Ipoh: Seorang bapa mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan mengabaikan empat anaknya, November lalu. Tertuduh, 33, menggangguk dan membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Berdasarkan pertuduhan, lelaki itu dituduh melakukan pengabaian terhadap tiga orang anak lelakinya masing-masing berumur 11 tahun, tiga tahun dan 10 bulan serta seorang lagi anak perempuan berumur enam tahun pada 10.44 pagi di hadapan Kompleks Pejabat dan Kuarters Kerajaan di Kampung Gajah, 23 November lalu. Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 33(a) Akta Kanak- Kanak 2001 dan boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara maksimum lima tahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. Tertuduh juga berdepan hukuman mengikut subseksyen akta sama yang boleh dikenakan hukuman melaksanakan khidmat masyarakat minimum 36 jam dan maksimum 240 jam secara agregat.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Evangelin Simon Silvaraj manakala tertuduh tidak diwakili peguam. Mahkamah kemudian menetapkan 6 Februari tahun hadapan sebagai sebutan semula kes sementara lantikan peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK). Terdahulu, media melaporkan empat beradik ditinggalkan di Kompleks Pentadbiran Perak Tengah, Kampung Gajah, 23 Oktober lalu. -CARI Sumber: Harian Metro
|
kucingitam replied at 1-12-2023 12:21 PM
kata ritu nenek yang hantar..kenapa tak dakwa nenek sekali..?
kucingitam: kata ritu nenek yang hantar..k ...
delia3003 replied at 1-12-2023 01:13 PM
takde pulak report nenek yang hantar. Kenapa nak disalahkan nenek ni, parents budak2 ada lagi, tang ...
Belibis replied at 1-12-2023 01:50 PM
Bukan tanggungjawab nenek jaga cucu..bapaknya idup lagi..
kucingitam replied at 1-12-2023 12:21 PM
kata ritu nenek yang hantar..kenapa tak dakwa nenek sekali..?
kucingitam replied at 1-12-2023 12:21 PM
kata ritu nenek yang hantar..kenapa tak dakwa nenek sekali..?
jazaa100 replied at 1-12-2023 02:54 PM
Nenek yg bela.....bapak dia amik kata nk jaga....
Pastu pi bg kat pompuan suruh letak kat pondok p ...
kucingitam replied at 1-12-2023 01:52 PM
ada kat thread sebelum ni, nenek tinggalkan budak2 ni kat pondok pengawal. masa tu semua org tanya ...
chandrahusin: Tangkap semua bapak2 yg tak re ...
kucingitam replied at 1-12-2023 12:21 PM
kata ritu nenek yang hantar..kenapa tak dakwa nenek sekali..?
jazaa100 replied at 1-12-2023 02:57 PM
Apa perasaan ank yg sulung tu ek.....
Dia mnyaksikn bapak dia tolak dorang kiri kanan mcm bola.....
...
ADVERTISEMENT