Isu poligami yang sedang hangat kini turut mendapat perhatian penceramah bebas, Datuk Dr Norhafizah Musa. Di Tiktok, beliau memberi pandangan berhubung kenyataan yang sering diberikan oleh kaum lelaki berkenaan zina dan poligami.
"Ini pandangan peribadi ustazah, ustazah kerap mendengar ada suami dan kadang-kadang ada juga ustaz yang menyebut kepada isteri mereka ‘kamu nak saya berzina ke atau kamu nak saya kahwin lain?’ Kesal dengan kenyataan yang berbaur ugutan itu, Ustazah Norhafizah tampil menjelaskan tentang perbezaan zina dan poligami dengan mengambil pengajaran daripada Nabi SAW. "Wahai para suami, saat kamu desak atau kamu ugut isteri kamu..isteri kalian ada bukan? Kenapa nak kata zina? "Nabi SAW sebut kepada para suami, kalau kamu nampak dekat luar sana ada perempuan-perempuan yang mungkin tiba-tiba menaikkan syahwat kamu, datang keinginan kamu..pergi balik dan datangi isteri kamu. Isteri kamu ada apa yang perempuan itu ada.
"Kalau berzina tuan-tuanlah yang menanggung dosanya jadi tolonglah bagilah pilihan yang lebih adil. Carilah apa yang istimewa pada isteri kita. Soal kahwin lain itu tak mengapa tapi bukanlah zina. Tak boleh samakan kahwin lain dengan berzina." Beliau juga sempat menitipkan nasihat kepada kaum adam supaya menjaga tutur kata dan tingkah laku masing-masing walaupun sudah memasang niat untuk bernikah lagi. "Jagalah taqwa kita, jagalah diri kita. Bayangkan anak lelaki kita cakap macam tu mesti kena penampar. "Nak kahwin pun kena tengok juga, mampu atau tidak? Jangan sewenang-wenang kata macam itu." Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet bersetuju dengan pendapat Ustazah Norhafizah selain berharap agar perkahwinan yang dibina tidaklah semata-mata bersandarkan kepada nafsu. -CARI
|
Decaffeinated replied at 1-12-2023 12:32 PM
sila berzina.
lepas tu nak aku tolong rejam pun boleh.
Nurul8001 replied at 1-12-2023 08:14 PM
Kenapalah nak kaitkan zina dgn kena kahwin. Kena kahwin? Bukan tentang poligami je. Kahwin masa umur ...
Nurul8001 replied at 1-12-2023 08:14 PM
Kenapalah nak kaitkan zina dgn kena kahwin. Kena kahwin? Bukan tentang poligami je. Kahwin masa umur ...
myakayina replied at 1-12-2023 02:40 PM
malang betul sapa dpt laki yg mentaliti 3rd class yg utamakan kepala kotey mcm ni..
ADVERTISEMENT