View: 5629|Reply: 10
|
Voice Note Tular Wabak Baru, Wad Hospital Penuh Adalah Palsu – KKM
[Copy link]
|
|
PETALING JAYA –Tular rakaman nota suara (voice note) yang mendakwa berlakunya penularan wabak baharu dan katil wad hospital penuh.
Susulan itu Kementerian Kesihatan (KKM) tampil mengesahkan bahawa perkara tersebut adalah tidak benar.
Menerusi satu kenyataan, KKM turut menafikan rakaman sama yang turut mengatakan kes kematian di luar hospital atau ‘brought in dead’ (BID), semakin meningkat.
KKM menjelaskan, rakaman suara berkenaan pernah tular pada tahun 2021 dan kini diedarkan secara berleluasa menerusi aplikasi Whatsapp untuk menimbulkan keresahan awam.
“Terdapat satu rakaman ‘voice Note’ yang tular kebelakangan ini yang mendakwa kononnya katil di wad hospital telah penuh dan tidak mencukupi.
“Ia juga mengulas kadar kematian semakin meningkat dalam kes BID, serta penularan wabak baru daripada negara Afrika telah menyebabkan kematian mendadak dalam satu masa,” kata kenyataan itu.
Sehubungan itu kenyataan sama berkata, orang ramai diminta untuk tidak menyebarkan berita palsu berkenaan yang boleh menimbulkan panik dalam kalangan masyarakat.
“Sentiasa berwaspada terhadap penularan wabak Covid-19 yang masih kekal di sekeliling kita. Pastikan anda mengambil langkah pencegahan kesihatan awam dengan sentiasa mengamalkan 3W, elak 3S dan lakukan ujian Covid-19 jika bergejala.
“Dapatkan vaksin Covid-19 termasuk dos penggalak, serta rawatan awal dan antiviral Paxlovid sekiranya positif Covid-19,” kata kenyataan itu. – CARI
Sumber: Kosmo |
|
|
|
|
|
|
|
start batuk2 demam selsema dh.. musim kot
apa2 pun pi tpt ramai org better pakai mask |
|
|
|
|
|
|
|
Kat china minggu lepas dah start kena virus selsema ke apa jangkit kat budak2.. tatau nama virus tapi spital penuh yach.. nanti kata iols bawak berita pelesu lak khuenz sedangkan iols tgk news sajork |
|
|
|
|
|
|
|
Tora datang lagiiiiii...
Xjadi kambuih kot nohh air suci expired 10x over |
|
|
|
|
|
|
|
Sambung lagik.. kat Korea pun dah disuruh pakai mask balik ya.. |
|
|
|
|
|
|
|
So kena start pakai mask balik ke dak ni? |
|
|
|
|
|
|
|
Pakai jer mask tu. Sekarang tengah musim demam dan batuk.
|
|
|
|
|
|
|
|
Mintak gomen tangkap dan siarkan muka penyebar berita pelesu nih.
Mendatangkan kegusaran dan kegelisahan awam. |
|
|
|
|
|
|
|
staff meols berganti2 sakit nya neh dr nov ritu tapi masuk minggu lepas makin ramai almost everday ada yg mc
yg +ve covid ada
yg -ve tapi simptom mcm covid ada
ofc management rumah meols pun hari ni email ke resident, 3 org staff ofc down kena cubidddd |
|
|
|
|
|
|
|
banyak sakit sendi...flu like simptoms. |
|
|
|
|
|
|
| |
|