Tanjong Karang: Seorang wanita berusia 19 tahun menjadi mangsa kerakusan bapa angkatnya di perumahan Sungai Tengi Kanan. Dia dirogol dua minggu berturut-turut tanpa belas kasihan dalam bilik sendiri.
Perbuatan terkutuk itu terbongkar selepas ibu mangsa berusia 41 tahun mengambil mangsa dan membawanya ke balai polis. Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa berkata, kali terakhir mangsa dirogol suspek berusia 43 tahun adalah pada 1 pagi, 27 Mac lalu. "Bapa angkat wanita itu masuk ke bilik mangsa lalu merogolnya. Perkara ini berlaku dua minggu berturut-turut sejak mangsa duduk dengan suspek. "Mangsa kemudian dihantar ke Hospital Sungai Buloh dan pemeriksaan mengesahkan dia dirogol," katanya dalam satu kenyataan, malam tadi. Ramli berkata, selepas kejadian, suspek dilaporkan menghilangkan diri. Bagaimanapun, lelaki itu berjaya ditahan di daerah Seri Alam, Johor pada 26 November lalu.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 376(B) Kanun Keseksaan," katanya. -CARI Sumber: Harian Metro
|
ezacbee: Budak ni ingat bapak angkat ni ...
dua_chzy replied at 2-12-2023 02:07 PM
Aku ghasa fishy la pulak. Mana la tau plot twist, bapak angkat tu yang mangsa.
green~tea replied at 2-12-2023 06:22 AM
Rasa cam suka sama suka tp dah kantoi
ADVERTISEMENT