CARI

Sumber: Gempak

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote newyork 4-12-2023 04:48 PM
Passport mcm ic kena ada kat badan kita, mmg kalau letak dlm luggage jd hal mcm ni la yg jadi payah.
Quote prettyuglybabe 4-12-2023 04:57 PM
apasal dia tak amik direct kul sin..
napa kena stop jhb?
pastu letak passport dalam luggage then check in?
seriously?
Quote GegarVaganja 4-12-2023 05:10 PM
prettyuglybabe replied at 4-12-2023 04:57 PM
apasal dia tak amik direct kul sin..
napa kena stop jhb?
pastu letak passport dalam luggage then che ...

Miskin kot. Flight direct Singapore mahal.
Ambik la pergi JHB.
Pastu naik bus masuk Singapore


Quote prettyuglybabe 4-12-2023 05:19 PM
GegarVaganja replied at 4-12-2023 05:10 PM
Miskin kot. Flight direct Singapore mahal.
Ambik la pergi JHB.
Pastu naik bus masuk Singapore

ada kot budget flight yang murah compare to mas..
senai ke border pun nak dekat sejam..
buat penat badan je


Quote black_handbag 4-12-2023 05:23 PM
iols sorang ke nampak muka dia lain? ke pregnant?
Quote prince_marhaen 4-12-2023 05:25 PM
Edited by prince_marhaen at 4-12-2023 05:27 PM

Nak naik bas dari KL-SG malu lettuwwwwww......dah acah2 naik flight, tp sampai JHB....Senai - SG confirm naik bas tu.....sewa keta konon... ehehehehehehe..  nak direct KUL-SG misqueennnnnnn~~~~~
Quote swimswim 4-12-2023 05:39 PM
Wah, bertanya soalan dkt mab dkt ig sendiri. U expect mab sembah ratu and reply dkt ig ko ke
Quote Laura Ashley 4-12-2023 05:51 PM
Kecerdikan apa simpan paspot dalam checked-in bagage?
Quote imransulaiman 4-12-2023 05:51 PM
Rasanya passport ni hanya akan jadi pengenalan diri bila kita berada di luar Malaysia. Kalau masih dalam negara, IC kita tu lah pengenalan diri.

Komen cakap kat US dia ke mana-mana dengan passport tu memang betul lah. Kau tunjuk IC Malaysia semasa di luar negara confirm tak laku.

Betulkan saya jika salah
Quote bedahmenjuyah 4-12-2023 05:54 PM
prettyuglybabe replied at 4-12-2023 05:19 PM
ada kot budget flight yang murah compare to mas..
senai ke border pun nak dekat sejam..
buat penat ...

Tak cerdik betul. Tak pernah lg jumpa org pi simpan pasport dlm luggage pastu pi check in. Pastu sanggup plak naik kereta lain dr senai ke sg. Dah ramai staff tu rasanya iye sebenarnya naik bas je pun.
Quote belilies 4-12-2023 05:54 PM
black_handbag replied at 4-12-2023 05:23 PM
iols sorang ke nampak muka dia lain? ke pregnant?

Iols pun suspect sheols preggy, nampak tak sheols raba perut?
Quote markonahlah 4-12-2023 06:07 PM
Mmg patut kena hentam. Siapa suruh letak dlm luggage.
Quote mylmor 4-12-2023 06:08 PM
Mana belajar eh letak passport dlm check in luggage?
Quote GegarVaganja 4-12-2023 06:09 PM
prettyuglybabe replied at 4-12-2023 05:19 PM
ada kot budget flight yang murah compare to mas..
senai ke border pun nak dekat sejam..
buat penat ...

Tahu xpo. Kalau Ganja, mahal pun berbaloi kot dari bersesak kat border tu. Dah la kat imi tu nak beratur punya lama kot.

Quote kashaz 4-12-2023 06:11 PM
imransulaiman replied at 4-12-2023 05:51 PM
Rasanya passport ni hanya akan jadi pengenalan diri bila kita berada di luar Malaysia. Kalau masih d ...

Wlupun dlm Malaysia, passport tetap kena disimpan dlm hand-carry bag. Passport terlalu bernilai, dan kalau hilang lebih membawa masalah drpd hilang IC. Itu pasal la pos minah ni ramai kecam dia balik.

Pastu nak minta ganti rugi. Tak beli travel insurance kah?
Quote MyLadyMarmalade 4-12-2023 06:30 PM
Kenapa muka dia lain? Berapa kati make up ko tepek tu nak?
And why on earth letak passport dlm check-in luggage?

Pastu dek, taip dal BM je lah..berterabur henglish ko.
Quote linb 4-12-2023 06:40 PM
Ini first time dia travel ke luar negara ke, kenapa simpan passport dalam checked in luggage? Hmmm
Quote _kelly 4-12-2023 07:02 PM
memang ada orang simpan passport dalam luggage ye..bahaya betul
Quote heythere123 4-12-2023 07:03 PM
kesian tu kesian tapi pelik bebenor letak passport dalam luggage. Pakai la logik akal noks

Lihat semua komen(73)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:27 AM GMT+8 , Processed in 0.171540 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top