Isteri kepada penyampai radio Shuib iaitu Watie Hanifiah mendedahkan beg tangan mewah miliknya adalah daripada hasil titik peluh sendiri tanpa mengharapkan wang suami. Watie atau Fati Nikmatul Adawiyah Hanifiah, 35, berkata, ia merupakan salah satu cara dia memberikan ganjaran terhadap kerja keras yang dilakukan selama ini.
Malah, Watie turut menjawab pertikaian netizen berkenaan cara pemakaian dirinya dan anak-anak Shuib. "Bab aurat saya tahu mungkin saya ada banyak kekurangan. Tetapi kalau soal beg mahal, maaf nak cakap saya beli 100 peratus semua dengan pendapatan sendiri. "Itu adalah cara saya nak reward diri saya. Bab pakaian anak itu adalah cara saya dalam menguruskan rumah tangga... Saya harap awak dapat terima penjelasan saya," katanya. Menerusi perkongsian foto yang dimuat naik di Instagram miliknya, Watie menggayakan sebuah beg tangan mewah berwarna jingga yang menarik perhatian netizen.
Isteri kepada penyampai radio itu mengucapkan tahniah kepada suaminya atas kejayaan membuka sebuah lagi cawangan Bubble Bee yang diusahakan. Pun begitu, hantaran tersebut menerima komen netizen mempersoalkan gaya hidupnya yang mewah berbanding isteri pertama Shuib iaitu Allahyarham Siti Sarah Raisuddin. Tidak hanya itu, netizen turut menyelar gaya pemakaian Watie yang dikatakan tidak menutup aurat dengan sempurna. "Maaf kata, kalau arwah Siti Sarah dulu pakai tudung tutup dada, tak beli beg mahal, tak perlu satu keluarga pakai baju sama... tapi hak pekerja di akhirat dititikberatkan. "Betul awak (Watie) nak majukan perniagaan Shuib tapi salah caranya. Maaf saya menegur ya," komen netizen.
|
aemon: Cik kak ni buka bisnes apa?boleh tak sape2 reveal dokumen ssm mcm @kitty_catz?boleh semak pendapatan cik kak ni lak
ADVERTISEMENT