CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Tak Guna Bergelar Rakyat Malaysia Kalau Tak Tahu Bertutur Bahasa Melayu,"-Uyaina Arshad

4-12-2023 12:41 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 9523| Komen: 22

Uyaina Arshad, 31, menegur segelintir rakyat negara ini yang tidak boleh bertutur bahasa kebangsaan.

“Tak guna kalau bergelar rakyat Malaysia kalau tak tahu bertutur bahasa Melayu.”

Foto: IG

Menurutnya, bahasa Melayu adalah antara bahasa paling mudah untuk dipelajari kerana tidak mempunyai sebarang ganti nama untuk perbezaan jantina berbanding bahasa lain.

“Tidak ada ‘gender’ dan tiada kata ganti nama yang berbeza untuk lelaki dan perempuan seperti bahasa Inggeris, bahasa Perancis dan bahasa Arab.



“Bahasa Melayu cukup indah dan mudah untuk dipelajari.

“Kalau sebagai rakyat Malaysia pun awak enggan belajar untuk fasih bahasa kebangsaan, jangan terasa kalau ada yang marah dengan awak,” katanya di X.



Dia berkata demikian bagi mengulas ciapan seorang wanita yang mendakwa dirinya dimarahi pegawai kerajaan kerana tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu.

Tambah Uyaina, setiap rakyat negara ini harus untuk mahir bertutur bahasa Kebangsaan walau merantau ke setiap pelosok dunia.

“Pergilah ke negara mana sekalipun, rakyat Malaysia wajib tahu bercakap dalam bahasa Melayu.

“Tidak kiralah berapa banyak bahasa lain awak mahir, tak ada gunanya kalau sebagai rakyat Malaysia awak tak tahu bahasa Melayu,” katanya lagi.


Sementara itu, dia juga menasihatkan mana-mana individu yang kurang fasih untuk mendaftar ke mana-mana kelas bagi memantapkan lagi bahasa Melayu.

“Bahasa merupakan satu bahagian penting dalam sesebuah masyarakat, apatah lagi jika melibatkan kenegaraan anda.

“Tanpa mengira latar belakang pendidikan, sekiranya anda tinggal di negara ini selama 20 tahun dan masih tidak boleh bercakap bahasa tersebut (dan berasa bangga tentangnya) dan perkara itu menunjukkan siapa anda sebenarnya.

“Anda hanya bersikap angkuh. Nasihat saya, pergi hadir ke kelas bahasa Melayu dan jadi rakyat yang lebih baik,” ujar pemilik nama penuh Saidatul Naseha Uyaina Arshad itu.



Terdahulu, tular tangkap layar luahan seorang wanita yang mendakwa dia dan anaknya dibuli serta dimarahi ketika hadir ke sebuah pejabat kerajaan kerana tidak fasih bertutur dalam bahasa Melayu dengan baik.

Kongsi wanita tersebut, dia yang merupakan rakyat negara ini tidak fasih berbahasa Melayu kerana bersekolah di Singapura.

Bagaimanapun, perkongsian tersebut meraih kecaman daripada netizen yang menyifatkan individu yang memiliki kewarganegaraan wajib mahir bertutur bahasa Melayu. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Burong_Hantuk 4-12-2023 12:47 PM
betul jugak tu
Quote nordin84 4-12-2023 12:57 PM
retis pun,bila bangsa lain fasih ckp melayu buat2 kagum..cth lopak dgn sean lee..
Quote stingergrumpy 4-12-2023 01:00 PM
Nak tanya...laki si ukulele ni kembar semangkuk dgn laki bela gajali keww?
Quote likilu 5-12-2023 02:17 PM
Rakyat mana kening macam tu ha
Quote doodlediddle 5-12-2023 11:54 PM
BETUL SAYA SOKONG! Cha ya yg xreti tu AKU MMG BAGI SIDE EYE ATAU BUAT MUKA GELI SBB EHHHHHH NYAMPAH GILA!!!! Nyah kau Dari cni Kalau x reti ckp Mcm jiran aku!!! Urghhhh
Quote intan244 6-12-2023 02:00 AM
yg x reti tu agaknya x pegi sekolah kot. sjk pon belajar kot bm. xpon mesti kelas belakang malas belajar.
Quote annadonna 6-12-2023 07:15 AM
Rakyat malaysia yg tak reti bm ni bagi je penampar sebijik. Mcm kimekk aje.
Quote Suchi 6-12-2023 07:25 AM
BM senang sebab ejaan sama ngn sebutan

