CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Adira Suhaimi Fail Cerai Kali Kedua Terhadap Suami, Datuk Red Cuba Lambatkan Kes

4-12-2023 11:34 AM| Diterbitkan: Cari-Saiful| Dilihat: 22916| Komen: 103|Original author: Saiful

Adira Suhaimi sudah memfailkan penceraian terhadap suaminya iaitu Datuk Seri Adnan Abu di Mahkamah Rendah Syariah Gombak Barat, Rawang pada 25 Oktober lalu.

Permohonan tersebut adalah yang kali kedua dibuat Adira atau Siti Adira Suhaimi, 32, terhadap Adnan atau Datuk Red selepas memfailkan penceraian terhadap suaminya pada 1 April 2019.



Foto: IG

Namun ia ditarik semula selepas Adira memberi peluang kepada suaminya dan cuba berbaik demi anak-anak.

Permohonan tersebut berdasarkan Seksyen 47 Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) 2003.

Hadir ke mahkamah bagi sebutan kedua kes berkenaan pada pagi Isnin, Adira hadir bersama kakaknya iaitu Emma Suhaimi sebagai wakil Jawatankuasa Pendamai (JPK).


Adnan, 42, bagaimanapun hadir seorang diri dan gagal tampil bersama wakil bagi proses tersebut.

Kes itu didengar di hadapan Hakim Syarie, Abdul Hadi Omar.

Pada sebutan kes itu, Abdul Hadi menegur tindakan Adnan yang dianggap sengaja melambat-lambatkan penubuhan jawatankuasa pendamai daripada dilakukan segera.



Sehubungan itu, Abdul Hadi menangguhkan kes berkenaan pada 18 Disember ini bagi membolehkan Adnan melantik wakil bagi pihaknya.

Untuk rekod, Adira dan Adnan berkahwin di Songkhla, Thailand pada 3 Disember 2015 sebagai isteri kedua.



Hasil perkahwinan mereka dikurniakan empat orang cahaya mata iaitu Anggrek, 6, Asan, 5, Anggun, 4, dan Ayob yang kini berusia satu tahun.

Perkahwinan pertama Adnan dikurniakan lima cahaya mata.

Adnan juga pernah bernikah pada usia 20 tahun, tetapi bercerai selepas lima tahun bersama dan hasil perkahwinan itu dia dikurniakan dua cahaya mata. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote heythere123 4-12-2023 11:36 AM
so betul la tekaan forumer yang sheols & si red tengah goyah
Quote naina 4-12-2023 11:41 AM
Macam tak berfungsi je
Banyak hal aku tengok Adira yang urus semua dari anak2, rumah dan duit
Adnan tu kat rumah pun macam tunggul
Ni base on media social la
Yela.balik pun sesekali
Sesekali tu lah nak minta layanan bak king
Lepastu pergi balik sana
Anak2 kecik2 rapat2 ohhhhh
Stress
Tapi Adira ni pandai cover emosi dia eh
Quote Mamioomami 4-12-2023 11:43 AM
Haritu tengok dia buat parodi laki buaya ingatkan aman² je.
Tertipu aku dengan media social ni
Quote BoongaKertas 4-12-2023 11:49 AM
fuh, dato ni ada total 11 anak yach. baru usia 42. fuh! byknya kos...
Quote anarina 4-12-2023 11:49 AM
Anak deret tp sheols look lovingly n present to her kids
Quote black_handbag 4-12-2023 11:49 AM
dah 2 kali dia fail cerai. anak berceretek macam tikus sawah ye adira ni. nampak dia rajin kerja, pandai cari duit. klu itu yg terbaik teruskan jelah adira oi.
Quote IzzahF 4-12-2023 11:54 AM
next year beranok lg
Quote nuryakmal 4-12-2023 12:02 PM
pulakkk. tapi reels dia ni best jugak . kelakar
Quote manehnya 4-12-2023 12:02 PM
apa masalah nya, tengok bulan lepas mcm oke2 je, dgn madoo pun mcm besfren..

rugila x cerai awal ritu, sbb muda lg..
Quote Nurkaseh01 4-12-2023 12:40 PM
bini kedua dia elok je sampai sekarang tak bercerai
Quote HelgaPataki 4-12-2023 12:42 PM

me thinks she dah ikat kan sbb czer ajo smuanya
Quote Burong_Hantuk 4-12-2023 12:46 PM
moga dipermudahkan..tapi sorry to say,husband kau tu mcm x ada function except buat anak
Quote katak hijau 4-12-2023 12:48 PM
HelgaPataki replied at 4-12-2023 12:42 PM
me thinks she dah ikat kan sbb czer ajo smuanya

Kalau masa pregnant atau beranak takde complication boleh je berkali2 tp itulah..kalau dia cerai, nikah lain...boleh ke laki baru terima anak2 dia.
Quote airmineral 4-12-2023 12:53 PM
ramainya anak tokred ni
mmg kawen nak anak saja ke
dijaga elok ke x anak2 tu atau sume bini kena uruskan?


cane dira dgn tokred ni leh bersangkutan sampai kawen?
Quote ninnamina 4-12-2023 12:55 PM
jangam tetiba beranak kecik lagi sudah.. iols ada tengok gak video anak2 dia semua berhandphone setiap masa.. maybe emak bz, apak pulak macam x cakna.. harap yg terbaik utk adira and anak2..
Quote princessmiang 4-12-2023 12:58 PM
Macam anak semut ha
Quote I.K.A888990 4-12-2023 01:00 PM
patut la pakcik ni dtg FD haritu pn mcm tak mesra je aku tgk
Quote adeqbun 4-12-2023 01:06 PM
black_handbag replied at 4-12-2023 11:49 AM
dah 2 kali dia fail cerai. anak berceretek macam tikus sawah ye adira ni. nampak dia rajin kerja, pa ...

Kemewahan adira slama ni sbb rete tokred atau mmg usaha drpd adira sndri .suke tgk ig die .klakar2 je die buat konten..anak2 pon elok je kemas..
Quote rosevelvet 4-12-2023 01:17 PM
black_handbag replied at 4-12-2023 11:49 AM
dah 2 kali dia fail cerai. anak berceretek macam tikus sawah ye adira ni. nampak dia rajin kerja, pa ...

X tkejut pasni adira preggy lg

Lihat semua komen(103)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 03:57 AM GMT+8 , Processed in 0.041382 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top