CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Shuib Berhenti Jadi DJ, Nak Fokus Bisnes

4-12-2023 11:42 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 20403| Komen: 162

Description: Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abd Majid memaklumkan Shuib menamatkan perkhidmatan bersama stesen Suria FM berkuat kuasa 4 Disember 2023 (Isnin).
Pengurus Besar Suria FM iaitu DJ Lin atau Roslinda Abd Majid memaklumkan Shuib menamatkan perkhidmatan bersama stesen Suria FM berkuat kuasa 4 Disember 2023 (Isnin).

Menurutnya Shuib mahu memberi fokus kepada perniagaan miliknya.


Foto: IG

"Kerjasama yang telah terjalin selama hampir 2 tahun ini merupakan satu langkah strategik dalam rangka perancangan bagi tahun 2023 lalu melibatkan kolaborasi untuk beberapa tempoh sahaja.

"Shuib ingin menumpukan sepenuhnya kepada perniagaannya yang semakin berkembang. Diharapkan dia terus berjaya dalam setiap usaha perniagaan dan kerjayanya," katanya dalam satu kenyataan kepada mStar pada Isnin.



Bagaimanapun DJ Lin juga berharap kolaborasi bersama Shuib akan terus terjalin meskipun tidak lagi terikat di bawah jenama Suria FM.

Malah penglibatan Shuib menjayakan segmen Morning Morning Suria sebelum ini dilihat cukup berhasil menerusi elemen-elemen kreatif yang dibawakan.



"Komitmen Shuib juga menjadi satu pengalaman yang amat berharga buat kami.

"Kami berterima kasih diatas segala komitmen padu dan elemen kreatif yang dibawakan oleh Shuib," ujarnya.



Shuib diumumkan sebagai penyampai radio Suria FM pada 27 Ogos tahun lalu.

Dia mengendalikan segmen berkenaan bersama Ajak dan Suraya Borhan.



Sementara itu DJ Lin juga memaklumkan pihaknya akan mendedahkan nama penyampai baharu dalam masa terdekat. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote black_handbag 4-12-2023 11:45 AM
eh teruknya muka dia berlubang2. trauma iols tengok

yelah benti jelah jadi dj tu.. tak menyumbang  mana pon ko pada industri
Quote prettyuglybabe 4-12-2023 11:52 AM
dan dan


Quote jihyomelly 4-12-2023 11:57 AM
terkejut woiiii tetiba penuh screen berlobang2
Quote pokokmeranti 4-12-2023 12:00 PM
klu ada nilai pada syarikat/tempat kerja xde nya nak ditamatkan atau tidak disambung kontrak. alasan nak tumpukan bisnes tu hanyalah nak tutup isu2 tertentu je
Quote shahima99 4-12-2023 12:00 PM
finally ... bye2
Quote ketupatnasi 4-12-2023 12:01 PM
black_handbag replied at 4-12-2023 11:45 AM
eh teruknya muka dia berlubang2. trauma iols tengok

yelah benti jelah jadi dj tu.. tak menyumbang   ...

hehe. tu la terkejut jugak bila bukak thread walaupun dah boleh bayang rupa dia. pic ni tak kasi can langsung!! depan muka terus!
Quote edoraixora 4-12-2023 12:01 PM
seperti yg dijangka....
Quote buragazz 4-12-2023 12:03 PM
Yang tak syok.. kat TT ada video last day dia.. DJ Lin salam Shuib kemain lama.. Nitezen dah siap tegur menegur kat komen... aku yg tgk video tu pun rasa tak selesa..
Quote Qmrnycb 4-12-2023 12:03 PM
Sejarah mungkin berulang ka..dulu hotfm
Quote KamikuP 4-12-2023 12:04 PM
bAGUSLAH, PASNI bole le meolls bukak balik suria bila hantar anak pegi sekolah pagi2.. ekekeke
Ni nak tanya, soeb dah buat caruman pekerja ke kat KWSP ke belum lagi?
Quote kucingitam 4-12-2023 12:06 PM
huish gambar atas tu...tolonglah..terkejut weh..
Quote sangbara2020 4-12-2023 12:11 PM
haruskah aku sujud syukur..........
Quote seri_mawr 4-12-2023 12:17 PM
shuib ni ok je jadi DJ... tak over sgt...
klu yang HOT tu aku tak leh blah...entah apa yang di gelakkan kan pun x tahu...
Quote sranua 4-12-2023 12:17 PM
Harap Suria Pagi tetap kekal positif dan menarik untuk didengar. Dulu tu rasa menyampah sebab ada org kaya yg tak peduli pada anak buah. Harap orang kaya tu jaga kebajikan staf. Bila kebajikan terjaga barulah rezeki mencurah2 mcm KA.
Quote ihtisyam1 4-12-2023 12:23 PM
boleh la fokus bisnes, jaga kebajikan pkerja, byr kwsp socso bagai
Quote Manusiabesa 4-12-2023 12:29 PM
Yihhh aku dh laa trypophobia. Seram sejuk nmpk pic pipi suib.

Y la dia ni sejak sarah mati look unhappy pun even dh remarried dgn waty. Sian kan. Patah tumbuh hilang bgnti but still not the same.

Lantak kau la benti keja ke apa pun tetap la income juta juti. Waty pun ada bsnes sbnrya
Quote nyoyoyenye 4-12-2023 12:30 PM
Alhamdulillah…. nyahhh kau dari suriaaa
Quote HoneyManjer 4-12-2023 12:33 PM
adeh kelua2 gambo first tu
Quote outcast 4-12-2023 12:36 PM
jihyomelly replied at 4-12-2023 11:57 AM
terkejut woiiii tetiba penuh screen berlobang2

Iols igt iols sorang, seramm ooii tt. Sebelum post bg laa filter skit

Lihat semua komen(162)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:35 AM GMT+8 , Processed in 0.048679 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top