CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dia Admin Kepada Kelab Peminat Artis," Video Nyanyi La Bamba Tersebar, Azharina Nak Saman!

4-12-2023 12:20 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 17135| Komen: 110

Description: Video nyanyi lagu La Bamba di hadapan sebuah pusat beli-belah sekitar tujuh tahun lalu tular, Azharina tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkannya.
Video nyanyi lagu La Bamba di hadapan sebuah pusat beli-belah sekitar tujuh tahun lalu tular, Azharina tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap individu yang menyebarkannya.

Katanya dia sudah berbincang dengan peguam dan tindakan susulan akan diambil sekiranya individu berkenaan terus berniat tidak baik terhadapnya.

Foto: IG

"Saya sudah berbincang dengan peguam dan bukti semuanya sudah ada. Kalau dia terus lakukan apa yang dibuat sekarang, saya akan ambil tindakan undang-undang kerana ia sudah berlebihan.

"Tindakan dia memuat naik video itu mungkin ada niat tidak baik terhadap saya," katanya kepada mStar.


Video berkenaan tular selepas Azharina mendakwa tidak pernah menyanyikan lagu nyanyian asal Ritchie Vallens itu sebelum persembahannya di minggu kesepuluh All Stars Gegar Vaganza (ASGV).

Azharina menjawab 'tidak' apabila ditanya ketua juri ASGV iaitu Datuk Ramli MS sama ada dia pernah atau tidak menyampaikan lagu tersebut dalam mana-mana acara sebelum ini.

Menjelaskan perkara itu, Azharina berkata, sukar baginya mengingati semua lagu yang pernah dinyanyikan kerana terlalu banyak terlibat dengan persembahan pentas.



"Ketika itu (minggu 10 ASGV) saya di atas pentas dan disoal bertubi-tubi. Mana boleh saya ingat... Boleh ke saya ingat kalau sudah menyanyi di banyak acara persembahan.

"Kalau lihat semula video berkenaan, lirik yang saya nyanyi pun tidak betul. Sehinggalah saya mendapat tugasan di ASGV barulah saya belajar untuk menyebut lirik dengan betul.

"Saya menyanyi lagu itu secara spontan sekitar enam atau tujuh tahun lalu, ketika itu saya dijemput untuk menyanyi bersama kumpulan buskers bagi kutipan dana," ujarnya.



Tambah Azharina, dia tidak mengenali individu berkenaan namun percaya dalang di sebalik penyebaran video tersebut adalah seorang kelab peminat artis.

"Saya tahu dia admin kepada kelab peminat artis. Saya tahu apa yang dia tulis dan ada orang-orang terdekat saya sudah kumpulkan bukti.



"Walau dia tidak menyebut nama tapi saya tahu dia mengaitkan saya apabila bercakap tentang lagu itu.

Saya tidak mahu bercakap banyak tentang perkara ini dan serahkan kepada orang lebih arif untuk menguruskan," jelasnya. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote a5h91 4-12-2023 12:25 PM
Edited by a5h91 at 4-12-2023 12:28 PM

sokong azharina saman netizen mulut longkang & kaki fitnah btw i nk tahu admin kelab peminat artis mana ye?
Quote edoraixora 4-12-2023 12:40 PM
admin retis mana lah tu
Quote hanihan16 4-12-2023 12:41 PM
sori i tak berapa paham sebab tak mengikuti kes yinnih. kiranya juri tanya dia pernah nyanyi ke tak lagi tu, pastu dia jawab tak. pastu rupanya pernah nyanyi and ada org viralkan. so kiranya mcm terkantoi la rupanya pernah nyanyi.

pastu, yg fitnah tu part mana? ke admin fan club tu ada buat statements lain berbentuk fitnah?
Quote Zack8hunter 4-12-2023 12:56 PM
dah terkantoi tu, cuba la minta maaf dulu..kata ler ko dah tua, byk benda dh tak ingat.. netizen pun jenis cepat sejuk..
Quote elnor_81 4-12-2023 01:01 PM
hanihan16: sori i tak berapa paham sebab  ...

