CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rider Berang Amoi Pesan Udang RM77 Tapi Tak Muncul-Muncul, Rupanya Memang Lokasi Panas Scam Order

1-12-2023 11:24 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 21890| Komen: 37

Seorang rider berang apabila pelanggan yang membuat pesanan tidak muncul di lokasi yang ditetapkan.

Menurutnya, pelanggan yang tidak bertanggungjawab itu membuat pesanan makanan mencecah harga RM77.


Dia meluahkan kemarahannya di luar bangunan kediaman residensi di Kuala Lumpur.




“Aku dah la nak pakai duit, memang si*l lah. Aku kena scam order.

“Kalau korang dapat order di sini, korang janganlah ambil. Mana-mana geng rider tu jangan hantar sini, semua scam order kat sini,” luahnya dalam video yang tular di media sosial.

Menurutnya pelanggan terbabit merupakan seorang perempuan,dipercayai masih muda.

“Order tak nak kalah dia. Udang harimau masak apa entah kat kedai Cina tu. Kalau KFC ke sedap juga saya bedal makan.

“Saya ‘koyak’ sebab dapat call dia tadi, siap bagi gambar amoi (panggilan kepada gadis Cina) lagi,” katanya dengan nada kesal.


Namun dia akur, kejadian ditipu dan kena sidai (dibiar menunggu lama) merupakan sebahagian daripada dugaan yang terpaksa dihadapinya ketika mencari rezeki sebagai penghantar makanan.

Pada masa sama, dia bertegas dan menasihati penghantar makanan lain agar tidak terjerat dengan penipuan wanita berkenaan yang membuat pesanan dari kediaman bertingkat itu.

Lebih mengejutkan, pemuda itu dimaklumkan bahawa bukan dia seorang sahaja yang teraniaya apabila terdapat banyak makanan yang tidak dituntut pelanggan.

“Hati-hati geng rider, scam order kat situ. Jangan ambil order kalau dapat sini. Aku kena scam cash RM77. Orang tu dari pagi scam, order penuh makanan scam kat atas meja guard dia buat,” katanya lagi.

Di ruangan komen, rata-rata netizen turut bersimpati dengan penghantar makanan tersebut dan mengutuk sikap tidak berhati perut pelanggan kerana menyusahkan orang yang mencari rezeki.

“Tadi pun sama juga ada rider hantar sini. Pelanggan tu tak turun, kasihan kat abang tu.

“Zalimnya manusia scam order ni. Tak sanggup la aku buat orang lain macam tu. Apa kau dapat jadi zalim macam tu?

“Kasihan abang ni. Ya Allah, semoga rezeki abang esok bertambah 100 kali ganda.

“Sebab tu tak setuju untuk order cash ni dan biar semua bayar online. Nak scam ke apa rider selamat,” demikian antara komen netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote jari10 1-12-2023 11:55 AM
Kalau order cash camni rider kena advance duit sendiri dulu ya? Sorry aku tanya sbb x biasa mode COD ni
Quote Marylis 1-12-2023 12:03 PM
tak pun amoi tu nak mkn free sbb dia order dr kedai non halal... rider melayu takkan nak mkn mesti dia bg pak guard Nepal kan... lepas rider tu pergi dia turun g amik makanan dia kat pak guard...
Quote Skuau 1-12-2023 12:11 PM
"kita talak tipu maaaa....kita PANDAI meniaga"-Amoi Lor
Quote yururi 1-12-2023 12:15 PM
tah2 tuan kedai tu sendiri yg scam
Quote kitaserupaaa 1-12-2023 12:23 PM
Utk order yg bayar cash ni, rider ke yg kene dahulukan duit? Better buang je option cash payment ni. Kalau bayar dulu, at least service provider boleh refund balik kalau makanan tak sampai.
Quote Decaffeinated 1-12-2023 12:23 PM
rider jgn amik lah job COD ni. Boleh kan? soalan serius tu.
Quote _blackbird 1-12-2023 12:25 PM
Setau aku cod ni skali je buat taik, terus kena banned. Mcm grab ke foodpandan tu akan disable option cod utk acc org tu. Ni dia order pakai app apa ni boleh order cod berkali2
Quote SalenaGomez 1-12-2023 12:41 PM
yururi replied at 1-12-2023 12:15 PM
tah2 tuan kedai tu sendiri yg scam

