Seorang pelajar perempuan yang menjalani praktikal di sebuah syarikat mengakui terlanjur dengan seorang senior ketika mereka bekerja sehingga lewat malam. "Pernah terlanjur dengan senior yang juga eksekutif saya waktu intern. Pada pandangan semua orang, dia adalah lelaki sangat baik, selalu ke masjid berjemaah.
"Dia selalu post tentang agama, dekat tempat kerja pendiam, tak rapat dengan perempuan. Senang cerita memang tak dengar apa-apa benda buruk tentang dia. Semuanya baik saja. "Satu malam ada diskusi tentang pembentangan esok, waktu itulah bermulanya terlanjur," dedahnya di laman X. Apa yang mengecewakan gadis itu, dia mendakwa pemuda tersebut mula berubah sikap selepas mereka berdua menjalinkan hubungan terlarang. Lebih mengejutkan, pemuda tersebut turut mengaku bahawa dia sebenarnya lebih meminati rakan kepada gadis itu. "Lepas dia dah dapat apa yang dia nak, dia mengakui dia sebenarnya sukakan kawan saya. Dia cakap dia hanya nak fun dengan saya dan kami berdua ada dua tujuan berbeza.
"Saya dah serahkan segalanya pada dia dan sekarang dia layan saya dingin. Saya jumpa akaun Twitter dia, 99.99 peratus following dia adalah akaun dark side (DS). "Dia ada beritahu yang dia nak kahwin tahun depan. Hati saya tak boleh nak terima hakikat sebab awalnya dia bagi harapan setinggi Gunung Everest tapi akhirnya dia leburkan segalanya macam besi cair," luah gadis itu lagi. Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen memberi nasihat kepada gadis itu agar menjaga maruah dan melupakan dosa yang telah dilakukannya. Pada masa yang sama, beberapa netizen turut menyelar sikap segelintir lelaki miang yang gemar berselindung di sebalik imej agama serta bersikap pendiam di hadapan khalayak. "Dari awal aku baca pun laki ni selalu pergi masjid, post pasal agama aku dah tak percaya. Lelaki jenis pendiam macam ni sebenarnya imposter. "Jantan macam ni bahaya. Diam-diam di luar tapi dalam macam la**nat. Berhati-hati, dia pakai topeng je untuk nampak baik. "Move on la dik. Jangan rosakkan hidup melayan kehendak hati. "Lain kali jangan mudah sangat percaya kat lelaki," pesan beberapa pelayar X buat gadis itu. -CARI Sumber: mStar
|
dua_chzy replied at 1-12-2023 03:57 PM
Pompuan ni tak faham maksud ons? Fubu? Fwb? Aiyoh.
manehnya replied at 1-12-2023 03:32 PM
senangnye dek, tak takut penyakit kew... wlaupun dpt pleasure
kucingitam replied at 1-12-2023 08:29 AM
jgnkan pompuan tu..aku pun tak tau...apa maksudnya uols?