Mslhnya byk kali ramli ms tya..dia kata x.pernah lgsg. Ramli kata..u.pernah nyanyi..dia mati2 nafikan.
Quote tokchik 4-12-2023 01:03 PM
elnor_81 replied at 4-12-2023 01:01 PM
Mslhnya byk kali ramli ms tya..dia kata x.pernah lgsg. Ramli kata..u.pernah nyanyi..dia mati2 nafik ...

MASA TU MUKA TOK RAM DAH BERUBAH
Quote elnor_81 4-12-2023 01:06 PM
tokchik replied at 4-12-2023 01:03 PM
MASA TU MUKA TOK RAM DAH BERUBAH

A ah...aku rse tokram awal2 dh tau dia pernah nyanyi.
Quote lasagna 4-12-2023 01:11 PM
a5h91 replied at 4-12-2023 12:25 PM
sokong azharina saman netizen mulut longkang & kaki fitnah btw i nk tahu admin kelab peminat artis m ...

sis ni tak faham cite ni..

masa gv aritu sheol di tya prnh ke nyanyi lagu lam bada,
tp dia nafi kan sekeras2nya 'tak pernah' berkali tok ram tya dia tau.
tetiba ada org tunjuk video yg sheol pernah nyanyi kan lagu tu.
bukti ada ni, so kantoi laa sheol ni.

yes kita tau netz ni mulut longkang, tp dlm kes ni, netz ada bukti, haa camno?
sheol ptt slow down laa sket, check dulu ke ke.. tetiba nk panggil lawyer.

Quote lasagna 4-12-2023 01:13 PM
tokchik replied at 4-12-2023 01:03 PM
MASA TU MUKA TOK RAM DAH BERUBAH

exactly.. tok ram pun was was dgn jawapan sheol mlm tu..
skali org dh tunjuk bukti nok.. nk ckp apa?
pastu termalu - dia plak nk saman org tu.
apoooooo??


Quote alesandra 4-12-2023 01:21 PM
Benda ni xyah la sampai saman...over nau ko
Quote lostnfaun 4-12-2023 01:34 PM
Yg dia tak nak ngaku penah nyanyi kenapa? Takut kena senbur dgn tok ram ke?
Quote ezacbee 4-12-2023 01:34 PM
Terkantoi puncanya.. berbaloi ke saman?

Ngaku jelah penah nyanyi lagu lambada. Lagu ni popular masa sekolah.
Quote ketupatnasi 4-12-2023 01:50 PM
sedap ke dia nyanyi masa GV? aku bet tak sedap....sebab tu beliau malu bila kantoi dah penah nyanyi.
Quote kaseh80 4-12-2023 01:59 PM
Kalau betul dah pernah nyanyi kenapa tak nak ngaku????????
Nape berdustaaaaaaaaaaaa
Tak baik bohongggg
Quote zuriey 4-12-2023 02:04 PM
Mungkin dia dah tak ingat oernah nyanyi
Berapa ratus ribu lagu dia dah nyanyi
Mana lah nak igt
Tgk video viral tu pun mcm nyanyi dkt tepi jalan ke shoping mall iols pun dah lupa
Patut masa tok ram tanyavtu sheols jwb je tak ingat..
Quote eyansss 4-12-2023 02:04 PM
tokram tanya tu bermaksud - pernah nyanyi buat persembahan - macam tu ke?  kira persembahan ala2 pentas…  kalau ye, rasanya ok kot jawapan minah ni kata tak sebab yang dia nyanyi tu busking spontan katanya…

Saya menyanyi lagu itu secara spontan sekitar enam atau tujuh tahun lalu, ketika itu saya dijemput untuk menyanyi bersama kumpulan buskers bagi kutipan dana


Quote dewi_rina 4-12-2023 02:05 PM
kenapa nak saman eh? kalau kata lupa ok jelah ni nak saman bagai, sebab?
memalukan dia?
Quote izzah_mia 4-12-2023 02:05 PM
sendiri dah kantoi nak saman orang pulak...takkan tak pelik Tok Ram berulang tanya soalan tu.
Quote Suchi 4-12-2023 02:13 PM
Org tunjuk kat mana video tu ye? Kat gv ke? Sapa yg tunjuk

Lihat semua komen(110)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:01 AM GMT+8 , Processed in 0.210465 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top