Baru nak cakap benda yg sama… actually unfair biz mcm ni. Kenapa nak ada cod utk makanan. Patut nya payment guna debit or credit card terus. Kesian rider, upah skit je, nak cover duit kena scam, pastu nak makan pon x boleh …rugi camtu je

Semoga yg aniaya org ni dapat balasan nanti
Quote doubleharmonic 1-12-2023 01:16 PM
cemana amoi tu boleh scam sampai penuh makanan kat meja guard? dah kalau cod mestilah kena bayar masa serah makanan? so kalau tak bayar tak dapat lah makanan tu? ke rider letak jah makanan tanpa amik duit cod?
Quote Belibis 1-12-2023 02:02 PM
Skuau: "kita talak tipu maaaa....kita ...

Jangan bro.nanti cina acah melayu porum meroyan..dia pantang kalau sentuh kaum dia.
Quote Triple_8 1-12-2023 02:11 PM
Belibis replied at 1-12-2023 02:02 PM
Jangan bro.nanti cina acah melayu porum meroyan..dia pantang kalau sentuh kaum dia.

Mereka salahkan rider pula kerana ambil cod dengan penipu itu, macamlah rider itu boleh tahu siapa bakal menipunya pada hari itu.
Quote Themilo 1-12-2023 02:17 PM
kitaserupaaa replied at 1-12-2023 04:23 AM
Utk order yg bayar cash ni, rider ke yg kene dahulukan duit? Better buang je option cash payment ni. ...

happens pada ride Uber dulu. Uber memang tak ambik cash, payment by card sahaja. Grab masuk market, introduce cash payment. Padan muka kat Grab, dia yang wujudkan cash payment, dia balik kena scam. Dari ride, sampai la ke delivery.

Quote LadyCarefree 2-12-2023 12:27 AM
yururi replied at 1-12-2023 11:15 AM
tah2 tuan kedai tu sendiri yg scam

plot twist yg possible
Quote gigahertz 3-12-2023 01:08 PM
yururi: tah2 tuan kedai tu sendiri yg scam

sales kedai tak bagus. upah orang lain order dari tempat lain
tuan kedai tau rider akan pakai duit sendiri.
Quote wirazam 3-12-2023 03:07 PM
SalenaGomez replied at 1-12-2023 12:41 PM
Baru nak cakap benda yg sama… actually unfair biz mcm ni. Kenapa nak ada cod utk makanan. Patut n ...

Kann..zmn nak mask 2024 dah kot
Quote shernazz 3-12-2023 03:18 PM
Cina yang Sama ke?
Yang order.pastu.soh rider letak makanan
Then dia turun.amek.diam.diam


Quote SalenaGomez 3-12-2023 03:46 PM
shernazz replied at 3-12-2023 03:18 PM
Cina yang Sama ke?
Yang order.pastu.soh rider letak makanan
Then dia turun.amek.diam.diam

Ye le kot, bukan kira halal haram. Yg penting untung je
Quote SalenaGomez 3-12-2023 03:50 PM
wirazam replied at 3-12-2023 03:07 PM
Kann..zmn nak mask 2024 dah kot

Patut rider2 ni bersatu komplen kat KDN utk fight rights diorg. Dah hantar makanan, pastu kena cover makanan org pulak. Dah laa ramai rider ni melayu. Grab FP sume ni kena ubah. No morr cod. Eiii geram. Makan nak, bayar x nak. Dah lah menipu org
Quote Perwira2022 3-12-2023 04:01 PM
Penipu betul citer ni.

Bangsa Cina mana pernah menipu!! Ni bangsa paling jujur dan berintegriti tau tak?!

Lihat semua komen(37)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:34 PM GMT+8 , Processed in 0.066568 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top