CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kieda Dipuji Beli Van Cash, Wakafkan Kepada Masjid "Pencapaian Terbesar Dalam Hidup Saya"

30-11-2023 12:44 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 5654| Komen: 40

Peniaga popular Nur Khalieda Yusra atau Kieda mewakafkan sebuah van jenazah untuk kegunaan masyarakat setempat.

Kieda berkata van jenazah itu diserahkan sepenuhnya kepada Masjid Al-Marbawi yang terletak di Merbau Kudung, Sungai Dua, Pulau Pinang.


Foto: IG

"Alhamdulillah guys, hari ni hari yang Kieda tunggu-tunggukan, penyerahan van jenazah wakaf HQ Kieda Crepe Penang untuk pihak Masjid Al-Marbawi yang mana masjid abah Kieda dikebumikan.

"Alhamdulillah guys di tangan Kieda ada geran. Geran ni bukan atas nama Kieda walaupun Kieda yang beli.

"Kieda serahkan segalanya ni, harta dunia ni untuk Kieda gunakan di akhirat juga, atas nama Masjid Al-Marbawi, Merbau Kudung, Sungai Dua," katanya di Instagram.



Menurut Kieda, dia tidak mengharapkan sebarang pembalasan, namun berdoa agar perjalanan perniagaannya dapat diteruskan dengan penuh keberkatan.

"Semoga dengan pemberian Kieda ni Allah akan boleh ringankan apa dosa-dosa Kieda masa dulu, masa yang akan buat ni.

"InsyaAllah Kieda wakafkan seikhlas hati dan tiada balasan apa Kieda minta, cuma moga Allah berkatilah perjalanan rezeki Kieda dan suami Kieda.

"Juga famili Kieda dan sahabat-sahabat yang mana join sekali dengan HQ Kieda Crepe Penang ni untuk kami terus dapat keredaan Allah," ujarnya lagi.



Dalam perkongsian sama, Kieda berkata van jenazah yang dibeli secara tunai itu menjadi satu pencapaian terbesar dalam hidupnya.

Lebih istimewa, Kieda berkata masjid itu merupakan masjid kesukaan arwah bapanya yang baru sahaja meninggal dunia pada Julai.

"Yang ni pencapaian yang Kieda rasa terbesar dalam hidup Kieda sebab Kieda tak pernah dapat buat benda ni.

"Dan Alhamdulillah hari ni Allah izinkan Kieda untuk dapat wakafkan sebiji van cash kepada pihak masjid. Masjid yang arwah abah sayang pula tu. Alhamdulillah," katanya lagi.



Menjengah ke ruangan komen, ramai netizen turut menitipkan ucapan tahniah atas pencapaian Kieda meskipun namanya kerap dihimpit kontroversi sebelum ini.

Malah, netizen juga berharap apa yang dilakukan Kieda dapat menjadi contoh buat peniaga tempatan yang lain untuk terus berbakti kepada masyarakat.



"Alhamdulillah syukur dengan izinnya. Tahniah Kieda.

"Antara niat saya juga bila nanti diberikan rezeki lebih macam Kieda. Alhamdulilah tahniah Kieda.

"Alhamdulillah. Semoga Allah permudahkan setiap urusan Kieda sekeluarga dunia akhirat," ujar beberapa netizen. -CARI

Sumber: mStar

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Cyempaka 30-11-2023 01:29 PM
Ya semua jadikan content. Baru orang tahu kalau tidak orang tak tahu. Gigih posing sedih2 kat kubur. Aku bayangkan dia cakap kat laki dia nanti ambik gambar orang tau.. org nak buat muka sedih ni
Quote shernazz 30-11-2023 01:34 PM
Skang semua kena.bgtau
Kalau tak sale tak masyuk
Quote ReginaGeorge 30-11-2023 01:46 PM
Dia lumur minyak tanah ke atas kulit muka dia tu?
Quote prettyuglybabe 30-11-2023 02:10 PM
sessi penyucian diri la ni ye
Quote lifeline 30-11-2023 02:11 PM
prettyuglybabe replied at 30-11-2023 02:10 PM
sessi penyucian diri la ni ye

