CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Hrithik Roshan Ligat Menari Di Stesen Minyak NKVE?

30-11-2023 07:35 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 31426| Komen: 38

PETALING JAYA – Tular video seorang lelaki warga asing ligat menari persis pelakon terkenal Bollywood, Hrithik Roshan, di sebuah stesen minyak di Lebuh Raya Lembah Klang Baru (NKVE), baru-baru ini.


Lelaki berkenaan dilihat berjaya menampilkan koreografi sama seperti Hrithik ketika menari mengikut rentak lagu bertajuk ‘You Are My Soniya’ yang popular menerusi filem ‘Kabhi Khushi Kabhie Gham’.


Menerusi perkongsian akaun TikTok Petron NKVE KL Bound di bahagian komen, lelaki yang bekerja di stesen minyak berkenaan dikenali sebagai Ahmad.

Rata-rata netizen teruja dan tidak henti-henti memuji bakat Ahmad yang dipercayai berwarganegara Bangladesh itu.



“Masalahnya langkahnya betul, best!,” komen Markonah.


“Alamak, ada Hrithik Roshan!,” kata Cikna.

“Jarang aku tengok ulang-ulang, tapi ni memang lancar tarian dia,” puji Hamiza Ghazali.

Dalam masa sama, ada juga yang meramalkan keuntungan stesen minyak berkenaan bakal meningkat susulan strategi pemasaran berkesan.

“Petron NKVE KL Bound jualan mencanak naik lepas ni,” ramal seorang pengguna.

“Petron dah lagi laju ke depan pemasaran dia,” ujar Sheha. –CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote acik79 30-11-2023 08:25 PM
Ntah bangla mana nak diglamerkan… org Malaysia mudah terhibur
Quote nolya 30-11-2023 08:28 PM
Bangla ni pun dah blj dgn orang M'sia buat konten dan cari publisiti murahan.
Quote SalenaGomez 30-11-2023 08:40 PM
SG x boleh lupa jenjalan kat taman KLCC , boleh pulak gang bangla ni ambil gambar posing gaya tgh jawab fon. Mmg photoshoot sungguh sebab berjam2 photoshoot nya
Quote joexm 30-11-2023 11:02 PM
celah mana Hrithik? .. pernah tengok gambar Hrithik? ..aduh !!
Quote Decaffeinated 30-11-2023 11:50 PM
Melayu dengan Bollywood, benci tapi rindu. Kena joget2 sikit terus lupa pasal Palestine padahal yang berjoget tu bangla.

Bodoh.
Quote AyeL87 1-12-2023 02:42 AM
gigih betoi
Quote brego 1-12-2023 03:14 AM
Edited by brego at 1-12-2023 03:20 AM
Decaffeinated replied at 30-11-2023 11:50 PM
Melayu dengan Bollywood, benci tapi rindu. Kena joget2 sikit terus lupa pasal Palestine padahal yang ...

kau tu yang bangang
meroyan sorang2 pikir macam2 sambil label orang sana sini

marah betol kau dengan melayu yer
tiap kali komen jer kritik/kutok melayu, in general

apa kata kau berambus pindah dudok negara lain yg takde orang melayu
aman sikit hidup kau
meroyan hari2 mau sakit mental kena makan obat


Quote zuuu 1-12-2023 04:45 AM
Aq bsangka baik,dia penat keja jadi menari jap untuk release stress
Quote Tinot7 1-12-2023 05:41 AM
Bideo asal hrithik nari2 mana?
Quote imransulaiman 1-12-2023 08:01 AM
Lepas tu nanti buat video perlekehkan rakyat warga dia label pemalas nak menari, semua pakat mengamuk.. Hmmmmmmmmm
Quote otai_g 1-12-2023 08:23 AM
1 lg video bbnu yg kat petron nkve tu. Agak viral. Aku rs perempuan2 dlm tu semua mcm control ayu super fake. Paham tujuan promosi, tp promosi tu terlalu cheapo x natural.
Quote Decaffeinated 1-12-2023 09:11 AM
brego replied at 1-12-2023 03:14 AM
kau tu yang bangang
meroyan sorang2 pikir macam2 sambil label orang sana sini


Ini bukan koyak lagi ni...
Quote kalchi 1-12-2023 09:17 AM
Decaffeinated replied at 30-11-2023 11:50 PM
Melayu dengan Bollywood, benci tapi rindu. Kena joget2 sikit terus lupa pasal Palestine padahal yang ...

Kt fb n ig pun da bekurang org sharing2 psl Palestine, tak mcm ritu. I nk gelakkan je sbb golongan ni jugak yg suka judge2 org lain yg takmau upload apa2.
Quote supernaturalee 1-12-2023 09:21 AM
SalenaGomez replied at 30-11-2023 08:40 PM
SG x boleh lupa jenjalan kat taman KLCC , boleh pulak gang bangla ni ambil gambar posing gaya tgh ja ...

kt genting highland pun cenggitu la gayanya
sanggup naik turun eskalator yg xde org semata2 nk shot die sorg

Quote Decaffeinated 1-12-2023 11:19 AM
kalchi replied at 1-12-2023 09:17 AM
Kt fb n ig pun da bekurang org sharing2 psl Palestine, tak mcm ritu. I nk gelakkan je sbb golongan ...

Why am I not surprised. Masak sangat dah perangai geng2 caprut munafik ni.

Quote gideoncross 3-12-2023 04:55 PM
SalenaGomez replied at 30-11-2023 08:40 PM
SG x boleh lupa jenjalan kat taman KLCC , boleh pulak gang bangla ni ambil gambar posing gaya tgh ja ...

Dorg klau posing, klau trnmpk mmg trpksa tahan ktawa
Quote gideoncross 3-12-2023 04:59 PM
kalchi replied at 1-12-2023 09:17 AM
Kt fb n ig pun da bekurang org sharing2 psl Palestine, tak mcm ritu. I nk gelakkan je sbb golongan ...

Aman dah iol tngok kurang psl org share balik2 psl Israel-Palestine, klau hri tu, semak tngok. Bnyk yg trpaling
Quote gideoncross 3-12-2023 05:00 PM
Decaffeinated replied at 1-12-2023 11:19 AM
Why am I not surprised. Masak sangat dah perangai geng2 caprut munafik ni.

Boikot brmusim, ni dh ceasefire ktanya antara Israel-Palestine
Quote gideoncross 3-12-2023 05:01 PM
acik79 replied at 30-11-2023 08:25 PM
Ntah bangla mana nak diglamerkan… org Malaysia mudah terhibur

Sat lgi ada lah mna2 Malays yg jumpa abangla ni pstu acah2 prihatin lol

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 10:38 PM GMT+8 , Processed in 0.103867 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top