Guna huruf roman plak sbb tu mat saleh cepat pandai BM
Quote akuHavocczz 6-12-2023 07:25 AM
Bakal caprice pompuan ke.? Semua benda nak ulas
Quote Suchi 6-12-2023 07:29 AM
doodlediddle replied at 5-12-2023 11:54 PM
BETUL SAYA SOKONG! Cha ya yg xreti tu AKU MMG BAGI SIDE EYE ATAU BUAT MUKA GELI SBB EHHHHHH NYAMPAH  ...

Org melayu pun bila ckp ngn bangsa lain toksah lah nk speaking gak jawab je dlm BM
Dorang tu paham je cuma tak reti nk jawab.

Hanya dgn bangsa asing je iols akan jawab dlm BI selagi malaysian tak kira laa ko bangsa apa tp bila ko ngaku warganegara WAJIB faham BM.
Kalau ngn bangsa asing pun boleh je guna BM terutama kalau tulis komen kat ig ke apa sbb ada translation.
Mcm ummah russian,spain, perancis aman2 je tulis komen guna bahasa dorang tak gaduh nak tulis dlm BI pun
Quote missbigrockstar 6-12-2023 07:45 AM
Setuju dgn uyaina kali ni.
Quote SpyLeman 6-12-2023 08:00 AM
intan244 replied at 6-12-2023 02:00 AM
yg x reti tu agaknya x pegi sekolah kot. sjk pon belajar kot bm. xpon mesti kelas belakang malas bel ...

Tak perlu kelas blkg pun. Cth terdekat anak2 T20 mcm Leona tu. Mak bapak atuk wan semua melayu totok, atok kelate SSKJP pastu cucu x blh ckp melayu fasih? Membesar kt sg penchala je pun bkn dlm kilang keju. Dah tua ni baru gi study kt UK
Quote intan244 8-12-2023 10:20 PM
SpyLeman replied at 6-12-2023 08:00 AM
Tak perlu kelas blkg pun. Cth terdekat anak2 T20 mcm Leona tu. Mak bapak atuk wan semua melayu tot ...

x fasih pon atleast boleh guna bila perlu utk urusan kerajaan ke apa ok jer. org msia ni purata 2~3 language boleh. yg tahu satu je tu kelas belakang la kot.
Quote jalfa 9-12-2023 12:15 AM
SpyLeman replied at 6-12-2023 08:00 AM
Tak perlu kelas blkg pun. Cth terdekat anak2 T20 mcm Leona tu. Mak bapak atuk wan semua melayu tot ...

Tak pe.pelat pelat orang kato comeyy..cute....hahah
Quote caramel_cloud9 9-12-2023 12:41 AM
Skrg ni dia mmg byk komen eh. Semua pun nak intothescene.
Quote sleepandream 9-12-2023 02:17 AM
lingua franca khenn...
tapi skrg mak pak sebok nak spiking dgn anak..
yg kelakarnya grammar mak pak pun basic jahhhh
Quote Kurex 9-12-2023 04:33 AM
Iols cakap jah bahasa Melayu mulia sorga. Dgn indon pun iols cakap jah bahasa Melayu mulia sorga tanpa ada slek indon
Quote Hoola 9-12-2023 05:37 AM
ummah malaya ni mcm2 kan
ada yg urban t20 perasan
ada yg study obersea
ada yg international skool
pdhal muka totok je
tu belum lg cakap melayu bergulung lidah bilang tang ada R

euwww
Quote kalchi 9-12-2023 06:48 AM
stingergrumpy replied at 4-12-2023 01:00 PM
Nak tanya...laki si ukulele ni kembar semangkuk dgn laki bela gajali keww?

Lainnye u. Hat raja syahiran ni manis sikit muka dia. Kemetot drg je sama

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:23 AM GMT+8 , Processed in 0.037982 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top