CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Pecah Dominasi Siti Nurhaliza, Masdo Ungguli Carta Spotify

1-12-2023 11:47 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 24210| Komen: 60

Kugiran Masdo menamatkan dominasi tiga tahun Datuk Seri Siti Nurhaliza apabila menerima jumlah penstriman paling tinggi di aplikasi Spotify untuk 2023.

Masdo menerima jumlah penstriman 60.3 juta menewaskan penyanyi nombor satu negara itu yang mendapat 54.2 penstriman sepanjang tahun.


Masing-masing berjaya merekodkan 6.3 juta pendengar dengan Siti Nurhaliza merentasi 173 negara menerusi ratusan lagu yang malar segar.

Foto: IG

Penyanyi Jerat Percintaan itu sebelum ini kekal jaya dengan rekod jumlah penstriman paling tinggi bagi tahun 2017, 2018, 2020, 2021 dan 2022.


Sementara itu, kedudukan ketiga dirangkul Luqman Podolski, keempat Sufian Suhaimi dan Insomniacks di tempat kelima.




Secara global, Masdo berjaya menempatkan diri dalam carta 30 artis menerima jumlah penstriman tertinggi manakala Siti Nurhaliza menduduki tempat ke-50.-CARI

Sumber: Utusan

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote freyayong 1-12-2023 11:49 AM
ramai eh dgr masdo. hebat.
Quote stingergrumpy 1-12-2023 11:54 AM
Korang tunggu ler...pazzpizzpuzz duet dgn melly akan datang nanti....

Carta papan atas utk berminggu minggu....
Quote stingergrumpy 1-12-2023 11:55 AM
Pasni  ctcaras nak ngendeng ler duet ngan masdor...?

Kerja menenpel je...sejak dari fasa nak berlaki lagi...

Ooopppssss


Kahkahkahkahkahkahkah
Quote ketupatnasi 1-12-2023 11:58 AM
yeay!! tibehhhh!

padahal bukan fans dedua pun. tapi macam dah lama nau acik siti neh. tiada yang mustahil orang muda!!

masdo ok tapi telinga acik ni pop yeh yeh n rock dia mcm tak cukup soul - rockers tegar 80-an
Quote ardy 1-12-2023 12:00 PM
2019 pun Siti tak no 1. Kalah dengan K-Clique dgn FT. 2020-2022 dia still no 1 balik. Takde isu pun. Yang penting masih Top 3. Hahaha...
Quote mamajawie 1-12-2023 12:01 PM
lagu masdo i minat walaupun lahir tahun 1993 tapi sedap dengar lagi2 dia duet dgan aisyah aziz tu
Quote wadiunong 1-12-2023 12:03 PM
ada lg ke yg dgr spotify ni?
Quote _blackbird 1-12-2023 12:51 PM
Best ke spotify ni?
Quote kitaserupaaa 1-12-2023 01:00 PM
Luqman podolski (betul ke ejaan aku ni) tu apa lagu dia yg famous? Tokti banyak koleksi lagu, so jumlah strim tu boleh cecah kuantiti yg tinggi. Aku rasa strim lagu tokti paling tinggi bila masuk bulan posa & raya
Quote I.K.A888990 1-12-2023 01:59 PM
lagu masdo ni byk jgk yg best
boleh layan nak2 lagi lagu duet dgn aisyah aziz tu
Quote oklatu85 1-12-2023 02:05 PM
Lagu dengan aishah Aziz best.. terngiang2..okay easy, fun and simple je lagu masdo ni.. blh la layan time2 stress
Quote KakZianaZain 1-12-2023 02:11 PM
wadiunong replied at 1-12-2023 12:03 PM
ada lg ke yg dgr spotify ni?

Aku mmg dgr Spotify. Tak dgr radio
Quote GegarVaganja 1-12-2023 02:13 PM
Aik. Mana Artis yang bakalan exhibit 200 baju yang tak basuh itu?

Quote alesandra 1-12-2023 02:50 PM
Spotify wrapped aku antara top 5 artist christina aguilera telah memberi sepatah dua kata... aku rasa dihargai sgt.ct sblm neh adooo????
Quote alin33 1-12-2023 02:53 PM
Edited by alin33 at 1-12-2023 02:56 PM
freyayong replied at 1-12-2023 11:49 AM
ramai eh dgr masdo. hebat.

masdo ni budak muda minat, selalu dpt perform kt universiti

tgok performance dorang mmg best la, sempoi je...

kt spore & indonesia pun ramai fans dorang, last week baru balik jepun perform kt sana, masdo ni rilex2 je, tau2 da gi perform luar msia
Quote sleepandream 1-12-2023 03:15 PM
habistu kalau tokti je no. 1 tak dpt cari makan la penyanyi lain nanti...
iols tgk list bilangan stream artis yuna pun tinggi - berjuta compare dgn ernie, aina (top bbnu) yang 200-300k je.. dayang pun jauh kebawah dalam carta...

dari segi bilangan stream lagu pulak... lagu indon yg dominate carta macam lagu sial tu... and of coz la lagu2 viral tiktok yang duration 2 minit itohh
Quote ashilalat 1-12-2023 03:21 PM
sleepandream replied at 1-12-2023 03:15 PM
habistu kalau tokti je no. 1 tak dpt cari makan la penyanyi lain nanti...
iols tgk list bilangan str ...

Mana senarai penuhnya? Tepek la sini
Quote sleepandream 1-12-2023 03:35 PM
ashilalat replied at 1-12-2023 03:21 PM
Mana senarai penuhnya? Tepek la sini

full list iols tengok dekat spotify iols... utk top 5 nahhh

Quote dolladolla 1-12-2023 04:14 PM
Tahniah kepada 50 artis yg mendunia di Spotify Malaysia! Terus berkarya dan cipta lagi lagu yang hebat2..

Lihat semua komen(60)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-9-2024 12:15 AM GMT+8 , Processed in 0.049581 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top