CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Voice Note Tular Wabak Baru, Wad Hospital Penuh Adalah Palsu – KKM

4-12-2023 10:07 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5522| Komen: 9

PETALING JAYA –Tular rakaman nota suara (voice note) yang mendakwa berlakunya penularan wabak baharu dan katil wad hospital penuh.

Susulan itu Kementerian Kesihatan (KKM) tampil mengesahkan bahawa perkara tersebut adalah tidak benar.


Menerusi satu kenyataan, KKM turut menafikan rakaman sama yang turut mengatakan kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID), semakin meningkat.




KKM menjelaskan, rakaman suara berkenaan pernah tular pada tahun 2021 dan kini diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi Whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam.

“Terdapat satu rakaman ‘voice Note’ yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi.

“Ia juga mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes BID, serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa,” kata kenyataan itu.


Sehubungan itu kenyataan sama berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.

“Sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih kekal di sekeliling kita. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, elak 3S dan lakukan ujian Covid-19 jika bergejala.

“Dapatkan vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak, serta rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif Covid-19,” kata kenyataan itu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosa_canina 4-12-2023 10:12 AM
start batuk2 demam selsema dh.. musim kot
apa2 pun pi tpt ramai org better pakai mask
Quote VespaSilbe 4-12-2023 10:28 AM
Kat china minggu lepas dah start kena virus selsema ke apa jangkit kat budak2.. tatau nama virus tapi spital penuh yach.. nanti kata iols bawak berita pelesu lak khuenz sedangkan iols tgk news sajork
Quote Thunderclouds 4-12-2023 10:31 AM
Tora datang lagiiiiii...
Xjadi kambuih kot nohh air suci expired 10x over
Quote VespaSilbe 4-12-2023 10:41 AM
Sambung lagik.. kat Korea pun dah disuruh pakai mask balik ya..
Quote Tinot7 4-12-2023 10:49 AM
So kena start pakai mask balik ke dak ni?
Quote airfilterkotor 4-12-2023 10:58 AM
Pakai jer mask tu. Sekarang tengah musim demam dan batuk.
Quote airfilterkotor 4-12-2023 11:00 AM
Mintak gomen tangkap dan siarkan muka penyebar berita pelesu nih.
Mendatangkan kegusaran dan kegelisahan awam.
Quote Kitty_catz 5-12-2023 05:07 PM
staff meols berganti2 sakit nya neh dr nov ritu tapi masuk minggu lepas makin ramai almost everday ada yg mc


yg +ve covid ada

yg -ve tapi simptom mcm covid ada


ofc management rumah meols pun hari ni email ke resident, 3 org staff ofc down kena cubidddd
Quote manopBKK 6-12-2023 10:49 AM
banyak sakit sendi...flu like simptoms.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:48 AM GMT+8 , Processed in 0.029391 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top