CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dulu Ada Rambut Dalam Laksa, Sekarang Jumpa Bungkusan Kuning Berisi Tanah Kubur Di Gerai

4-12-2023 09:01 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 7581| Komen: 17

Description: Ada yang mahu menjatuhkan perniagaannya, usahawan Syed Muhammad Shah Hasif mendakwa gerai makanan miliknya ditabur dengan tanah kubur.
Ada yang mahu menjatuhkan perniagaannya, usahawan Syed Muhammad Shah Hasif mendakwa gerai makanan miliknya ditabur dengan tanah kubur.

Dia juga menemui bungkusan misteri berwarna kuning yang disorokkan di kawasan semak, berhampiran tapak gerainya yang terletak di Bukit Kapar, Klang, Selangor.





"Kali ini tanah kubur pula. Lepas tu tadi terjumpa bungkusan bunjut kuning. Nauzubillah. Tadi ada tunjuk ustaz yang beli makanan di gerai kami. Dia kata memang tanah kubur tu.

"Lepas tu ada seorang lagi ustaz beritahu melalui telefon, katanya ada orang letak sesuatu di sebalik semak pokok tepi gerai kami. Saya selak semak-semak tu, memang betul ada bungkusan kuning.

"Pukul 5 pagi staf saya sampai tapak, terus tunjuk kepada saya keadaan gerai penuh dengan tanah kubur," ujar Syed, pada Ahad.

Ini bukan kali pertama gerai miliknya berdepan ancaman dipercayai daripada musuh-musuh perniagaan.




"Hari tu staf saya kena serang dengan peniaga lain, kemudian peniaga-peniaga berlainan lorong dan lokasi pun ada yang datang dan kacau perniagaan.

"Tapi kami tetap kena kuat sebab kami mencari rezeki yang halal. Kami pun tak ganggu perniagaan orang lain. Walaupun saya rasa sedih sangat hari ini.

"Terima kasih banyak orang Meru, Kapar dan Bukit Kapar sebab hari-hari support bisnes kami. Terima kasih sangat. Anda semua penguat semangat kami," ujar Syed yang memiliki lebih setengah juta pengikut di aplikasi TikTok.

Menerusi video TikTok pada Ahad yang meraih hampir 200,000 tontonan, Syed dilihat sedang menghidu tanah kubur yang ditabur di atas kaunter gerainya.

Dia yang ditemani isteri serta seorang staf kemudian mengambil sebatang penyapu untuk membersihkan tanah berkenaan.

"Sumpah sedih sangat, serius sumpah sangat sedih dengan kejadian yang berlaku kepada kami. Tak habis-habis orang asyik nak aniaya kami.

"Baru-baru ni ada orang serang staf saya, ada peniaga macam tak puas hati kami buka perniagaan kat sini. Kami pun tak tahu nak cakap macam mana. Terima kasih banyak sebab masih ramai support kami," ujar Syed lagi.

Menurut Syed, gerai yang teletak di hadapan Masjid At-Taqwa Bukit Kapar itu menyediakan makanan seperti nasi lemak, laksa, nasi ayam serta aneka kuih.

Baru-baru ini, Syed dan isterinya turut meraih perhatian netizen selepas mereka menemui gumpalan rambut manusia di dalam laksa yang direbus untuk jualan.

Menerusi video tular itu, Syed berkata dia kecewa dengan insiden berkenaan dan mendakwa ia berkait rapat dengan hasad dengki pihak tertentu. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote shernazz 4-12-2023 09:31 AM
Kenapa depa tak puas ati
Kalau niaga elok..buat tak tau je lah..
Nak buat mcmana..
Dengki.ni mmg ada kat mana mana..
Quote pokokmeranti 4-12-2023 09:36 AM
mcm mana nak tahu itu tanah kubur?
Quote kelip2_07 4-12-2023 09:51 AM
wlpn aku xsuka cara dressing korang laki bini tp bnda2 kacau org niaga nie mmg btl..aku rs dia xbuat drama
Quote supernaturalee 4-12-2023 10:40 AM
kemain ploles mcm pakai mekap


Quote kucingitam 4-12-2023 10:43 AM
sorry, susah nak percaya
Quote Tinot7 4-12-2023 11:02 AM
Kalau tanah kubur sekalipun, ada apa2 berlaku ka?
Quote Cyempaka 4-12-2023 11:45 AM
Drama betul hidup dia laki bini. sikit pun aku x caya orang sihir. terus aku buruk sangka korang yg letak sendiri nak buat content. sedih betul hidup kena berdrama hari2.

ye ye tanah kubur. ntah tanah merah mana bungkus2 dalam kain kuning beli kat nagoya.
Quote prettyuglybabe 4-12-2023 12:03 PM
entah.. i macam lebih percaya demi content..
takat meniaga kecik-kecik macam tu pun nak dengki apa..
Quote rosewhite 4-12-2023 12:41 PM
sendiri ambil tanah tu masa lawat kubur arwah ayah dia kot
Quote Supersirap 4-12-2023 12:44 PM
Mengapa perlu ada perasaan dengki terhadap seseorang?
Quote LadyCarefree 4-12-2023 12:50 PM
Lakonan kayu. Tak menjadi.
Quote glump 4-12-2023 03:44 PM
Ramai pulak katanya org gigih nk dengki pasangan nie..apa lah depa dapat
Quote B40tastePosh 4-12-2023 09:46 PM
shernazz replied at 4-12-2023 09:31 AM
Kenapa depa tak puas ati
Kalau niaga elok..buat tak tau je lah..
Nak buat mcmana..


Betul dengki ni kat mana mana ada....

Tapi punca dengki mostly dari orang yang pemalas...hujung² tak maju juga diri...yg kena ubah tu diri sendiri dulu
Quote shernazz 4-12-2023 09:57 PM
B40tastePosh replied at 4-12-2023 09:46 PM
Betul dengki ni kat mana mana ada....

Tapi punca dengki mostly dari orang yang pemalas... ...

Itu lah..dah biasa di Takuk lama..
Tu yang rasa tergugat
Quote kaedahnya 5-12-2023 12:18 AM
walaupun aku tak berapa percaya benda benda macam ni, tapi orang takat menjual bubur pun hang nak dengki sampai menyihir, memang perangai ketam.
Quote I.K.A888990 6-12-2023 01:57 PM
usahawan apa dorang ni
Quote Kitty_catz 6-12-2023 03:35 PM
konten konten konten

lepas ni konten buat baju berhabis ratus2 ribu pulak.. kan nak raya nehh

acam tatawu

Lihat semua komen(17)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 08:51 AM GMT+8 , Processed in 0.050041 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top