hahahha pndai no buat penyucian
btw kening dia tu kemain elok dia buat ye

Quote krustykrab 30-11-2023 02:12 PM
Kat tiktok bukan main lawa muka ko ye
Quote mizruncing 30-11-2023 02:50 PM
bila terpaling content. trtengok smlm part ni.. hurmm nyampah tgk muka dia ngan laki dia yg kekonon bersyukur. la ni nak buat apa pon senyap2 sudah la. klu ikhlas biar org lain londeh sendiri. tak perlu kot nak bgtau segala benda. btw pattern laki nya dah mcm laki si mua bella tu plak tgk
Quote makadek 30-11-2023 02:53 PM
mizruncing replied at 30-11-2023 02:50 PM
bila terpaling content. trtengok smlm part ni.. hurmm nyampah tgk muka dia ngan laki dia yg kekonon  ...

Ha ah mcm nurut je bini aku sampai tertukar
Quote OsHiN_hOnEy 30-11-2023 02:54 PM
antara manusia yg rasa diri hebat
terpaling terpilih lalui ujian
padahal sendiri yg jemput utk dpt ujian tersebut

sejenis org yg boleh berjaya mcm makcik kemboja
sebab kulit muka kalis malu dan segan
yg dia tau celik mata $

harap2 laki dia tak disondol
mau meraung teriak satu dunia tau

jgn mengata kulit dia gelap
nanti dia buat content
jgn puji laki dia, nanti dia buat content

and mmg dia laki bini suka amik vid
dia mengaku laki dia akan record dia and vice versa
tu sebab dia ada byk benda nak dibuat content

bapak mati dlm kereta yg dia baru hadiahkan pun dia buat content
kalo shin seumur hidup menyesal dan rasa bersalah kot
Quote naina 30-11-2023 03:00 PM
Maaflah aku tidak berkenan buat Amalan tapi cerita kat orang. Senyap2 sudahlah kalau niat untuk Saham. Dah menunjuk macam ni belom tentu jadi saham akhirat ko. Kalau niat elok, takyah tggu ko cerita, orang lain yang akan buka cerita
Quote noor2 30-11-2023 03:15 PM
Semua bendala nk tunjuk..pi kubur berdoa pun tunjuk ..semua nk dpt validation dan restu masyarakat ..ko ingat Masyarakat yg bg ko pahala ke cane...
Quote mamajawie 30-11-2023 03:26 PM
pencapaian terbesar kepala hanggok kau..kalau sedekah senyap2 je sudah..nak gak geluporr canang 2 malaya ni..piuhhhhhhhhh
Quote myakayina 30-11-2023 04:21 PM
aku lebih respek klu jenis yg nak derma ke , sedekah ke, tapi dlm diam je tak banyak bunyi..
Quote TeropongThaico 30-11-2023 04:24 PM
Alhamdulillah rezeki org2 kawasan tu la ye.

Bab2 lain sy no comment sbb tak kenal pun. Tp mmg skrg buat baik kena war2kan ek
Quote KamikuP 30-11-2023 05:20 PM
wOW VERY THE CONTENT .. EMOTIONAL DAMAGE
Quote grouper 30-11-2023 05:46 PM
Influencer n tokey produk timbang kati semua marketing camni skang....kesian plak pikir kat agensi iklan diorg x leh cari makan dah sebab media sosial lagi power klau buat content sendiri lebih2 lagi klau tunjuk content buat amal kebajikan mcm ni...
Quote gigahertz 30-11-2023 06:14 PM
OsHiN_hOnEy: antara manusia yg rasa diri hebatterpaling terpilih lalui ujian padahal sendiri yg jemput utk dpt ujian tersebutsejenis org yg boleh berjaya mcm makci ...
laki kena sondol tu adalah konten terakhir bila sales dah negatif sewa kedai 6 bulan tak byaar

Quote tukul 30-11-2023 06:56 PM
Content sampah
Quote edayildiz 30-11-2023 07:01 PM
skrg ni senang betul nk femes
benci pulakkkkk

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

1-12-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.059406 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top