CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ramli MS Selamba Take Over Sesi Live Alyah, Dedah Tiada Akaun Tiktok – "Entah Siapa-Siapa, Fake Account Tu!"

1-12-2023 02:59 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 14979| Komen: 15

Datuk Ramli MS menegaskan bahawa dirinya tiada sebarang akaun TikTok.

Perkara itu telah didedahkan oleh Ramli MS atau Tok Ram ketika mengambil alih sesi live isterinya, Datin Alyah di platform tersebut.


Dalam perkongsian tersebut, Alyah pada awalnya memaklumkan ramai yang mengikuti sesi live berikut gara-gara kehadiran suaminya itu.



Menyedari perkara itu, pemuzik tersebut terus mengambil kesempatan untuk meuar-uarkan bahawa kebanyakan akaun TikTok yang menggunakan namanya adalah palsu.

“Saya tak pernah ada TikTok tau. Yang ada dalam tu semua entah siapa-siapa. Saya tak ada TikTok. Kau orang jangan percaya, keluar daripada fake account tu,” katanya.

Taat mendengar penjelasan suaminya itu, Alyah sempat mengusik Ramli MS untuk membuat pengumuman lebih lanjut berkenaan isu tersebut.

“Assalamualaikum, semua orang kampung. Tok Ram nak bagitahu yang TikTok yang ada akaun tu bukan dia punya. Dia tak tahu apa-apa,” usiknya.




Segan dengan usikan pelantun lagu Jutaan Purnama, Ramli MS terus berlalu pergi namun dipanggil semula kerana semakin ramai yang menonton sesi live pasangan itu.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengikut Alyah meluahkan rasa terhibur melihat gelagatnya bersama Ramli MS. -CARI

Sumber: XTRA

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alesandra 1-12-2023 03:02 PM
Dulu kan tinyah ni penah ada anak angkat budak lelaki.tokram rajin layan bdk tu.mana pegi bdk tu ye?
Quote zuriey 1-12-2023 03:14 PM
Yelah tin yah hadap je la laki berkedut ko tu
Quote jihyomelly 1-12-2023 03:29 PM
alesandra replied at 1-12-2023 03:02 PM
Dulu kan tinyah ni penah ada anak angkat budak lelaki.tokram rajin layan bdk tu.mana pegi bdk tu ye?

ada je lagi anak kakak ke sepupu dia dak akil tu..merata dia bawak blk singapore…last few days tinyah update diorg pegi makan naik viva anak sedara skali dgn dak akil
Quote alesandra 1-12-2023 04:38 PM
jihyomelly replied at 1-12-2023 03:29 PM
ada je lagi anak kakak ke sepupu dia dak akil tu..merata dia bawak blk singapore…last few days ti ...

Owh yeke.haa  baru ingat..akil nama bdk tu.cute je deyols layan kerenah akil
Quote Abang_pinky 2-12-2023 09:59 PM
alesandra replied at 1-12-2023 03:02 PM
Dulu kan tinyah ni penah ada anak angkat budak lelaki.tokram rajin layan bdk tu.mana pegi bdk tu ye?

Tu bukan anak angkat dia… tu anak saudara alyah
Quote noor2 2-12-2023 10:10 PM
Kuat sungguh filter tiktok .....
Quote kucingitam 4-12-2023 12:55 PM
comel je dorang ni..apsal korang x suka dia eh..biasa je aku rasa..
Quote dewi_rina 4-12-2023 02:32 PM
Try hard sangat datin nak tunjuk bahagia
Quote flipolivio 4-12-2023 05:37 PM
kucingitam replied at 4-12-2023 12:55 PM
comel je dorang ni..apsal korang x suka dia eh..biasa je aku rasa..

Iols pn rasa theyols ok je..
Quote Nurul8001 5-12-2023 08:52 PM
kucingitam replied at 4-12-2023 12:55 PM
comel je dorang ni..apsal korang x suka dia eh..biasa je aku rasa..

Orang porem ni memang acah2 kengkadang.
Kerja asyik nak kutuk je.
Hati busuk tak dapat tutup
Saya sebagai org porem pun pernah terpengaruh.
Sekarang saya dah insof

Alyah bukan amik laki orang.
Takde benda nak kutuk pun.
Dia menunjuk bahagia, ater bior le ke dia, rumahtangga org lain pun sama, ada masa bahagia, ada masa derita.
Quote marchikobonzo 6-12-2023 09:11 AM
Apasal tinyah insecure bila filter p kat tok ram yek? Dia cantik dah..
Quote Nenasketum 6-12-2023 11:51 PM
Atok & cucu kawen, geli ok
Quote senduhazab 6-12-2023 11:56 PM
Takdelah atok & cucu pun. Bukannya muda sgt Alyah ni. Padan je la diorang berdua ni... doakan yang baik2 udah ler... yang buat hal, baru kita kondem kaw2
Quote Burong_Hantuk 7-12-2023 07:59 AM
muka si tok ram nih mcm azlee senario versi kurus
Quote MistrezHermanaz 7-12-2023 08:56 AM
mcm x syok pulak dlm rumah ada org lain sekali..kdg tgk alyah buat live ada je sapa2 kt situ..mcm dato alif syukri tu, tgh2 mlm lak tu

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:23 PM GMT+8 , Processed in 0.130462 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top