Lima pekerja asing yang terbabit dalam runtuhan tapak pembinaan di Batu Maung, dekat Bayan Lepas, Pulau Pinang pada Selasa malam tidak mempunyai rekod caruman dan pendaftaran dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso).
Menurut Menteri Sumber Manusia, V Sivakumar, Perkeso akan mengambil tindakan perundangan terhadap majikan yang bertanggungjawab menggaji pekerja asing di tapak projek pembinaan gudang logistik itu. Kegagalan majikan mendaftar dan membayar caruman pekerja asing itu jelas melanggar Seksyen 6, Akta Keselamatan Sosial Pekerja 1969 (Akta 4). “Kegagalan mendaftarkan dan mencarum pekerja asing boleh didakwa mengikut Seksyen 94, Akta 4 yang membawa hukuman denda RM10,000 atau dua tahun penjara, atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan. “Kementerian tidak akan berkompromi dengan mana-mana majikan yang culas mendaftar dan membayar caruman pekerja asing, sekali gus menafikan hak perlindungan sosial mereka,” katanya pada Jumaat.
Hasil semakan kementerian terhadap empat pekerja asing, masing-masing dua yang maut dan dua mengalami cedera parah dalam kejadian menyayat hati pada Rabu mendapati mereka mempunyai rekod pendaftaran dengan Perkeso, tetapi tiada caruman, sejak diambil bekerja antara 2020 hingga Julai 2023. Bagaimanapun, seorang lagi pekerja asing yang maut tidak mempunyai rekod pendaftaran dan caruman dengan agensi itu. Sebagai makluman, semua pekerja asing, termasuk yang berkhidmat sebagai buruh di sektor pembinaan diwajibkan untuk mendaftar dan mencarum dengan Perkeso, berkuat kuasa sepenuhnya 1 Januari 2020. Perkeso juga sedang menjalankan semakan dengan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia; Pejabat Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Malaysia serta agensi berkaitan, mengenai empat lagi pekerja asing yang dilaporkan tertimbus di bawah serpihan runtuhan di lokasi kejadian. Terdahulu, media melaporkan berlakunya insiden runtuhan di tapak pembinaan bangunan gudang logistik di Batu Maung, menyebabkan beberapa pekerja tertimbus. -CARI Sumber: mStar
|
orkid_amani replied at 30-11-2023 08:51 PM
Sungguh wei..staff aii kena..depa mintak gambaq dia di lokasi accident..aja gila kawan tu terbaring ...
LadyCarefree replied at 2-12-2023 12:42 AM
aja gila tu apa?
orkid_amani replied at 2-12-2023 02:25 PM
Typo sis..kerja gila..
Perwira2022 replied at 2-12-2023 11:42 PM
Ni baru sedikit indikator tentang berleluasanya rasuah di Penang.... Ketua Menteri sekarang bergaduh ...
orkid_amani replied at 3-12-2023 07:33 AM
Banyak project mega odw nak naik la ni kat Penang Island.maassyuuukkk laaa..confirm ada manis2 kn: ...
Perwira2022 replied at 3-12-2023 10:29 AM
Terowong bilion2 pun boleh lesap kena sakau kahkahkahkahkah....
Tapi pandai berlakon suci terpali ...
ADVERTISEMENT